| 6 comments ]

Alhamdulillah, jari jemari ini mampu pula menaip pada malam ini. weird.. hehe.

4.30am
: Beberapa call masuk, berjarak-jarak. Dari Subhi, anak arwah Pak Teh Ali; kemudian oleh Pak Ndak Yan. Seterusnya oleh Pak Njang Mansor. Semuanya memaklumkan tentang kematian Pak Lang Jid (61 thn).

7.00am: Pagi ni Mak Teh ke sekolah. Pak Teh & Syahmi cuti. Sekolah kami lebih awal mengganti Sabtu sebelum ini untuk Cuti Deepavali. Cemanapun, kami semua akan bercuti Rabu-Ahad depan 5 hari.

8.00am: call Saad (anak lelaki arwah ke-2) yg memang tunggu di Hospital Ipoh bersama maknya. Dia sedang tunggu Pegawai Penyiasat dari IPD Manjung. Selepas itu, katanya postmortem akan dijalankan atas sbb kes accident. Mungkin 9.30 akan mula bertolak ke Pantai. Katanya, Big Boss: Tok Lang Abu dah pesan urusan simpan jenazah akan dibuat seawal mungkin sebaik tiba. Kalau awal, akan cuba dikebumi sebelum Zohor.

10.00am: Ke rumah arwah bersama Zaim. Menurut Mi yang standby di rumahnya, adiknya 'Ad di Hospital Ipoh bagitau 10.30 baru selesai postmortem. Congak2 urusan tu dicampur dengan perjalanan may be 12.00 tghari sampai. Dalam tempoh tu, orang ramai datang. Kereta penuh area rumah Zol Tok Ndak Nah, sekitar rumah Tok Wan & Tok Ngah Chan, juga sekitar kawasan anak2 Tok Su Mat Ali. Sesekali macam ada kenduri atau majlis raya. Berbual dan bertemu, bersembang & bersalam raya. Nampaknya Mak Teh dapat permission keluar awal dari sekolah, sampai pukul 12.00pm.

12.05pm: Jenazah sampai dengan van Hospital. Kesian tengok Mak Lang Nab, 2 malam tak cukup tidur agaknya. Dia diam dan terus duduk di sudut rumah. Tak bercakap apa2. Letih.
Semua waris diminta segera tengok jenazah, sebab akan dimandi, dikafan & disolatkan sebelum Dzohor. Rupanya benar, 12.50pm dah siap. Rupanya ada 2 fasa solat: 1 group yang dah tunggu lama dari pagi, 1 group lagi jemputan dari masjid2 selepas Zohor. Solat Fasa 1: Imam Ustaz Amir Pg. Baru. Disempurnakan.

Selepas solat jenazah, jumpa Mak Lang Yah, Kak Zam & Hj. Saifuddin sekeluarga yang baru tiba di luar rumah. 1.00pm: Pergi Solat Zohor di masjid Sg. Batu dgn Hj Saifuddin, naik Unser-nya. Balik ke rumah Pak Lang Jit, solat jenazah fasa 2, kali ni Imam: Ustaz Jab (Imam Besar Masjid Sg. Batu). Selesai solat, Mak Lang Yah bagitau mereka tahu hal kematian dari orang Sabah. Aduih.. malu pulak. Cemana orang-orang Pantai terlepas maklumat utk mereka. Setelah van jenazah bergerak ke Perkuburan Pantai, Mak Lang sekeluarga balik ke Sitiawan dan kami bergerak ke kubur.

Tanah Perkuburan Pantai Remis, terletak di Kg Belakang Klinik (alamat rasmi). Kalau zaman bebudak dulu, kami panggil Kg. Kelantan (sebab ramai orang Kelantan berhijrah & duduk menumpang di situ). Liang untuk arwah Pak Lang Jid, selang sebuah dengan pusara Pak Njang Mad (adiknya). Kedudukan kubur amat dekat dari pintu masuk via Kedai Cha, hala ke kiri. Proses simpan jenazah pantas. Kemudian talkin disempurnakan oleh Pak Njang Wan (Imam Sg. Batu).

Selesai pengkebumian, dengan Pak Ndak pekena laksa mi kat gerai belakang kubur. Pak Ndak mintak laksami buh kuah laksa. Sedap gamaknya kot. Lepas tu, Pak Ndak kata, dia ada jamuan raya Revell di Dewan Org Ramai Pantai Remis, jadi MC. Bagus la.

