| 12 comments ]

Esok, Ahad (13.01.08). PakTeh & MakTeh nak ke Bota lagi. Nampaknya, gitulah rutin tiap2 minggu agaknya. Kalau campur esok, Insya Allah.. dah 4 kali kami ke sana sejak Zaim masuk asrama hari Selasa 02.01.08 lalu. 4 kali dalam 11 hari? hahaha. Tapi semuanya memang ada hal tertentu. Mungkin lepas ni, masa untuk melawat akan dijarakkan sedikit. Dalam masa yang sama, mudah2an Zaim akan lebih selesa dengan persekitaran barunya dan rakan-rakan.

Petang semalam, Zaim telefon rumah - MakTeh yang jawab. Masa tu PakTeh ada mesyuarat PIBG di sekolah. Rupanya pertandingan azan Khamis lalu, dia jadi Johan. Dapat hadiah kain warna coklat 4 meter. Dia pesan kat MakTeh, tak payah beli baju Melayu untuk raya tahun ini. Dia nak pakai baju sepasang dijahit dari kain hadiahnya. "Lembuuuut kainnya, mama." ajuk MakTeh semasa cerita pada PakTeh.

Kata Zaim lagi, dia nak test As-Sajadah Ahad ni dengan PakTeh. Senyum PakTeh dengar kata MakTeh. Memang Zaim ni sparring-partner PakTeh dari dulu dalam hal hafazan dan bacaan. Dia baca, PakTeh check. PakTeh baca, dia check. Dia ada 'rasi' dengan PakTeh - abahnya dan gurunya. Sejak dia kecil, PakTeh dah rasa dia ada talent yang tinggi dalam pengajian Al-Qur'an. PakTeh ajar Iqra' umurnya lima tahun. Dia tahan lasak dengan kaedah latihan PakTeh yang keras. Sebutan pada makhraj huruf dijaga, panjang mad diukur, dengung Ikhfak dan Idgham diperhalusi. MakTeh pun tak tahan..

Habis setahun belajar Iqra` 1-6 yang perit, PakTeh terus ajar masuk Qur'an : Al-Fatihah dan Al-Baqarah. Tidak masuk ke muqaddam seperti sesetengah guru yang lain. Dia terus dikerah mengambil nafas untuk ayat2 yang panjang. Awalnya, memang dia menangis juga kena latihan tersebut. Setelah melalui surah2 panjang, dia mula steady dan happy dengan surah2 pertengahan dan akhir Al-Qur'an yang semakin pendek.

Sejak dia khatam Qur'an kali pertama dengan PakTeh semasa bulan Ramadhan, umurnya masa tu 7 tahun. Keberkatan kaedah itu, Alhamdulillah - dia dapat hafal seluruh juz 30 (Juz 'Amma) sejak umur 10 tahun. Naib Johan Negeri - Tahfiz Sekolah Rendah : 2 tahun: 2006 dan 2007. Dia tewas 0.5 peratus pada 2007 dengan Johan yang dari Kuala Kangsar, di mana tuan rumah pertandingannya juga di Kuala Kangsar. Tiada rezeki Zaim ke peringkat Kebangsaan. Apa-apapun, PakTeh selalu ingatkan dia bahawa - ilmu Al-Qur'an bukan untuk pertandingan, tetapi untuk difahami kandungannya, dihayati dan diamalkan - sepanjang hayat.

Yang menyeronokkan PakTeh ialah Zaim ni mahu 'memahami'.. Alhamdulillah.

Related Posts by Categories



12 comments

aQQim said... @ 4:04 AM

memang kita tau, budak2 bila baru nak berenggang payah, tapi rasa2nya pakteh n makteh pun rasa payah nak berenggang dgn syahmi :) tapi kes akim lagi berat n lorat hehehe

Pak Ngah: said... @ 8:05 AM

:: salam... berenggang sementara je tu... dan kita mampu menjengahnya bila kerinduan antara dua pihak menjelma atau bila ada keperluan... tapi nampaknya mama dan abahnya yang lebih MERINDU tuu.. dan biasanya begitu le.

