| 2 comments ]

Google telah melancarkan pelayar webnya: Chrome, dan sudah boleh dimuat turun untuk dicuba (hanya 474Kb). Aliran paparan antara mukanya amat lancar, serta proses loading laman webnya pantas. Google Chrome ini seperti mengambil ciri terbaik Mozilla Firefox dan Internet Explorer dengan paparan antara muka yang unik. Browser ini menggabungkan satu rekabentuk minimal dengan teknologi canggih menjadikan pengalaman melayari web lebih pantas, selamat dan mudah.

Google Chrome ini amat ringan, membolehkan kita preview halaman2, mendapatkan cadangan2 carian bila menulis sesuatu alamat URL, dan mencipta shortcut pada aplikasi2 web yang diminati. Kita juga boleh preview semua laman web yang dilawati dalam format thumbnail, membolehkan akses terus dengan cukup mudah dan pantas. Amat menakjubkan melihat kehebatan web browser ini beroperasi walau masih dalam versi 0.2 beta.

Untuk panduan tips yang bagus, rujuk laman Digital Inspiration yang menjadikan eksplorasi Google Chrome ini lebih menarik. Selamat meneroka dan menjelajah dengan Chrome! Cuba pandu uji, tengok bezanya.

Related Posts by Categories



2 comments

Sharifah Hassan said... @ 6:56 AM

Salam,

salam puasa, semoga semakin sihat!

Cantik lah make-over paparan blog pak teh!

tertarik juga untuk dicuba-cuba!

Insyaallah..

CikguSepajo said... @ 9:23 AM

Saya pun daha bertukar kepada Chrome sejak sebulan lalu. Paparannya ringkas, tak ada tools yang kita tak perlukan sangat, kita boleh customize mengikut kehendak kita, ruang paparannya luas. Setakat ni belum jumpa masalah lagi. Kalau ada tuan ada maklumat lain bolehlah kongsi dengan saya. TK :)

Post a Comment