| 4 comments ]

PakTeh ada beberapa perdu bunga kantan di belakang rumah. Nama lain bunga kantan ialah "bunga siantan", cakap omputeh pula torch ginger flower. Benih asalnya booking dari kebun MakNjang. Seperdu boleh menghasilkan lebih 5 perdu kemudiannya. Spesis ni cepat membiak. Tengok jenis tanah juga, perlu banyak air rasanya. Tapi PakTeh tak pernah siram pun, harap hujan. Agaknya tanah sekarang tu memang jenis lembap.

Kelebihan pokok ni, kudup bunganya ada aroma special sebagai rencah ramuan seperti laksa & asam pedas. Kalau dah dicelur dalam kuah, memang sedap diratah. Pokok berdaun panjang lebar. Batangnya bulat licin. Perdunya boleh berpindah2 ke sekitar tempat asalnya. Dengar ceritanya, sekarang bunga kantan ada harga di pasaran, 3 kuntum RM1.00. Ada yg kata 50 sen sekuntum. Entahlah.. PakTeh selalunya pass je kat adik-beradik, jiran2 atau bawa ke surau. Selalunya di surau, cepat je orang ambil.

Pokok kantan ni berbunga tak dak musim, sepanjang tahun. Berbunga sentiasa, jadi kena rajin check & cantas. Tak boleh lepa, bunga kantan ni cepat tua (gambar kanan). Tapi bila tengok bunga tua close-up dari atas, nampak lawa jugak no..?


Related Posts by Categories



4 comments

Pak Ngah: said... @ 7:43 AM

:: kalau dah banyak bekalan "bunga kantan" ni... buat laksa hari2 la... biar sampai cemuih (jemu)... tapi "daun kesum" mesti ada la... baru ada umphhh... dan kuah mesti pekat punya...

Zuraidah said... @ 10:37 AM

Salam,
Hai, teringat la pulak masa2 di Muazam Shah, Pahang dan Seremban......bila perlu pegi je belakang dan tepi rumah...fresh from garden..lagi best dpt makan jantung pisang hutan yg lemak, ...pisang 'abu',kantan, lengkuas, serai,limau purut,limau kasturi,lemon,amra,jambu air,nangka,cabai burung,delima,kunyit,cendohom/kesum,cekur.pegaga dan pucuk ubi....selalu menjadi buah tangan kepada kawan2 dan keluarga untuk dibawa pulang....kekadang dari bandar ke kampung.....tapi duduk di KK ni yang nampak hutan bakau dan bangau2 je....best juga ..dapat bayu laut dan makanan laut yg segar....kita tak dapat kesemua yg kita mahu.....
Kak Dah.

PakTeh said... @ 6:09 PM

salam KakDah.
la ni di Putrajaya, ada ruang untuk bercucuk-tanam kot? nampaknya minat lama akan tergilap semula, atau lebih hebat lagi? :)

bumicash72 said... @ 12:39 PM

salam semua.....satu penemuan terbaru untuk tanaman anda BEBAS serangga dan SEGAR. 3 DALAM 1
sila layari http:agrotag.blogspot.com @ call yusry 0172007834

Post a Comment