| 3 comments ]

Rabu: 16 Julai, 2008
Dalam cuti panjang tanpa memblog, banyak perkara berlaku. Beberapa perkara menggemparkan dan luar biasa terjadi, samada dalam diri, keluarga, negara malah dunia amnya.

Politik

Ya, senario politik tergamam dengan keputusan PRU tempohari. BN hanya menang simple majoriti, malah tewas di lima buah negeri (Kelantan, Kedah, Penang, Perak dan Selangor). Kekecohan berlaku di negeri-negeri berkenaan, juga di peringkat pusat. Kelakarnya, BN tidak pernah mengurus kekalahan sedangkan Pakatan Rakyat pula tidak pernah mengurus kemenangan. Ada hikmahnya di situ. Hingga kini, perdebatan antara kedua pihak tak kunjung habis. BN cuba tunjukkan dasar keterbukaannya dengan mula dedahkan secara live perbahasan parlimen, dan perdebatan bloggers. Terkini, semalam perdebatan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu minyak. Menarik juga.

Ekonomi

Kesan gaji kakitangan awam naik tahun lalu, membawa peningkatan harga barang. Harga minyak dunia semakin naik, melebihi USD140 setong. Kerajaan juga menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen (41%), dari RM1.92 kepada RM2.70 seliter; diesel pula naik RM1 (63.3%) kepada RM2.58. Kemudian, penstrukturan semua subsidi, pemilik kenderaan persendirian 2,000cc ke atas menerima wang tunai RM620 setahun (kira2: RM1.70 sen sehari). Bagi pemilik motosikal persendirian pula akan dibayar sebanyak RM150 setahun (kira2: RM0.41 sen sehari). Wujud kekurangan bekalan beras, dan golongan berpendapatan rendah mula mengeluh. Ini satu teori domino yang sepatutnya diramal oleh pakar ekonomi negara, tetapi entahlah.. PM dinasihati oleh salah orang?

Boss
kelmarin merungut.. sekolah diurus secara PTJ, di mana urusan gaji & tuntutan perjalanan sepatutnya efisien. Urusan claim sepatutnya settle - duit masuk bank dalam 1 minggu. Kini - claim staf bulan Mei masih belum dibayar! Sekarang dah Julai! Sekolah complaint Jabatan, Jabatan pula complaint Kementerian. Tak tau la Kementerian nak complaint kat sapa pula. Yang PakTeh faham, cara bodo2 PakTeh - nampak jelas Kerajaan dah TAK DAK DUIT. Pekeliling pun dah dikeluarkan menghalang membuat kursus dsb di hotel2 bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Hari ini, TheStar papar di muka depannya - peruntukan 2008 oleh Petronas untuk kerajaan. Rupanya Jabatan Perdana Menteri dapat peruntukan terbesar: RM3.6 billion. Kem. Pendidikan tempat kedua: RM3.5 billion, diikuti kementerian2 lain - ada yang hanya juta-juta sahaja. Yang peliknya, apa projek Jabatan Perdana Menteri ni? untuk siapa? Kalau sektor kementerian berasaskan perkhidmatan awam dapat banyak, sesuailah - sebab untuk faedah rakyat.

Sosial

Didapati kini, berlaku ledakan protes rakyat secara terbuka . Ia dipaparkan dalam internet, perhimpunan tertutup malah demontrasi jalanan. Hebat! Kini orang tak segan silu bincang isu-isu nasional secara terbuka, termasuk kakitangan awam di premisnya sendiri. Hebat! Kehebatan ini tentunya merundung kesukaran kerajaan sekarang. Kebanyakan pemimpin veteran dah ada blog sendiri. Macam2 cerita, macam2 ada.

Malas

Oh ini fakta yang benar berlaku pada PakTeh dalam beberapa bulan ini. Walaupun ada masalah kesihatan diri serta kesibukan tugas; namun semua tahu.. kalau dah blog terbiar usang, jelas: penulisnya memang dah ada symptom malas. Hrmph.

Related Posts by Categories



3 comments

azlanlin said... @ 12:24 AM

MALAS:

Penyakit yang tiada ubatnya. Kebiasaan pada semua manusia dalam menerajui minda. Kecuali konotasi itu diterbalikkan. Maksudnya:

malas >>> salam

hehehe. Kita serupa!

Pak Ngah: said... @ 7:06 AM

:: salam... MALAS tu biasa le... sejak dahulukala dah ada...sebab tu istilah MALAS ada dalam kamus... emmm...

PakTeh said... @ 6:56 PM

-> PakTam & PakNgah: hehe. malas ni satu penyakit yang tak boleh dapat cuti sakit. cuti rehat boleh le. biasanya malas boleh jadi rajin, bila pengidapnya dah dapat tune dirinya semula dan mula menjalankan aktivitinya dgn gembira.

Post a Comment