| 2 comments ]

Semalam pergi makan kenduri rumah Hj. Zul di Gelung Pepuyu, Ayer Tawar. Isterinya, Kak Ani dulu rakan sekerja PakTeh. Lepas makan, lajak hala ke Ipoh, nak tengok bakal sekolah Zaim. Sebenarnya, pernah tengok dari luar sahaja, tak pernah masuk. Jadi nak juga jenguk2 dan tengok2. Sekolah tu, 0.5km je dr 'rumah betui' PakLang, dan sebelum Kompleks Pentadbiran Seri Iskandar.

Semasa masuk, kita lalu bawah sebuah pintu gerbang yang unik. Bentuk bumbung istana lama di Kuala Kangsar. Mungkin ianya bertitiktolak dari sempena nama sekolah itu sendiri, kan Sultan Azlan Shah itu Sultan Perak sekarang. Mirip2 macam nama Azlan, adik PakTeh.. hehe.


Selepas masuk gate, sebelah kiri adalah menghala Dewan Utama, Pejabat dan Kediaman Pengetua. Kalau ke kanan - menghala ke Masjid At-Tarbiyyah, Asrama Lelaki & Dewan Makan. Seronok tengok ciri2 papan tandanya di bucu simpang. Masuk sini, kena pandai baca Jawi..



Pergi menghala ke Dewan Utama. Di sini la nanti pendaftaran 2.1.07 nanti. Oh, rupanya ada majlis kenduri di situ hari ni. Kata PakcikJaga, itu kenduri anak Pengetuanya. Sebelah Dewan tu, adalah blok pentadbiran. Di situlah pejabat. Lepas tu patah balik, nak jenjalan ke asrama pulak.


Sepanjang jalan ke asrama, sebelah kiri adalah blok2 sekolah. Sebelah kanan pula, padang yang luas. Tengok tiang2 yang ada tu, tiang hoki, bola dan ragbi. Isk.. teringat pula zaman main dgn Anderson Tigers dedulu.. Padang & area sekolah SMKA ni luas juga. Dan hampir dengan hostel, ada 2 gelanggang tenis.

Lajak ke Asrama Putera (ASPURA).. ada 2 blok. Keduanya ada 3 tingkat. Tepi sebelahnya Dewan Makan. Asrama Puteri di atas bukit sikit. Kena naik banyak anak tangga, lebih 30 rasanya. Jadi, untung la pelajar lelaki, dekat dengan dewan makan. Budak pompuan men'nyelim'kan badan naik turun tangga bukit. Depan ASPURA tu menghala Masjid, banyak pondok rehat. Rasanya situlah ibubapa yg melawat anak mereka akan lepak nanti.

Singgah sat solat Zohor di Masjid. Dari luar nampak macam dewan biasa. Menarik, tiada kubah.. beza dr masjid2 lain. Dalamnya luas juga. Masa tu geng2 rombongan pengantin tadi, ada yg bersolat di situ. Nampaknya saf lelaki, ada carpet, utk pompuan tile.. atau mungkin dikemaskan lagi bila sekolah dibuka.

Belakang asrama lelaki, ada jalan ke atas bukit. Ada Kompleks Pendidikan (Qtrs) di situ. Di belakang asrama, sempat intai tempat sidai baju, hehe. Punya la banyak ampaian. Bagus juga, bawahnya simen. Cemanapun, perkhidmatan dobi ada, masuk dlm yuran.

Keseluruhannya, lanskap sekolah ok. Kemudahan lain, tak dapat dinilai kerana tak masuk bangunan2nya. Ada beberapa ciri unik di sekitar sekolah. Cuma pondok bacaan 'cendawan' di sebelah ni, PakTeh musykil sikit. Ada usaha hebat & kreativiti tinggi dalam membinanya. Cuma taktau sejauhmana rasional kewujudannya di sebuah sekolah menengah.

Related Posts by Categories



2 comments

Pak Ngah: said... @ 10:49 PM

:: nampak macam OK je sekolah tu... apa komen MakTeh dan Syami?

PakTeh said... @ 10:56 PM

Diorang tak pergi. Pagi tu, Zaim & MakTeh ke KL - kenduri sebelah saudaranya. Depa pi dgn iparduai di Manjung. Terus berjalan ke Semenyih & Shah Alam , ziarah abang & kakaknya. Esok baru balik.

PakTeh masih stay sini, agih utk kenduri sebelah Pantai. Lagipun, banyak kena ready utk meeting Khamis & Jumaat ni.

Ni kasi masuk blog, supaya depa balik nanti.. boleh tengok sama. hehe.

Post a Comment