| 13 comments ]

Pagi ni PakNgah sms tanya tentang kaedah buat recent comment yang ada tarikh dan entry post title sekali. Kebetulan, PakTeh ada install widget ni semasa menjengah2 laman rakan bloggers lain. Jadi fikir2, baik dikongsi saja untuk semua dalam entri ni.

Tujuan Recent Comment ni untuk pemilik blog mengetahui apa komen terbaru oleh pembaca, tak kira dari entri mana (lama atau baru) dan terus boleh membuat balasan komen. Seperkara lagi, ada pembaca yang datang kerana membuat searching samada via Yahoo atau Google tentang sesuatu topik.. Bila dia klik pada laman kita, maka dia akan terus dipaparkan pada entri berkaitan, bukan pada laman utama atau entri post terbaru. Masalahnya, kadang2 entri berkenaan mungkin sudah berada di Blog Archieve.. bukan di Laman utama & entri terkini. Itu yang menjadikan komen2 berkenaan terlepas pandang oleh pemilik blog, terbiar dan tidak dikomen semula. Di samping itu, widget ini bagus untuk penulis yang rajin menghantar entri post, seperti PakNgah yang postnya 3-5 entri sehari. Sebab, memang sukar nak trace semula beberapa entri yang telah dihantar sebelum ini kerana telah terlalu jauh ke bawah di laman utama blog.

Ok.. Widget yang PakTeh pakai asalnya dibuat oleh Ramani (Blogosphere) tetapi diedit semula oleh BeautifulBeta. Berikut antara beberapa langkah yang boleh diambil.

  1. Klik laman BeautifulBeta berikut bertajuk "Customizable Recent Comment Widget". Baca la sikit2 dulu.
  2. Pada sub-tajuk di laman tu: How To install the widget, klik pada: Widgets & Downloads Page,
  3. Paparan baru akan keluar. Pada ruang: Recent Comments Widget .. klik pada kotak: Add Recent Comment To Blog.
  4. Keluar satu window kecil, itulah customizable recent comment yang kita nak guna. Berikut adalah bagaimana kita nak customize.
  5. 5.1 Widget Title : buh ikut suka, PakTeh kekalkan sahaja.
    5.2 Blog url : gantikan "beautifulbeta" tu dengan nama blog kita.
    5.3 Number of comments : default ialah 5. Tambah atau kurangkan ikut suka. Kalau blog kita ramai masuk & aktif, boleh jadikan 10. Kalau tak ramai, 5 ok la tu.
    5.4 Show comment date : kekalkan tick tu.
    5.5 Show posttitle : kekalkan tick tu. Item 4.4 & 4.5 inilah yang kita nak kan? hehe.
    5.6 Summary size : jumlah huruf yang kita nak ia terpapar nanti. Default ialah 100. Boleh kurangkan atau tambah. PakTeh pakai default je. Kalau buh nilai 0 - maknanya summary tak akan muncul. Hanya nick pembaca, tarikh, entri sahaja.
    5.7 Styling : Default ialah Standard. Kekalkan.
  6. Dah puas hati, tekan button Customize. Selepas tu, akan keluar tambahan button baru iaitu Add Widget To My Blog.
  7. Rasa nak ubah balik apa2 setting, tekan button Reset. Kalau betul2 puas hati, boleh la tekan button Add Widget To My Blog tu.
  8. Nanti window kecil akan menunjukkan nama blog kita, dan tajuk widget yang akan terpapar di blog kita nanti. Kalau kita ada banyak blog, boleh pilih laman blog mana yang kita nak bubuh skrip ni.
  9. Tekan button ADD WIDGET. Nanti element baru akan wujud di laman blog kita. Bolehlah nanti kita drag dan bubuh tang mana nanti ikut suka.
Semoga bermanfaat. Have Fun.

Related Posts by Categories



13 comments

Pak Ngah: said... @ 1:08 PM

:: maklumat bermanfaat... terima kasih banyak.

:: yang PakNgah tu... lain sikit.

:: jazakallahukhairan kathira...

