| 0 comments ]

January 22, 2008 16:32 PM

IPOH, 22 Jan (Bernama) -- Pemilik tanah di Perak yang membayar cukai tanah antara 1 Jan lepas dan 31 Mac ini dan tidak mempunyai tunggakan cukai berpeluang memiliki sebuah kereta Perodua Kancil dalam satu cabutan bertuah yang akan diadakan sempena 'Kempen Pembayaran Cukai Tanah Negeri Perak 2008'.

Pengarah Tanah dan Galian Perak Datuk Abu Zar Omar berkata kerajaan negeri telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membiayai kempen yang bertujuan meningkatkan hasil kutipan tanah di negeri ini yang walaupun menunjukkan peningkatan setiap tahun tetapi tidak begitu memberangsangkan daripada segi prestasinya.

" Selain itu lima buah motosikal, 10 unit televisyen 29 inci, lima unit peti ais dan 279 hadiah saguhati akan diberikan kepada para pemilik tanah yang bertuah," katanya pada sidang akhbar mengenai kempen tersebut di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak di sini hari ini.

Beliau berkata maklumat lanjut serta syarat dan terma mengenai cabutan bertuah itu boleh didapati dengan melayari laman web http://tanah.perak.gov.my atau dari pejabat tanah yang berhampiran.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment