| 4 comments ]

Pada hari ni, anak penakan PakTeh berkahwin. Azizul Hakim b. Ismail. Dia seorang guru di Kapit Sarawak, maknya Azizah (MakLong) kakak sulung PakTeh. PakLong Ismail seorang peneroka FELDA di Felda Lepang Nenering 30km dr Bandar Gerik, 10 km dari Pekan Pengkalan Hulu.

Pasangannya, Suhaida bt. Azis. Seorang guru di Johor. Bapanya pesara, rumah di Tmn Meru, Ipoh tetapi kaum keluarganya ramai di Kg. Kuala Pari 2 km dr Medan Kidd, Ipoh. Nak tengok pelan rumah kenduri - Gerik/Ipoh & kad jemputannya sekali, mai tekan sini.

Rupanya segala apa yang dirancang, Tuhan juga yang menentukan. Rupanya rombongan dr Gerik, 2 kereta dan 1 van. Dari Pantai pula, cuma 1 kereta, PakTeh saja: PakTeh,MakTeh, Zaim, PakNjang & MakNjang. PakNdak tak jadi pergi, dia keletihan balik menguruskan bapa mertuanya di Sungkai ke Hospital Selayang. Seminggu dia di sana. MakLang Yah (adik PakLong Mail) tak jadi ikut sebab tukang rumah buat kerja repair di rumahnya hari ni. Anak dia, Cikgu Muzammil akan berkahwin 25.12 ni. PakTeh juga tak jadi tunggu saja rombongan pengantin di tepi Shell depan ACS, Ipoh; malah terus pergi tempat bertanggak Rombongan Gerik di Tmn Meru 3C, rumah bapa mertuanya yang di'kosong'kan khas pada hari itu. Kan, kendurinya di Kg. Kuala Pari. Alhamdulillah, Akim telah selesai aqadnikahnya 11.30 pagi sebelum tu.

Kami sampai rumah kenduri lebihkurang 1.15pm. Berikut beberapa foto berkaitan kenduri berkenaan, khusus bagi saudara & taulan yang jauh.











Gambar di atas ialah Rumah Kenduri (dari seberang jalan). Signboard tu pulak berhadap betul2 depan rumah kenduri. Rumah tu bersambung: kiri, rumah datuk, kanan, anaknya - ibu saudara pengantin.











Sebenarnya, kami park kereta jauh. Laluan & tempat parking sepatutnya dah tak leh masuk, jammed. Jadi, setelah siap parking di belakang & berkemas, rupanya rombongan pengantin masuk ikut jalan belakang rumah. Terus diarah oleh pihak tuan rumah, buat rehearsal 1 kali lagi dari main road pulak.. hehe. Masa tu pula, payung pengantin kuning berjurai, mcm tak dak. So, masing2 offer payung utk pengantin. PakTeh ada 2 payung free, MNI Insurance & Caltex. Terus kena reject. Payung petak2 biru ni, kwn Akim punya, kira yg paling ok la tu.

Bila dah bersedia di depan rumah, pengantin mula bergabung. Pengantin pompuan sambut pengantin lelaki. Ready untuk jalan sekali. Payung hikmat dah tak pakai lagi. Para pengapit juga mula mengapit pengantin. Budaya Melayu biasanya pengapit adalah yang belum berkahwin. Kononnya, siapa jadi pengapit akan cepat dapat jodoh lepas tu.

Tapi terfikir pula, kalau yang dah kahwin tak boleh ke? Untung2 dapat jodoh 'lagi' .. Hahaha. Tentu orang kata: "gatai meghenyam."












Mula bergerak masuk ke rumah. Para ahli rombongan membawa barang-barang hantaran seperti yang ditugaskan. MakTeh di baris akhir dengan Zaim.










......."Bagai pinang dibelah dua"







Bila pengantin dah mula nak bersanding, ada 2 group yang turut sibuk. Satu: para penonton. Biasala.. hitung kulit, hidung dan lain2 ciri pengantin.. hehe. Kedua: para jurugambar/video. Group kedua ni ada yang kategori pro, semi-pro dan amateur. PakTeh : tidak layak utk mana2 kategori. Orang snap pengantin, dia pi snap tukang tangkap gambar.

Apa pasai yang budak tu kusyuk melangut ? Tentu ada apa2..

Sementara pengantin bersanding dalam rumah, rasa rimas pulak. Nak pergi keluar, pusing2. Agaknya apa yang ada dan berlaku di luar agaknya..

Woo.. Geng rombongan lelaki dari Nenering memang
pantasss. Cekappp, bijak menghidu peluang dan hidang.

Rasa malas nak makan dengan diorang lagi. Teringin pula nak jenguk khemah jamuan pengantin pula. Ada apa special di situ ye? Kalau ok, sabor le sekejab.

















Makanan kenduri & jaman pengantin disediakan oleh catering. Dengarnya, tokehnya sedara keluarga pengantin pompuan. Oke le tu.

Selepas tu, tiba acara yang ditunggu2 oleh PakTeh & ahli rombongan yang lapoooo.
Jamuan Pengantin.

Nampaknya hijau menjadi tema di Ipoh. Satu suit dengan Pengantin, PakLong & MakLong sekali! Udah pakat yee? Tapi Azilah tu tak pulak.. kebetulan je kot.

Kemudian PakLong minta PakTeh baca doa makan. Dengan rendah hati, disempurnakan dan seringkas mungkin. Dan apabila ayam golek dihiris pelan2, maka bermulalah acara makan.. Kekekeke.



































Selepas makan, kami bergambar semula dalam rumah pengantin. Sebagai kenangan.

Foto yang cantik. Camera-man bagus.

Foto yang hilang seri, Camera-man tumpang toi.

PakLong, MakLong & anak menantu 'baru'.

Dan beberapa gambar lain, sebelum balik.











Gaya fotogenik memasing. Hehe.

PakSaad, sahabat karib PakLong berangkat pulang.
Alhamdulillah, selesai semua, akhirnya.

Related Posts by Categories



4 comments

Pak Ngah: said... @ 9:59 AM

:: terima kasih atas berita... cerita dan siaran langsung dari Sg. Pari, Ipoh tu.

:: alhamdulillah... selesai dan dah sempurnalah majlis tu berlangsung.

:: Wooo...PakTeh saja tak mau makan bersama2 dgn geng lelaki Nenering di khemah biasa... GHOPA2nya... nak makan di khemah pengantin... BIJAK...BIJAK...

PakTeh said... @ 1:47 PM

Entah la.. tetiba teringin bila tengok ayam golek tu. Dan dengan takdir Tuhan, semasa duduk, rupanya mmg pinggan ayam golek tu duk kat depan PakTeh. Lepas tu, pekerja catering pulak, dia tolong hiris & buh kat pinggan. Alhamdulillah.. hehe.

arsaili said... @ 10:11 AM

salam..meriahnya..semoga berkekalan hingga ke akhir nyawa...

KeL@T said... @ 9:53 PM

wahhhhhhh... kat tmn meru ker... dekat la ngan area kelat... 24.11.2007 ker.. .laaaaaaa... sama la pulak ngan bday kelattt... kebetulan jer kan... ape pon.. moga berbahagia selama nya....

Post a Comment