| 2 comments ]

MELAKA, 11 Okt 00:58 AM (Bernama) -- Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari Sabtu. Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).

Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, esok dan Ahad ini. "Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.

Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa. "Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya," katanya.

Beliau berkata artis tempatan yang dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) tanpa gelaran ialah penyanyi lagu Melayu Asli Goh Eng Boon yang lebih dikenali sebagai Andre Goh, pelawak Jantan Osman yang juga dikenali sebagai Ali Mamak dan penyanyi era 60an, Mariam Ahmad. Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Melaka, Daud Awang dan Pengurus Nanyang Siang Pau dianugerahkan DSM.

Wartawan sambilan akhbar Melaka Hari Ini (MHI), Jaafar Neemat dianugerahkan Jaksa Pendamai (JP) manakala Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka Sha'rin Sahad, ketua wartawan The Star R.Letchumanan dan Pengurus Bilik Berita TV9 Mohd Lokman Hamidi, dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (BCM). Penyunting MHI Md Yusof Mohamed pula dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) manakala jurugambar The Star A. Malek Yahya, wartawan TV9 Mohamed Raffi Bachik dan wartawan China Press Monica Tay Sookeen, dianugerahkan Pingat Jaksa Pendamai (PJK).

Apa komen PakTeh?

BULLSHIT! "Datuk" adalah anugerah bagi seseorang yang memberi sumbangan pada masyarakat, negeri atau negara - dengan idea, usaha atau jiwa raganya. Kalau Andre Goh tu yang dapat Datuk, ianya sesuai. Andre Goh habiskan sebahagian besar usianya menjadi seniman dan artis. Pandai pula menyanyi lagu asli. Tetapi apa pasai diberi Datuk tu pada ShahRukh Khan? Apa Bahasa Melayu yang ditahunya? Dengar dia Islam, tapi isterinya Hindu. Negara lain pun tak bagi pingat pada Shah Rukh Khan walau dia sering pi Switzerland, Itali, London untuk berlakon. Di England, penerima anugerah 'Sir' amat mahal harganya.. hanya untuk anak watan British yang berjasa. Untuk tujuan promosi perlancongan, kita terpaksa gadai maruah ?

Bodo punya Ketua Menteri yang mencadangkan! Dan juga bodo si Yang Dipertua Negeri (Tun Khalil Yaakob) yang setuju! Macamana Ali Rustam nak jadi Timbalan Presiden UMNO, kalau dia pun tak tahu menghargai seseorang yang lebih wajar dan berhak. Ketidak pandaian memilih orang, akan menyebabkan Melaka & Malaysia nanti rosak. Isk.. kalau Ali Rustam ni jadi PM, entah2 George Bush boleh dicadangkannya dapat TUN ! , kalaupun tak Tan Sri; kerana "menyumbang ke arah hubungan diplomasi dan perdagangan antarabangsa yang baik dengan Malaysia".. 

Biasanya kalau kerap salah pilih orang, mudah pula salah pilih cara dan jalan. Hrmph.

Kalau Tok Ali Rustam & Khalil Yaakob tak berapa cerdik atau mata tak berapa nampak - PakCik-PakCik Pengayuh Beca depan A Formosa tu jika diberi Datuk, lebih diperakui sumbangannya pada industri perlancongan untuk negeri Melaka dan negara Malaysia. Pakcik2 itu berpeluh keringat demi sesuap nasi untuk keluarganya, menjadi contoh kerajinan pada remaja yang malas dan melepak demi mencari rezeki yang halal. Dalam pada itu, mereka tidak ambil kesempatan pada pelancong, budi bahasa mereka amat baik. Mereka juga berinisiatif menghiasi beca penuh bunga, agar menjadi bahan penarik pelancong untuk diambil gambar. Tentunya fotonya unik untuk ditatapi para sahabat & keluarga pelancong tadi bila balik ke negerinya, merangsang mereka untuk datang lagi. Pakcik itu juga sudah warga emas. Mungkin mereka dahulu pernah menderita melawan Jepun, British dan komunis berbanding Ketua Menteri atau Yang Dipertuan Negeri sendiri. Mereka tetap rajin bekerja hari-hari selagi hayatnya ada, di Melaka tanah tumpah darahnya - walau jasa mereka tidak ketara di mata 'Sultan', Mamak Bendahara dan Temenggung negeri Melaka. 

Adakah ianya sama dengan Shah Rukh Khan yang datang dari Benua Keling, sekadar beberapa hari cuma. Hanya meninggalkan beberapa ketul taik di bumi Malaysia.. sombong dengan peminat yang nak bergambar / autograf.. dan entah apa dikutuknya pasal Malaysia bila dia balik semula ke benuanya selepas habis kerja.. 

Kalau Sultan Mansur Shah & Sultan Muzafar Shah tengok apa yang berlaku hari ni, tentu 'murka' mereka dengan 'pewaris tanpa pertalian darah' Kesultanan Melaka hari ini. Kalau Sultan Mahmud tengok, mungkin dikata 'Korang kata aku teruk dalam Hikayat Sejarah Melayu, kamu berdua lagi teruk, dan buruk!". Hang Tuah menegaskan: "Tak Melayu Hilang Di Dunia", tapi Tun Khalil Yaakob pula bertekak: "Tak Hindustan hilang Di Dunia".

Isu antara kuman di seberang dan gajah di depan mata. Wahai 'Sultan' dan Mamak Bendahara Melaka.. both of you already got 'four eyes', rite? need another two? 

Jika ada universiti dalam dunia yang 'amat mudah' dapat ijazah serta tidak diiktiraf, nampaknya kerajaan yang 'mudah' dapat pangkat dekad ini adalah Melaka. Beberapa tahun lalu, Melaka juga yang bagi Datuk pada beribu orang dalam 1 hari. Kalau siapa dapat gelaran Datuk dari Melaka di zaman Ali Rustam & Khalil Yaakob, jangan terkejut jika orang senyum sinis dan gelak terkikih waktu sebut "Datuk". Tak diiktiraf ?, tak lulus akreditasi oleh Rakyat Malaysia ? atau barangan boleh 'dibeli' Cheap Sale - pangkat lawak jenaka DATUK - Made In Malacca... ?!

Related Posts by Categories



2 comments

Pak Ngah: said... @ 2:57 PM

:: salam... PakTeh pun dah lama dapat DATUK... bukan dianugerah oleh Sultan atau TYT... tetapi oleh anak2 sedara...

Brahim Nyior said... @ 3:44 AM

Pakteh, saya pun baru masuk pos yang tajuknya lebih kurang gini juga, bukan meniru. Tapi tak puas hati.

http://brahimnyior.blogspot.com/

Kita pakat gelak lah kat org Melaka.
hahahahahahahahahahahahahahahahaha..

Post a Comment