| 2 comments ]

KUALA LUMPUR, 14 Oktober, 2008 19:41 PM (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter berkuatkuasa esok. Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari Selasa. Harga minyak turun kepada purata AS$82 setong di pasaran antarabangsa. Abdullah berkata kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya segera.

Perdana Menteri berkata kerajaan sebelum ini telah melaraskan harga runcit petrol, masing-masing pada 23 Ogos dan 24 Sept lepas. Ia merupakan kali ketiga kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel.

Pada 4 Jun lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.


Alhamdulillah. Turun juga harga minyak walaupun macam siput, setelah naik macam ribut.

Related Posts by Categories



2 comments

CikguSepajo said... @ 9:31 AM

Alahmadullilah
Minyak naik, roti canai,teh tarik, beras, .... semua naik. Minyak turun, roti canai,teh tarik, beras, .... semua tak turun.
Minyak turun, penjual minyak bising-bising, kononnya rugi besar.
Minyak naik, penjual minyak senyap, macam tikus jatuh ke beras.

Sharifah Hassan said... @ 4:33 PM

Tak apalah!

Yang penting ialah kita masih bernafas walaupun kadang-kadang rasa macam "bernafas dalam lumpur"...

Post a Comment