| 2 comments ]

Flood : No more cars, just motorboat in town

Bernama hari ini melaporkan keadaan banjir di Pahang semakin reda manakala jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan meningkat semula berikutan hujan sederhana lebat yang kembali melanda kawasan pedalaman di negeri itu semalam. Sehingga pukul 9 pagi ini, seramai 23,102 orang masih berada di pusat-pusat pemindahan di kedua-dua negeri itu.

Banjir di Pahang turut menyebabkan beberapa laluan ditutup termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Km113.3 dekat Lanchang yang sehingga pagi ini masih ditutup kepada kenderaan ringan berikutan limpahan air sedalam 0.9 meter. Banjir yang melanda enam negeri setakat ini telah meragut 19 nyawa. Daripada jumlah itu, 10 kematian dicatatkan di Kelantan, 6 di Pahang dan 3 di Johor.

Keadaan banjir di Pahang semakin reda manakala jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan meningkat semula berikutan hujan sederhana lebat yang kembali melanda kawasan pedalaman di negeri itu semalam. Sehingga pukul 9 pagi ini, seramai 23,102 orang masih berada di pusat-pusat pemindahan di kedua-dua negeri itu.

Banjir di Pahang turut menyebabkan beberapa laluan ditutup termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Km113.3 dekat Lanchang yang sehingga pagi ini masih ditutup kepada kenderaan ringan berikutan limpahan air sedalam 0.9 meter.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat semula kepada 3,341 orang berbanding 2,941 semalam dengan Tanah Merah mencatat jumlah tertinggi seramai 1,199 orang. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata jumlah mangsa di jajahan Pasir Mas pula ialah seramai 527, Kuala Krai (563), Machang (296), Tumpat (164), Jeli (340) dan Kota Baharu (252).

Katanya jalan utama di Km38 Jalan Jeli-Dabong di Kampung Reka dan jalan Pantai Cahaya Bulan di Kota Baharu ditutup kepada semua lalu lintas kerana dinaiki air sedalam 0.5 meter.

Mengikut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, paras air sungai di lima tempat bacaan masih lagi melebihi paras bahaya, dua di paras berjaga-jaga dan satu sudah kembali ke paras biasa. Paras air di tiga sungai utama iaitu Sungai Kelantan, Sungai Golok dan Sungai Semerak dilaporkan kembali meningkat secara perlahan-lahan.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 194 pusat pemindahan di seluruh negeri berkurangan kepada 19,761 orang berbanding 21,409 orang semalam. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen Pahang berkata, daerah Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 4,428 orang diikuti Temerloh (4,324), Rompin (3,306), Bera (2,562), Pekan (2,381), Maran (2,381) dan Jerantut (379).

Katanya jalan Kuantan-Segamat di Km71 juga masih ditutup kepada semua kenderaan.

Di JOHOR, walaupun pada keseluruhannya keadaan banjir semakin pulih, daerah Muar mencatatkan peningkatan jumlah mangsa kepada 1,688 pagi ini berbanding 1,588 malam tadi, menjadikan jumlah mangsa yang masih berada di pusat-pusat pemindahan di seluruh negeri ini pagi ini ialah seramai 4,460 orang. Menurut kenyataan Bilik Gerakan Banjir Johor, jumlah mangsa di Segamat kekal 2,181 orang, Batu Pahat (276) dan Mersing (315).

Jalan yang masih ditutup kepada semua kenderaan ialah Jalan Parit Sulong ke Simpang Kilang Munchy's di Batu Pahat; Jalan Kuala Paya - Balai Badang (Serakik), Jalan Segamat -Tangkak (Jambatan Sg Bunggor), Jalan Pagoh - Tekam ( Simpang Batu Badak ) Jalan Pogoh - Tekam ( Sg Labis ), Jalan Segamat Tangkak di Segamat; Jalan Tanah Abang di Mersing; Jalan Muar/Pagoh/Labis (Bukit Kepong) di Km60 dan Jalan Durian Condong Km 68 di Muar.

Related Posts by Categories



2 comments

Pak Ngah: said... @ 7:53 AM

:: nampak macam bandar terapung je layaknya...

:: berat bahu memikul... lebih berat dari mata yang memandang...

PakTeh said... @ 8:17 AM

memang kasihan. tambahan pula, dah nak Hari Raya Aidil Adha dan Krismas (bagi yang Kristian), sekolah pun dah nak buka.

Post a Comment