| 2 comments ]

KUALA LUMPUR, 8 Okt 17:59 PM (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada perhimpunan agung parti Mac tahun depan dan kemudiannya akan melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.

Keputusan itu diumumkannya hari ini selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Ini bermakna proses peralihan kuasa oleh beliau kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010 diawalkan setahun.

Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat khasnya baru-baru ini telah membuat keputusan menunda tarikh Perhimpunan Agung parti itu dari jadual asalnya Disember ini ke Mac tahun depan dengan tujuan mempercepatkan proses peralihan kuasa.

Patutlah beberapa orang kuat UMNO awal-awal canangkan nak bertanding Timbalan Presiden sebelum PakLah umumkan keputusannya. Soalan bocor.. Tentu menarik jika ada pertandingan Presiden pula lepas ni.

Related Posts by Categories



2 comments

Brahim Nyior said... @ 5:26 AM

PakTeh, patah tumbuh, hilang berganti. Sebagai rakyat, terima aje keputusan tu.

Rasanya Paklah takkan kekal kalau bertanding pun.. Eloklah beri pada Najib.

Tapi Muhyidin, dengar-dengar nak bertanding juga..

Hai..Macam tak jadi je Peralihan Kuasa ni. Ahaks...

PakTeh said... @ 9:16 PM

kita tengok je. apa-apa pun, semoga politik malaysia semakin bersih dan tidak tercemar dgn macam2 isu.

Post a Comment