| 6 comments ]

Berikut cabutan dari dokumen fail pdf dari laman web JPA Malaysia
( JPA(S)TT. 193/37 Klt.5(38) Siri No. )

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2008

PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM
PADA HARI KHAMIS

TUJUAN

1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menyampaikan keputusan Kerajaan mengenai kewajipan memakai pakaian batik oleh pegawai awam pada setiap hari Khamis.

LATAR BELAKANG
2. Dalam usaha menyokong perkembangan dan pembangunan industri batik negara yang merupakan warisan dan identiti negara, Kerajaan telah memutuskan supaya pakaian batik Malaysia dipakai oleh pegawai awam pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan melalui Surat Edaran JPA(S)TT. 193/37 Jld.4 (86) bertarikh 30 Jun 2005. Arahan ini juga dijelaskan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 iaitu mengenai fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki.

3. Untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pemakaian batik Malaysia oleh pegawai awam, Kerajaan telah bersetuju supaya arahan tersebut dipinda sewajarnya.

PINDAAN HARI PEMAKAIAN BATIK MALAYSIA
4. Kerajaan telah memutuskan supaya hari pemakaian batik oleh pegawai awam iaitu pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan dipinda kepada setiap hari Khamis. Pindaan ini juga melibatkan hari pemakaian fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki seperti yang ditetapkan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006.

PENGECUALIAN
5. Arahan pemakaian batik pada setiap hari Khamis ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau pegawai yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian yang lain.

TARIKH KUAT KUASA
6. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

PEMAKAIAN
7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PEMBATALAN
8. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Surat Edaran bilangan JPA(S)TT. 193/37/Jld.4(86) bertarikh 30 Jun 2005 adalah dengan ini dibatalkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

t.t.
(TAN SRI ISMAIL ADAM)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA

15 Januari 2008

Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

Related Posts by Categories



6 comments

Pak Ngah: said... @ 3:19 AM

:: salam PakTeh... baik untuk industri batik negara... jika ada yang sama... orang kata "boria"...

Sharifah Hassan said... @ 2:27 PM

Salam,

Hari ni bila sampai sekolah, terkejut sebab tengok beberapa kerat cikgu lelaki (3 ke 4 orang jer)...pakai baju batik!

Manusiakan berbeza-beza? Perlukah diboriakan?

PakTeh said... @ 9:13 PM

salam PakNgah :: ya, menyokong industri hiliran. lagi pun sebelum ni, gov servants selalu lupa, dengan 1 & 15hb tu. ada juga masa 1 & 15 tu jatuh hari cuti.

boria pun ok. ada setengah sekolah memang KGKTnya buat baju batik seragam untuk stafnya. lawa jugak.

PakTeh said... @ 9:19 PM

sharifah : sebenarnya maklumat itu tak tersebar menyeluruh. hanya dari siaran akhbar sahaja. ada sekolah nak tunggu pekeliling sampai sekolah dulu - via pos atau faks. ada pulak yang terus jadikan arahan yg boleh di-download & di-print itu sebagai sudah rasmi.

apapun, nampaknya kita dah dua hari seminggu kena pakai uniform. satu hari rabu! (uniform koku) satu lagi hari khamis! (batik) bagi yg lelaki mungkin sampai tiga! jumaat (baju melayu).

Sharifah Hassan said... @ 10:12 PM

Salam..

Cikgu lelaki memang ada 4 orang jer...masa tu nampak 3 orang je jadi yang sorang tu mungkin keluar mesyuarat..Cikgu sesi pagi dan petang ada 63 orang je...

PakTeh said... @ 9:54 PM

nampaknya memang guru lelaki kian pupus di kawasan bandar. ada kawan di KL kata penasihat/pengurus pasukan sepaktakraw lelaki sekolah dia adalah guru pompuan. guru lelaki di sekolah tu sorang je - incharge team bolasepak.

baguslah kalau kini guru2 perempuan mahu turun padang dan gelanggang yang dulunya dimonopoli guru2 lelaki.

Post a Comment