PakTeh said... @ 2:48 PM

Afwan, PakNgah.
Tak ada masalah, kalau nak tengok beza keduanya serentak: install je yg mcm pakteh pakai, ikut langkah2 tu. tak akan ada konflik. kalau suka yg mana2, "remove element" bagi widget yg tak berkenan. kekalkan yg kita suka.

bukan semua widget "recent post" yang ada tarikh & masa. tapi yg pakteh pakai pun bukan yg terbaik. ada banyak lagi, kalau kita jenguk2 laman blog org lain. testing2 widget ni syok jugak. hihi.

azlanlin said... @ 3:26 PM

Kalu bab-bab "pronex" (peghonek) memang sebaik-baiknya serah pada PakTeh. Dikesempatan yang singkat, ruang yang terhad, PakTeh masih mampu menggodak dan menggodam skrip2 utk menghasilkan yang terbaik.

Pandangan:
Tentunya lebih baik jika script tu di pastekan dlm entri...siap bg contoh paparan lagi baik...maklum le editing dalam adobe photoshop dah belajau!

Bila agaknya nak pastekan disini?

Tentunya lebih ramai yang akan lawati blog PakTeh yang berinformasi! Teruskkan PakTeh! Go..go..go...Pakteh!

Pak Ngah: said... @ 8:05 PM

:: bab2 "peghonek" ni... teringat PakNgah kat sorang sedara mara kita... "peghonek" punya pasal le yang menjadikan blognya tersadai beberapa tahun... tapi... PakNgah dah lupa le akan namanya...

azlanlin said... @ 11:13 PM

BLOG YANG TERSADAI?
:: Ada jugak camtu juga ye PakNgah... Apa jadi dengan blog yang tersadai tu?
:: Suspen ni... Pasti juga ada sedara mara PakNgah yang akan buat entri berkaitan TERSADAI BLOG DI ALAM MAYA! :: Dok tunggu-tunggu juga nih... mulut dok terkumat-kamit membaca mentera kut-kut entri tu muncul....

Pak Ngah: said... @ 5:48 AM

Agak2nya sedara tu ada baca komen ni... kita pakat tunggu le... kemunculan entri baru... sebagaimana jangkaan PakTam@azlanlin tu... tak gitu PakTeh???

arsaili said... @ 10:25 AM

salam apa kabar? cam ner raya

PakTeh said... @ 11:03 AM

salam arsaili. PakTeh khabar baik.. PakTeh beraya di Lekir (Rumah pusaka arwah orgtua MakTeh) dan di Pantai Remis (rumah pusaka arwah orgtua PakTeh). Seronok raya, kumpul2 dgn sedara2. Arsaili pula, cemana dgn Raya? Tentu seronok di Kuching.. keli pulang ke lubuk :)

Orked said... @ 9:02 PM

Salam pakteh,

Dulu saya guna Beautifulbeta juga, arwah ustaz yassin yang ajar saya..kendian saya tukar lagi..tp semua tu yg omputeh punya..last sekali yg sy guna skrg ni yg dlm Bahasa Malaysia.

PakTeh said... @ 12:18 AM

salam Jie. Memang bagus Arwah Ustaz Yasin tu.. Tentang widget recent comments ni pun, silap2 nanti2.. PakTeh nak twist ke Bahasa Malaysia jugak :)

PakTeh said... @ 12:24 AM

PakNgah : agaknya yang kantoi peghonek HTML tu PakTeh kot. Setahun 2 entri saja.

PakTam : nampaknya Readmore pun dah nak kantoi, asyik melalut bila post entri. Ingat nak delete balik la. Tu yg tak mau kasitau link tu. Kesian nanti.

azlanlin said... @ 2:45 PM

Bagus tu PakTeh, explorer le bebaik, cari yang terbaik utk diberikan pada orang lain..mana2 yang termakan diri sendiri, PakTeh sendiri makan je ler... Ok PakTeh? Saaaayangggg PakTeh....

PakTeh said... @ 7:48 PM

betul la tu. sendiri godam mmg kena sendiri tanggung. dan elakkan dari orang lain tergodam sama seperti ketergodaman kita.

Post a Comment