| 2 comments ]


KEMENTERIAN KEWANGAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2008

Semua Pegawai Pengawal/Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan

PINDAAN KEPADA PEKELILING PERBENDAHARAAN
BIL. 9 TAHUN 2008 MENGENAI LANGKAH UNTUK
MENGURANGKAN PERBELANJAAN AWAM

Melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008 mengenai Langkah Untuk Mengurangkan Perbelanjaan Awam, antara syarat yang ditetapkan adalah penggunaan kemudahan hotel hanya dibenarkan bagi mesyuarat/ persidangan/ seminar/ bengkel antarabangsa manakala semua kursus, latihan dan bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk anggotanya hendaklah diadakan menggunakan kemudahan sedia ada termasuk Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) atau kemudahan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain.

2. Kerajaan telah mempertimbangkan perkara ini dan bersetuju untuk membenarkan semula penggunaan kemudahan hotel tertakluk kepada jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk tujuan tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan/ Ketua Agensi untuk memastikan perbelanjaan yang berbangkit adalah terkawal dan dianjurkan secara sederhana serta mengikut peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

3. Surat Pekeliling Perbendaharaan ini berkuat kuasa serta merta mulai tarikh ianya dikeluarkan.

4. Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perbendaharaan ini, perenggan 11 dan 12 dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008 adalah terbatal.



" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

t.t.

( Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah )
Ketua Setiausaha Perbendaharaan


13 Ogos 2008


s.k:
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Audit Negara
Akauntan Negara Malaysia
Setiausaha Kerajaan Negeri
Pegawai Kewangan Negeri


Boleh download dalam bentuk PDF dari
Laman Web Perbendaharaan Malaysia

Related Posts by Categories



2 comments

Diari Amirul said... @ 9:36 AM

Assalamualaikum pakteh, sihat? Pandainye Pakteh buat blog. Nanti kan datang la dekat rumah Amirul tapi kalau ada masa la... Rumah Amirul Jalan Perwira 1/9 bye...

PakTeh said... @ 9:12 PM

wa'alaikumussalam amirul. pakteh sihat. alhamdulillah. ayah amirul lagi pandai pasal blog, sebab dia yg ajar pakteh dulu. :)

ada rezeki pakteh akan ke sana, insya allah.

Post a Comment