| 3 comments ]

Kisah ini seperti yang diceritakan Zaim pada PakTeh, pagi tadi.

Petang semalam, Zaim ke sekolah agama, exam Tilawah Qur'an. Sewaktu balik bersama Zuhdi, anak Ustazah Maimun pada 6.00pm, Cikgu Azmi Mat Sagap tahan di tengah jalan. Dia minta Zaim & Zuhdi tolong edarkan kad undangan Jamuan HariRaya oleh JK Surau Tmn Bintang untuk semua penghuni kuaters.

Selepas itu, kedua mereka yang sebaya 12 thn ni, terus ke rumah semi-D empat buah, passing kad. Banglo Pengetua memang kosong. Kemudian mereka panjat tangga flat tu pula. Flat tu 4 tingkat. Sepatutnya 5 tingkat kalau nak kira dengan ground floor sekali. Satu level ada 2 rumah (apartment) yang saling mengadap, di antaranya ruang tangga. Jadi ada 8 rumah di flat itu.

Lalu mereka naik dan ketuk pintu tiap rumah. Beri salam. Kalau tiada yang jawab atau buka pintu, mereka hulurkan kad undangan di bawah pintu. Selesai urusan mereka, baru masing2 kembali ke rumah.

Kisah itu nampak biasa. Tiada yang luarbiasa. Ia bisa berlaku pada kita, bila-bila masa. Sekadar menyampaikan hajat orang, edar kad jemputan pada jiran tetangga.

Namun begitu, malam tadi kami ke rumah arwah Pak Lang Jid. Keluarganya jemput untuk tahlil. Selepas balik kira2 10.00pm, sewaktu masuk pagar kuaters.. tetiba Zaim berkata: "Aik? gelapnya rumah flat!". Yang ada lampu cuma rumah 1A & 1B serta 2A sahaja. Level 3 & 4 mmg gelap. Penghuni 3A: Cikgu Syahir dah balik ke Kedah, manakala 3B: Pn. Hellen dah ke Ipoh; keduanya balik sejak hari Rabu dulu - cuti panjang Deepavali. Manakala level 4 - memang kosong, tidak diduduki.

Sambung cerita balik. PakTeh & MakTeh tanya pada Zaim. "Kenapa?". Dia cerita pada kami.. "Mi ketuk pintu semua rumah. Tak ada orang yang buka pintu. Dah sampai ke atas, turun semula. Tapi kan, abah.. masa Mi dah nak turun ke bawah dari tingkat 4, dengar pintu rumah atas sekali dibuka. Mi naik semula dgn Zuhdi. Di muka pintu tu keluar seorang nenek, bercermin mata. Mi bagi kad pada dia. Masa tu ada dengar suara budak di dalam. Lepas tu, baru Mi turun ke bawah." Zaim membahasakan dirinya sebagai "Mi", walaupun abahnya selalu panggil "Zaim".

MakTeh apa lagi, kata: "Rumah tu mana orang dudukkk!". Zaim terdiam.

PakTeh tanya, rumah tu yang hala matahari jatuh atau naik? Dia jawab rumah mengadap matahari jatuh. Fahamlah PakTeh, rumah tu 4A, lebih setahun tidak berpenghuni.

Hari ni, Zaim demam.

PakTeh apapun tak kisah pasal cerita tu. MakTeh je yang risau-risau, biasala.. mama. Jadi, tengahari bawa Zaim ke klinik Kana, nak cool-kan MakTeh, hehe. Tapi pesan pada Zaim, lain kali: "Jangan ketuk rumah orang tak bagi salam. Kalau orang takdak pun, kena bagi salam untuk kita sendiri. Juga, jangan lupa ayat2 Qur'an dan doa yang Abah suruh baca tiap waktu pagi dan petang."

Malam ni, nampak sihat dah si Zaim. Alhamdulillah, boleh imamkan mamanya maghrib, dan lepas Isyak, semangat tengok cerita bola di Astro.. haha.

Related Posts by Categories



3 comments

azlanlin said... @ 9:23 AM

Boleh ke si Zaim gambarkan rupa nenek? Zaim dengan kawannya ke yang naik ke rumah 4A kali kedua? atau Zaim sorang je... Apa pulak respon kawan si Zaim tu? cerita le sikit..menarik ni..terasa meremang gak tengkuk aku...huhuuhuh

Pak Ngah: said... @ 12:20 AM

:: nampak macam Zaim dgn Zuhdi yang naik semula bagi kali kedua tu... jadi boleh dptkan maklumat dari Zuhdi tu pulak... bandingkan cerita antara keduanya... terutama wajah nenek bercermin mata tu... dan hasil siasatan tu pastinya akan memanjangkan siri "mistik" ini... fuh... menarik niiii... kita tunggu sambungannya...

PakTeh said... @ 5:42 PM

@azlanlin & PakNgah:
ho ho ho pandai korang ya? pekena PakTeh untuk buat filem ke-2, cit.

next change!

Post a Comment