| 9 comments ]

MELAKA, 16 Jan 23:36pm (Bernama) -- Tebing sungai Melaka berhampiran Kampung Morten di sini, hari ini menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari duit syiling lama yang dipercayai banyak terdapat di kawasan itu. Mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menggali kawasan itu menggunakan cangkul bagi mendapatkan duit syiling dipercayai yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Seorang pencari, Mohd Adnan Abdullah, 41, berjaya menemui tujuh duit syiling lama yang digunakan pedagang dari China dan Arab memandangkan ada antaranya mempunyai tulisan Cina dan Arab. "Saya yakin terdapat banyak duit syiling lama dan barang purba lain kerana sungai ini merupakan laluan pedagang zaman dahulu," katanya kepada pemberita ketika mencari syiling lama di tebing sungai itu.

"Duit syiling yang tertera tulisan Cina mungkin dari zaman Dinasti Chin manakala syiling yang mempunyai tulisan Arab tidak diketahui asal usulnya kerana tidak terdapat sebarang tarikh," katanya. Mohd Adnan berkata terdapat juga duit syiling yang tertera perkataan Inggeris iaitu "Liberty" dan "United States of America". "Saya tidak akan menjual syiling lama ini, saya akan simpan untuk tatapan anak cucu saya pada masa depan," katanya.

Seorang pengumpul duit syiling lama, Zulazmi Bachik, 37, pula menemui 19 keping duit syiling lama. "Kawasan ini memang laluan utama pedagang silam dan tidak mustahil masih terdapat barangan atau artifak yang berharga yang tersimpan dalam Sungai Melaka ini," katanya.

Kerajaan Melaka sedang melaksanakan projek pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka membabitkan kos RM320 juta supaya setanding dengan Sungai San Antonio di Amerika Syarikat yang terkenal dengan kebersihan serta keindahannya.

-- BERNAMA

Related Posts by Categories



9 comments

Jie said... @ 7:35 PM

Pakteh,

selepas bersesak² kat mersing, apa kata kita ubah hala tuju ke sungai melaka pula...he he he :p

PakTeh said... @ 9:23 PM

.. nak cari duit siling je? hehe..
untuk itu, biarlah peminat2 siling antik yg cari. tetapi sungai melaka mmg satu tempat yg menarik utk melancong. sekarang dah bersih terutamanya kalau dilihat di bandar melaka.

rita said... @ 3:03 PM

sapa nak beli syiling tahun 1958-1971 canadian elizabeth 11
high bid...email me yeah...i ada simpan dalam 20 keping

rita said... @ 3:05 PM

nonamanismalaya@yahoo.co.uk atau sms sahaja ke 0136349969

SHOPPING ONLINE (New Style) said... @ 12:22 PM

saya ada syiling zaman arab purba
siapa berminat click http://www.mudah.my/vi/1692235.htm?ca=11_s

karlz_max said... @ 4:17 AM

salam..bg sesaper yg berminat dengan syiling kesultanan melayu melaka tahun 1411 (zaman sultan muzzafar)email sy karlz_max@ymail.com @ hubungi 012-6102817 (karlz). syiling ini dijumpai semasa melakukan projek pembangunan di sekitar A'Farmosa,Melaka.

karlz_max said... @ 4:55 AM

duit portugese kingdom joaq iii thn 1521-1557 bastardo dan duit sultan mahmud shah thn 1488-1511 pitis brapa value dia yea?
email sy kalau berminat karlz_max@ymail.com @ 0173553129

StonedenotS said... @ 1:36 AM

kepada sesiapa yg berminat utk membeli DUIT syiling lama Syarikat Hindia Belanda (VOC) sekitar tahun 1790. sila emel ke Bilal_Rockerz@yahoo.com.my

Unknown said... @ 9:10 PM

ok!

Post a Comment