| 0 comments ]

Selasa minggu lepas (02.01.08), PakTeh ke SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar. Hantar Zaim masuk asrama. Sampai pukul 9.00 pagi. Kereta penjaga banyak bersusun. Laluan ke asrama ditutup. Parking di padang, jauh betul. Kemudian, ke Dewan Besar untuk urusan pendaftaran. Ada banyak kaunter2 pendaftaran pelajar baru - dipisahkan mengikut daerah pelajar. Di kaunter B - ambil nombor, dapat no. 12. Waktu tu baru turn no. 2. Aduh, lamanya lagi..

PakTeh belek tentatif program. Erm.. kononnya selepas pendaftaran (serah resit2 bank dan dokumen2), kena ambil pula barang2 keperluan sekolah di koperasi. Selepas tu, 11.00am ada Majlis Perasmian ( ucapan Pengetua & Pengarah Sektor Pend. Islam dan Moral, JPN Perak). Kemudian, para pelajar mula mendaftar di asrama selepas 12.30 tengahari. Aduh lambatnya lagi..

Semasa di dewan tu, terkejut pula tengok ramai pelajar baru pakai seluar putih. Aiikk? Kenapa tak tercatat pada senarai keperluan sekolah dalam surat tawaran tu. Zaim pula kami sediakan seluar hijau je. Isk.. tanya parent lain, diorang contact sekolah, baru tau. Laaa... Tanya cikgu situ, rupanya waktu kelas pakai seluar putih. Seluar hijau untuk prep petang & malam. Isk.. malas nak complaint2. Lagipun ada lagi budak2 yg pakai seluar hijau juga.

Maka PakTeh pesan kat MakTeh tolong urus pendaftaran Zaim di dewan & koperasi. PakTeh nak ke asrama. Masa sampai tadi, perasan bahawa pendaftaran hari itu untuk semua pelajar sekaligus. Ada tengok murid2 senior yang sudah masuk ke asrama. Berdasarkan pengalaman2 zaman dedulu.. penjaga elok cari bilik segera. PakTeh terus ke kereta, ambil 2 beg Zaim, selimut & 1 bantal spare. Sampai dekat blok asrama, tanya pada pelajar senior situ: di mana dorm murid baru Ting. Satu. Katanya di tingkat atas blok hujung. Okeeh. Tanya mereka lagi, adakah nama murid ditampal pada katil. Katanya nama murid ditampal pada pintu bilik. Katil pilih sendiri. Okeeh. Maka tujuan PakTeh ke hostel awal tu tak sia2.

PakTeh terus naik tingkat atas, jumpa dormnya. Bilik dorm "Yasser", ada nama Zaim di situ. Dalam senarai 14 orang itu, Ketua bilik digelar "Naqib" - Form 5. Penolongnya - Form 3. Pelajar baru: 12 orang. Semasa PakTeh tengah cangak-bangak dalam bilik tu sorang2, tetiba ada seorang prefect masuk, tanya PakTeh .."Ada apa saya boleh bantu PakCik?" Alhamdulillah.... Memang PakCik perlu bantuan!

PakTeh teliti bilik.. Katil single semuanya. Ada sebuah locker besi single di hujung tepi setiap katil. Setiap katil ada 1 tilam dan 1 bantal. Haha.. banyak betul "peta & awan larat" kat tilam2/bantal2 tuh. Biasa la tu. Diperhatikan, bilik tu ada 3 lampu dan 3 kipas. Good. PakTeh pilih katil kawasan tengah, sebab si Zaim ni ada sikit2 ciri penakut. Dekat dengan kipas dan lampu. Angkut tilam & bantal dari katil lain - tukar2, yang terbaik utk Zaim. Hehe.. jahat juga PakTeh. Lepas tu, periksa semua locker di situ, dapat satu yang paling sesuai.. ada tempat sangkut baju dan 4 rack. Angkat dan ubah. Masukkan 2 beg dalam locker, cuba kunci dengan padlock yg dibawa. Laa.. padlock "terlebih besar" pula. Tak boleh masuk dalam selak kunci locker. Kemudian, tebar sikit selimut atas tilam, bubuh beg lagi letak atas tilam katil. Tutup locker.. buh satu beg atas locker, buat "tagan", agar orang lain nanti tau. Bantal tambahan Zaim yang dibawa dari rumah simpan dalam locker dulu.

Okeeh. sekarang urusan booking katil/tilam/bantal/locker dah selesai. Terima kasih bnyk2 kat prefect yang bantu PakTeh mengubah2 barang2 tadi. Bagus la budak2 sini, nampaknya. Bersopan santun & berbudi bahasa.

Dapat call dari MakTeh, dia dah selesai daftar di dewan, sekarang ke koperasi pula. PakTeh gitau PakTeh nak selesaikan terus hal di asrama. PakTeh balik ke kereta, angkut habis apa saja termasuk 3 hanger uniform sekolah, malah baldi sekali. Dah macam orang gila.. Dua tangan ada pegang barang, dua bahu ada benda sangkut dan ada yg digalas di belakang. Bukan apa, nak jimat tenaga, sebab jauh parking.. Sekali harung sahaja, selesai....

Habis urusan jumpa semula MakTeh di koperasi. Dia dah ambil semua barang keperluan, segala cadar, alas tilam, baju2 t-shirt, batik, samping... isk banyak betul. Hantar masuk boot kereta dulu. tak larat dah nak hantar ke asrama.

Kemudian Majlis Perasmian bermula. Lama juga.. Selepas tu, kami ke asrama. Ibubapa boleh masuk. Orang lain baru cari2 blok, bilik dan katil, PakTeh & MakTeh dah siap kemas katil Zaim dan susun barang dalam locker-nya. Tulis nama pada semua pakaian/peralatan yang baru dapat hari tu.

Selepas solat Zohor di Masjid, Zaim pergi makan kali pertama di asrama. PakTeh & MakTeh ke pekan Seri Iskandar, makan & beli padlock kecil sikit. Harga RM2.00 saja. Selepas tu, kembali ke asrama. Rupanya Zaim tengah seronok sembang2 lepak2 dengan kawan2 barunya. Baguslah.

Kami tinggalkan Zaim 3.00 pm kerana dia akan mula program Orientasi. Gitau dia supaya telefon rumah dgn duit2 siling yang dah diperuntukkan khas. Sebelum balik, terjumpa Pengetua yang sedang membuat lawatan. Sembang2 sekejab, dan minta maaf kerana anak akan pakai seluar hijau dahulu. Dia bagi, sebab katanya peraturan seluar putih telah dihantar ke JPN, tetapi dalam surat tawaran oleh JPN, tidak disertakan lampiran peraturan berkenaan. Dia pun minta maaf kerana ada lagi ibubapa yang tanya hal demikian.

Sebelum balik ke Pantai, PakTeh ke Bandar Seri Manjung. Beli 2 helai seluar panjang putih. Akan dibawa pada Zaim hari Sabtu.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment