| 0 comments ]

Petang dirancang akan sembelih lembu di kandang PakLong. PakLong & PakSaad adalah rakan kongsi menternak lembu lebih 60 ekor. Ianya hasil program feedlot Felda yang dilancarkan Menteri Besar pada April lalu. Cemanapun, PakTeh tak bersama PakTam, PakNjang & PakLong ke situ. PakTeh & PakNgah ikut Aman (anak ke-3 MakLong) ke Keroh untuk beli barang. Ada dawai penyangkut langsir kena beli. Sempat pekena nescafe tarik (gelas besar & buih karat!), PakNgah belanja. Gerai makan tu di tepi pasar besar. Murah.. RM1.00 saja untuk gelas besar.

Sebelum balik, singgah Stesen Bas Keroh. Semak kaunter bas Transnasional yang PakLang naik dari Hentian Duta, KL - akan sampai 9.00pm nanti. Malam nanti kena ambil le. Sempat ambil foto dari arah Baling - Betong. PakNgah juga terus call Akim untuk belikan tiket Triton, Ipoh-KLIA 11.30am Ahad.


Pengkalan Hulu: View from Baling Town route.

Takung Lake Park : Aman posed in front of twin ivory arches.
Painting work is under progress (right)


Selepas itu, Aman bawa round dengan Perodua Kelisa tengok Taman Tasik Takung. Pintu gerbangnya, bertema gading gajah. Susah snap tuh, kena focus di tengah-tengah jalan. Tentang tasik pula, tak berapa menarik, airnya keruh. Banyak algae kecil di atas permukaan air. Padan le namanya Tasik Takung. Air macam tak bergerak, kurang segar. Mungkin MPHP boleh usahakan sesuatu. Cemanapun, dari peta lokasi tarikan di sekitar Pengkalan Hulu menunjukkan ada potensi besar untuk pelancongan.

Balik dari sana, cuba susun meja & kerusi kenduri. Kena tegur oleh orang sana. Kalau di Pantai Remis, kerusi meja kenduri disusun petang sebelum hari kenduri. Rupanya kendara orang Felda Lepang Nenering mmg hebat. Mereka susun sendiri ikut keperluan, petang untuk kupas bawang & potong kentang. Esok pagi susun pattern lain pula untuk kerja pagi kenduri. Dan mereka memang cukup bersatu-padu. Seronok tengok sistem gotong royong atau berderau ni. Sekarang sudah kurang amalan ni di Malaysia, sejak mula zaman kenduri guna catering dan sikap individualistik yang sedikit sebanyak melunturkan kerjasama dalan masyarakat.

Malam, banyak persiapan dibuat. Maklum la, nak sambut menantu dari Ipoh. Katil pengantin nak pasang mini kelambu. Buaian pun kena hias, untuk majlis berendoi anak Aman, Amar Haziq. Itu cucu pertama MakLong dan cucu saudara kedua PakTeh.

Malam, tengok asas2 Photoshop dari Shukri & PakTam. Mereka mmg terer, sayang PakTeh takde banyak masa untuk belajar.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment