| 2 comments ]

Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China ada beberapa kategori sukan yang berunsur 'berirama' (rythmic). Antaranya ialah renang berirama dan gimnastik berirama (gimrama). Setiap acara sukan itu memerlukan pesertanya memberi persembahan fizikal tetapi mengikut irama lagu didendangkan, kebiasaannya instrumental - yang perlahan bercampur rancak. Ianya menguji kelenturan, kelembutan dan gaya persembahan yang unik peserta.

Acara tidur berirama pula sebenarnya tidak dipertandingkan. Mana ada orang boleh tidur sambil buat pergerakan tertentu dengan mengikut muzik. Namun begitu, kalau jenis tidur yang boleh mengeluarkan iramanya sendiri, tentu bukan atlit sahaja boleh masuk pemilihan. PakTeh pun tentu boleh masuk pemilihan, kalau acara itu dibuka tempohari. Ramai orang di Malaysia mampu tidur dengan penuh irama - gubahan sendiri, hihi. Cuma irama mungkin berbeza-beza; samada sentimental, jazz, balada atau heavy rock.

Cuma akhir-akhir ini, MakTeh maklumkan satu perkara yang diperhatikannya sejak pembedahan tempohari. Irama tidur PakTeh dah kurang banyak, kadang-kadang tiada langsung. Syukur, Alhamdulillah. Nampaknya tak dapatlah masuk pemilihan wakil Malaysia untuk acara tersebut selepas ini. Tapi, tak apa.. ada ramai lagi calon lain yang lebih ber'kaliber'.

Related Posts by Categories



2 comments

Pak Ngah: said... @ 7:06 AM

:: salam... emmm... rugi wooo bila irama tu semakin menghilang... suatu irama yang penuh syahdu yang dikumandangkan tanpa pemimpin orkestra... kahkahkah...

:: apa2pun orang sebelah tidak lagi terganggu dan diganggu oleh irama muzik tersebut... emmm...

PakTeh said... @ 11:09 AM

salam PakNgah.. irama syahdu paling seronok jika ramai peserta ikut sekali. tingkah-meningkah dan tindanan melodi memang unik... macam koir.

sepatutnya irama sebegini boleh dikomersialkan. no?

Post a Comment