| 4 comments ]

Akhirnya persoalan siapa Menteri Besar Perak terjawab sudah. Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini memperkenankan pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, sebagai Menteri Besar Perak ke-10. Nizar akan mengetuai kerajaan campuran yang akan dibentuk oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum Sabtu lepas.

Majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 4.00 petang, esok 13 Februari. Nizar, anggota DUN Pasir Panjang berkata perkenan Sultan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu mengadap di Istana Kinta di sini 5.00 petang ini.

Beliau akan membentuk kerajaan campuran yang akan mewujudkan dua jawatan Timbalan Menteri Besar yang akan disandang oleh anggota DUN yang mewakili kaum Cina sebagai Timbalan Menteri Besar 1 dan Timbalan Menteri Besar II mewakili kaum India. "Kita akan merujuk Penasihat Undang-undang Negeri bagi mewujudkan jawatan itu... belum ada jawatan itu di Perak tetapi di negeri lain sudah ada jadi ada ruang.

PAS, DAP dan PKR semalam mengemukakan tiga nama - Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham, 47; Bendahari PKR Perak Jamaluddin Mohd Radzi, 52; dan Nizar, untuk dipilih oleh Sultan bagi jawatan itu dan seterusnya mengetuai kerajaan negeri yang baru.

Senarai nama berkenaan dikemukakan selepas ketiga-tiga parti itu mendapat perkenan baginda untuk membentuk kerajaan campuran. Bercakap kepada pemberita di perkarangan Istana Kinta, Nizar berkata Ngeh akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar I. Ngeh, adalah anggota DUN Sitiawan juga Ahli Parlimen Taiping. Beliau berkata jawatan Timbalan Menteri Besar II akan diumumkan kemudian yang akan mewakili masyarakat India di Perak.

Nizar berkata kedua-dua jawatan Timbalan Menteri Besar itu diwujudkan bagi mengambilkira kepentingan rakyat berbilang kaum di negeri ini khususnya Cina dan India.

Sementara itu, Ngeh (Pengerusi DAP Perak) mengakui banyak pihak akan mengkritik dan mempertikaikan mengapa DAP yang menguasai 18 kerusi DUN tidak diberikan mandat untuk menerajui kerajaan campuran Perak. Beliau jelas memahami perincian Dr. Raja Nazrin dalam pertemuan wakil tiga parti itu bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Perak, keputusan muktamad merupakan hak dan atas budi bicara baginda Sultan Perak. Ngeh juga menerima baik janji Nizar hanya mengamalkan polisi-polisi yang dipersetujui bersama oleh semua parti campuran ini," katanya.

Masalahnya pula, Lim Kit Siang pula naik tocang tercacak! - suruh semua ADUN DAP Perak pulaukan majlis angkat sumpah. Apa punya perangai! Si Kapiaq pahit ni nak jolok sarang tebuan ka?.. Dia lupa ka dia tu TokSidang Ipoh Timur -Dia tak tau ka Sultan boleh jatuh hukum buang negeri. Derhaka kelas 1!

Semoga Nizar cekal dan tabah. Tunjukkan kepimpinan cemerlang kerajaan baru.

Related Posts by Categories



4 comments

Pak Ngah: said... @ 6:58 AM

:: salam... ayat terakhir tu... macam undi dah tak rahsia lagi... agak2 je niii... mungkin PakNgah tersilap tafsir...

aQQim said... @ 9:08 PM

:) pakngah, akim rasa ayat tu jelas menzahirkan mcm tu jugak la..
tp pakteh, kita lum ada MB lagi la. tangguh pulak.. msg2 main sorong tarik..

Pak Ngah: said... @ 11:34 PM

:: akim: dengar cerita... mantan MB ada pergi ke istana... urusan apa tak berapa nak pasti le... emmm... makin tertanya2 la kita...

PakTeh said... @ 6:12 PM

@PakNgah: masing-masing ada tujuan & kepentingan agaknya.. hehe.

Post a Comment