7.00pm: Maghrib di Surau Batu 51. Imam Ustaz Kamal, anak Meron. Makmum: Pak Ngah Aq, Cikgu Badrul (anak Pak Lang Bernih), Non Konggo, Tan menantu Tok Mat Sakat. Makin kurang org tua, makin kurang jemaah. Ustaz Kamal & Cikgu Badrul tu guru2 SMK Pantai. Nasib baik Ust. Kamal menyewa di Tmn. Pantai Makmur tu, boleh jugak hidupkan surau tu. Sejak Pak Ndak Mat Non & Pak Njang Chin meninggal dunia, mmg surau tu abandoned. Lepas solat, saja tanya Pak Ngah jika ada apa-apa program berkaitan arwah. Dia bagitau tak dak apa-apa malam ni. Biarlah Mak Lang & anak2nya berehat. Mereka kan letih dan tak cukup tidur. Betul & eloklah..

Sekadar untuk refreshment. Berikut sedikit data berkaitan anak2 arwah Pak Lang Jid.
  1. Na :::::: Suri rumah. Tinggal di Sg. Bakau, Tg. Piandang. Anak 2.
  2. Mi :::::: Mohd. Zulhazmi. Sebaya Azilah anak sulung Mak Long Azizah. Gigih & berbudi bahasa. Kelulusan B. Econs (UUM), setelah ulang STPM beberapa kali. Ada pengalaman kerja, termasuk auditor. Bakal Guru Pend. Khas, kini sedang menjalani praktikal di SK Pengkalan Bharu. Bujang. [012-5007672]
  3. Nani ::: Pembantu Tadbir di Jabatan Perikanan, KL. Anak 2.
  4. 'Ad ::::: Mohd Saad. Polis (Special Branch: Unit Jenayah - Central Penang). Mantan Ketua Murid SMK Pantai Remis. Masa sekolah, kengkawannya panggil Inspektor Saad, bebudak Melayu, China & India semua respect dengan dia. Charismatic person. Dah berkahwin. Anak sorang. [012-5420947]
  5. Ji :::::: Mohd Fauzi. Form 6 di SMK Raja Chulan, Ipoh. Masuk sana dari Form 1 (Rancangan Khas Sukan). Dia dulu Johan SK Regu Kebangsaan - semasa di SK Sg. Batu.

Berdasarkan pengamatan, anak2 arwah Pak Lang Jid berbeza dari cucu2 Tok Su Mat Ali yang lain. Persis Tok Wan Lin, arwah gigih mencari peluang dan memberi ruang pendidikan untuk anak-anaknya. Akhir kata, sama-sama kita berdoa semoga; roh arwah diampuni dan dirahmati Allah SWT. Semoga ditempatkan ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang dicintai-Nya. Amin.

Related Posts by Categories



6 comments

azlanlin said... @ 1:18 AM

Terima kasih atas rentetan peristiwa, seumpama kami jua berada di sana. Juga terimakasih dengan no hp yg dipaparkan..dapat juga dihantar sms TAKZIAH. Terimakasih juga kepada PakTeh, PakNdak dan MakNjang sebagai wakil kuat Arwah Tokwan Lin dan Tok CheMah. Terimakasih atas segalanya....

PakTeh said... @ 1:44 AM

Sama-sama kasih. Cuma Mak Njang & Pak Njang tiada siang tadi. Mereka ke majlis perkahwinan rumah Pak Harun, belakang rumah Tok Chik di P. Bharu. Itu wajib hadir, Walimatul urus & kendara jiran rapat.

azlanlin said... @ 2:07 AM

Agihan : jika dilakukan sebaik mungkin, semua perkara dapat dilakukan secara serentak dengan menjimatkan masa dan tenaga. Seumpama seberkas 'lidi penyapu' yang berjaya dipatahkan oleh 7 beradik jika ke semuanya memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing...terima kasih bebanyak!

Pak Ngah: said... @ 4:42 AM

:: kisah & pengkisahan yang menarik utk tatapan... seqhopa macam kami dok ada di sana jugak aih... punya bakat sebagai penulis... tapi kena masukkan entri tiap2 haqhi la...

azlanlin said... @ 11:40 AM

Haqhi-haqhi seumpama alah bisa, tegal biasa. Sambil menulis, ada rokok dan kopi 'o'..pergh...susah mau cerita maaaa... Sendiri mau rasa la bro!
go..go..PakTeh, gooooo....jangan asyik a-gogo, udah leee... hehhe

PakTeh said... @ 5:35 PM

@PakNgah: thanks... menulis tu boleh, cuma nak maintain hari-hari tu yg belum tentu. virus trojan malas susah nak lawan woo.

@azlanlin: sini kopi tarak, nescafe ada. ho ho ho. a go go memang tak pandai, hehe.

Post a Comment