| 7 comments ]

Khamis: 7 Ogos, 2008
Tahun lepas, satu batalion dari Gerik datang ke rumah. Masa itu Akim gunakan scanner - untuk selamatkan beberapa koleksi gambar lama dari rumah Tok, melebihi 20 tahun. Sebahagiannya memang dah nak rosak. PakTeh simpan salinan fail yang dah di-scan tu. Tunggu juga jika Akim nak upload-kan foto tu dalam blognya. Bila tak ada, PakTeh repair le mana-mana foto yang patut, dengan Photoshop. Gambar lama tak ternilai harganya.

Berikut, adalah salah satu foto yang PakTeh memang tak puas ulang tengok.

Benarlah, kegembiraan seorang bayi itu memang menggembirakan semua yang melihatnya. Akan tetapi, jerit tangisnya pula menyusahkan hati orang semua. Cuma sampai sekarang, PakTeh masih tak tau siapa baby di atas sebenarnya..

Cuma, dok teka2 bahawa empunya diri itu sekarang pakai spek bulat bingkai hitam, lampai dan pandai masak, khususnya western foods.. atau juga PakTeh yang tersalah..

Related Posts by Categories



7 comments

azlanlin said... @ 4:18 PM

lampai dan mampai? Gabungan personaliti fizikal yang cukup sepadan...agak-agaknya la...

PakTeh said... @ 4:49 PM

heheh.. lampai direct bahasa malaysia :: mampai pula unik bahasa batu 51.

walau rupamu tidak kukenal, tapi mampai idungmu tatap menjadi pojaan hatiku.

aQQim said... @ 10:53 PM

x salah lagi pakteh, adik bongsu saya tue..:) comei ek, kecik2 dulu la, tapi la mcm paktam kata, lampai mampai :)

Pak Ngah: said... @ 6:46 AM

:: salam semua... amboiiii... sampai hati dok mengata kat dia nooo...

PakTeh said... @ 6:42 PM

alamak.. pakngah dah tegur. astaghfirullah al-adzim. kena minta maaf kat baby tu nih.

Unknown said... @ 7:17 PM

Rupa-rupanya adik iwan baby tue..

Ghase kat umah ada jer gambo dia ni.

Tapi, memang pelik gambar Lie masa baby xder lak.. xde rezeki la tu.

PakTeh said... @ 11:06 AM

-> lie86: ikut kata ramai saksi2 lain, memang itu foto iwan. pakteh pun jenuh teka pada awalnya. o

oh ya, zaman kita kecik2 dulu, banyak bergantung kepada adanya camera, adanya camera-man, kebenaran masuk ruang bergambar atau juga ruang masa & kewangan ibu bapa untuk ambil gambar di kedai.

pakteh pun tak ada gambar masa kecik.. hehe.

Post a Comment