PakTeh said... @ 8:50 AM

-> Akim: rasanya tak le payah berenggang tu. dah bersedia dari dulu, terutama dia mmg teringin masuk asrama waktu sekolah menengah.

kes Akim, istimewa. sebab Akim dah boleh jaga diri sendiri, juga dah lama niasa berjauhan dgn keluarga sejak masuk SM Tok Saban, Keroh & UUM. Tak gitu? :)

PakTeh said... @ 8:52 AM

salam PakNgah : sama le kita PakNgah. Cuma PakNgah masih ada Angah di rumah kan?

Cemana dengan Anuar di SMS Kuching? Ok semuanya kot, harap2nya.

Pak Ngah: said... @ 6:14 PM

:: salam PakTeh... kami masih berempat... masih ada Angah, dan Anjang yang sedang menunggu result SPMnya.

arsaili said... @ 9:36 PM

sejuk perut mak teh mengandungkan zaim, moga dia terus berjaya dalam kedua2 bidang...saya mmg tak pernah duduk asrama masa sekolah menengah, cuma merasa juga masa pre-u, perit sekali kehidupan di hostel

PakTeh said... @ 11:26 PM

salam PakNgah :: syukurlah, masih ada anak2 untuk beriuh-rendah hari-hari. hih hih.

cemana projek Anjang? Jadi ambil lesen kereta?

PakTeh said... @ 11:28 PM

arsaili :: kehidupan di asrama memang banyak melatih sifat sabar dan berdikari. walau banyak pahit maung (memang betul), tetapi manisnya tetap ada.. kan? ianya kita sedar setelah kita kian dewasa dan mampu menilai semula tiap kesan pengalaman lalu.

Sharifah Hassan said... @ 9:37 PM

Salam,

Tak rela saya nak hantar anak ke asrama pasal...nanti tup-tup anak semua dah kawin, kita hanya menikmati dia dalam rumah setakat 13 tahun sahaja...

Tak rela bang....Sorry..walau apa alasan pun dan pengalaman saya tinggal di Aspuri SMK Raja Chulan tahun 90/91 kemudian bersambung di maktab 91/93 membuatkan ...

"Huhuhu..aku rindu kat mak aku....hari-hari teringat gulai dan asam pedas dia..."

"Huhuuhu...aku rindu kat mesin basuh....hari-hari terkenangkan baju satu baldi yang terendam..."

"Huhuuhu...aku rindu dengan kedai buku cerita secondhand apek...hari-hari teringatkan Mills and Boon yang terbaru..."

PakTeh said... @ 11:05 PM

Sharifah :mana-mana pun ok. tapi, kalau PakTeh & MakTeh yg ada Zaim sorang pun relakan dia ke asrama - takkan Sharifah nak kawai semua yg ramai2 tu.. haha

Kadang2 apa yg kita rasa tak sama dengan apa yang depa rasa. Bagi PakTeh, selagi depa ada potensi dan peluang untuk berkembang, PakTeh sedia luangkan untuk mereka. Walau terpaksa berkorban sesuatu yg berharga, seperti masa bersama di awal mereka remaja.

Sharifah Hassan said... @ 5:18 PM

Salam,

Setuju tapi tak dapat nak kompromi lagi buat masa sekarang!!

Mungkin akan dilepaskan juga akhirnya bila mereka dah besar panjang..macam bila mereka dah kawin kut!!

At least bagila peluang saya sebagai ibu merasa nikmat memilih baju fav bersama, keluar menonton wayang bersama atau duduk bersila bersama-sama di Popular dan ber nyot-nyet malam hari bercerita pasal hero baru dalam tv atau boyfriend baru mereka!!!

PakTeh said... @ 11:58 PM

salam Sharifah: hahaha.. best jugak dengar hujjah2 tu. namun, itulah ciri2 unik seorang ibu. kalau boleh memang mahu anak2 tetap dekat di sisi sepanjang masa.

Post a Comment