| 2 comments ]

Isnin: 4 Ogos, 2008
Widget Bloglist ini telah ada sejak Januari lalu. Tak perasan kerana dah lama tak memblog. Bila dah terjumpa dan mencuba, maka dibuat tutorial untuk yang berminat. Kalau tak salah, PakLang pernah tanya tahun lalu, "Ada tak cara macamana nak tau latest entry orang lain, dari blog kita sendiri?". Dahulu PakTeh kata, tak tau. Sekarang, PakTeh kata, boleh. Macam ini.

1. Mula-mula daftar masuk ke dalam akaun Blogger atau klik Dashboard.
2. Pada Dashboard, klik Layout ; kemudian klik Page Elements.
3. Pilih ruang mana nak bubuh widget ini, biasanya di sidebar. Klik Choose A New Page Elements
Akan keluar satu window, menunjukkan pelbagai pilihan widget. Hingga kini, senarainya seperti berikut:
Bloglist | Slideshow | Subscription Links | Poll | List | Link List | Picture | AdSense | Text | HTML/JavaScript | Feed | Labels | Newsreel | Video Bar | Logo | Profile | Blog Archieve | Page Header
Biasanya jika widget yang sudah kita gunapakai, akan ditulis "Already added". Misalnya, Linklist.

Antara widget yang terbaru ialah Bloglist - memaparkan sebahagian kandungan dari blog yang kita minati. Yang bagusnya, ia beri pilihan masa entri terkini, tajuk atau sebahagian perenggan awal entri berkenaan. Boleh paparkan logo favicon laman web berkenaan.

4. Klik Add To Blog :: Satu tetingkap akan muncul seperti di bawah.

Secara default, Title ditetapkan My Blog List. Boleh ditukar kepada tajuk yang diifikirkan lebih sesuai.

Sort: Cara menyusun senarai blog pilihan kita. PakTeh pilih default iaitu di mana blog yang paling terkini entrinya akan duduk di atas sekali.

Show: jika default dipilih, semua blog akan dipaparkan. Icon: jika dipilih, logo favicon laman pilihan kita tadi akan muncul. Title of most recent items: akan ada tajuk entri mereka. Snippet of most recent item: jika dipilih, akan paparkan sebahagian ayat awal dalam entri terkini blog pilihan. Date of last update: Untuk paparkan tarikh entri berkenaan.

Perasan kan? ada disebut No items yet: maka KLIK pada Add a blog to your list. Akan muncul tetingkap di bawah ini.


Tetingkap Add to your blog list:
Isikan saja laman web dalam tu. Contoh rajah di sebelah, laman web PakNgah sedang dimasukkan. Klik ADD. Nanti klik lagi Add a blog to your list lagi.
Terus isikan tetingkap ini hingga puas hati.


Setelah siap, sepatutnya seperti rajah di sebelah. Senarai nama blog akan tersusun. Jangan lupa, kita boleh tukar nama blog itu kepada yang lebih sesuai.

Contoh: Perasan tak, laman PakTam yang tiada tajuk blog, hanya TITIK; boleh ditukar kepada yang sesuai. Caranya: klik rename dan isikan ruang tetingkapnya. Contoh lain, Inilah Duniaku (tajuk blog Akim), PakTeh rename sebagai Akim sahaja.

Kalau ada blog yang kita tak jadi nak senaraikan, klik remove. Tajuk Widget ini juga boleh diubah. PakTeh tulis Latest Family News.

Haaa... akhir sekali, klik SAVE pada tetingkap Configure Blog List. Jika perubahan Add Element kita dah disimpan oleh Blogger, cuba lihat hasilnya pada muka hadapan laman blog kita.

Ini contoh yang PakTeh punya, semalam. Berdasarkan rajah di sebelah, blog paling terkini entrinya ialah Bang Mad punya, dengan tajuk entri: Gerhana di Jinta, China. Masa updatenya ialah pada 17 jam yang lalu. Kalau kita ada favicon blog sendiri, maka tiadalah lambang oren Blogger tu.

Dan begitulah seterusnya, dengan blog2 lain.. mengikut urutan penetapan yang kita pilih tadi. Semua laman ini akan berubah kedudukannya mengikut yang paling akhir hantar entri, akan duk di atas sekali.

Satu kelebihan lain dalam Blog List ini ialah, ia berikan kita 2 link sekaligus. satu, pada nama tajuk blog yg diisi. Kedua, tajuk entri yang ditulis.

Boleh cuba letak mouse atas link-link berkenaan pada sidebar kanan blog PakTeh.

Selamat mencuba.

Related Posts by Categories



2 comments

azlanlin said... @ 2:25 PM

Good info...kompom aku godak..heheh

PakTeh said... @ 12:09 AM

@azlanlin: godak jgn tak godak :D
maaf lewat reply.

Post a Comment