| 2 comments ]

Sabtu: 2 Ogos, 2008
Sejak sekolah rendah, si Zaim ini bercita-cita nak jadi pakar bedah. Sejak kecil, PakTeh dok perati tentang minat dia. Dia ni sedia maklum, malu-malu kucing. PakNgah kata, hihi.. "tertib lendit".

Zaim amat sukakan binatang. Umurnya 8 tahun, dia bawa balik seekor anak kucing (terketar2 lagi) balik sekolah sekolah agama petang, bubuh dalam raga depan basikalnya. Dia bagi susu. Kucing betina itu dinamakan Hurairah. Hurairah ini kemudiannya melahirkan 10 ekor anak. Sampai ada cucu. Zaman itu, PakTeh kena beli anak ikan temenung atau tamban 5 kilo seminggu untuk "haiwan ternakan" ini. Goreng guna deep frier yang dibeli khas. Pernah sampai 16 ekor mengiau keliling rumah.

Zaim tak geli dengan darah. Dia juga seronok kelebek2 anak2 kucing yang belum pun celik mata. Setiap kali Hurairah beranak, dia yang bagitau berapa jantan, berapa betina. Dia juga tiada masalah pegang cicak yang dilastiknya, goyang2 lagi depan mamanya yang penggeli, hihi. Juga tukang cekup buang bangkai tikus mati. Di sekolah rendah, dia suka subjek Sains, sebab suka buat eksperimen.

Awal tahun ini, PakTeh suruh dia daftar untuk masuk Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) sebagai pilihan unit beruniform sekolah menengahnya. Kot-kot dia boleh lasak sikit. Malangnya dia tak dapat unit itu, dah penuh. Yang dia dapat ialah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Hihi.. sekali lagi, menghala ke cita-cita awalnya.

Related Posts by Categories



2 comments

azlanlin said... @ 11:36 AM

Rancang rancangan yang menarik. Gabungan sokongan yang padu mampu mencetus tindakan luarbiasa hebat. Tentunya segala tindakan akan menjurus ke arah itu.

Lihat juga hasil adobe photoshop yang semakin menyerlah. Good job! Try and error sangat penting untuk mendapatkan hasil yang terbaik!

Paktam dulu pernah sampai tahap boring gaban setelah tak reti nak guna adobe yang banyak layer...hehehhe...

aQQim said... @ 9:42 PM

Tahniah buat syahmi. abg akim dulu nak jadi doktor, tapi masalah ngan subjek biologi :) PBSM pun boleh jadi lasak gak kalu kena caranya..

Post a Comment