| 7 comments ]

Antara keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Majlis Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di Putrajaya, hari ini :
  1. Kakitangan awam yang kini berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diberi opsyen bagi menyertai skim pencen tahun depan. Tempoh membuat pilihan tersebut: dari 1 Jan hingga 31 Jan 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari, 2009.
  2. Bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.
  3. Bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan untuk membanteras jenayah, kerajaan bersetuju untuk membuat penambahbaikan pada skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan
  4. Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan bagi PDRM (Polis Diraja Malaysia) pula penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuatkusa pada 1 Jan 2009.
  5. Memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim Malaysia, tentera laut dan polis daripada aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan bersetuju agar kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan anggota pangkat lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkuatkuasa 1 Jan 2009.
Surat Pekeliling berkaitan pilihan menukar opsyen KWSP - Pencen dijangka dikeluarkan oleh JPA sebelum akhir Disember, 2008.

(Sedutan dari Bernama: 12:45PM)

UPDATE!  Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 19 Tahun 2008 telah dikeluarkan oleh JPA pada 26 Disember. Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut ..

Related Posts by Categories



7 comments

azlanlin said... @ 7:26 PM

Jom kita tukar..... apa beza kelebihan dan kekurangan bila tukar pak teh? bagi la sikit klu.... hehehhe

PakTeh said... @ 8:42 PM

"Dikatakan" bahawa skim pencen untuk kakitangan awam amat lebih bermanfaat berbanding KWSP. (1) Tiada potongan KWSP semasa berkhidmat - jadi duit bulanan lebih banyak.. hhehe (2) cukai pendapatan tetap boleh dikurangkan dengan potongan bulanan zakat / insurans dll. (3) Gaji kakitangan awam dah naik dan tentu naik lagi 10 tahun lagi, maka otomatik nilai pencen juga akan naik. (4) Kadar pencen dah dinaikkan kerajaan dari 50% kepada 60% dari gaji terakhir waktu bersara. Maka nilai pencen kelak tentu lebih tinggi. (5) Ramai juga yang dah keluarkan sebahagian duit KWSPnya untuk tujuan beli rumah dll.. jadi berapa masih tinggal kelak masa pencen? Dapat mmg syok gedebuk sedas, cuma takutnya habisnya juga sedas.. yang bestnya lagi, Tuhan panjangkan umur kita.. sedang tahap kesihatan kian rendah (nak pakai duit), anak pulak tgh ngaji (nak pakai duit), dan kita pulak dah semakin tiada/kurang sumber..

Dulu, golongan terambil skim KWSP sebab skim-skim gaji terdahulu ketika itu mmg amat rendah. Berbeza dgn sekarang.

의사 린다 愛している said... @ 9:48 PM

emm.. tak jd nak resign huhu...keje kat sepital private mmg le gaji byk tapi gomen gask yg besh... suka nyer leh tuka pencen huhu.. sayang paklah...:)

Smart Guy said... @ 8:45 PM

saya sokong paklah...saya harap paklah tak jadi pencen tahun depan..

PakTeh said... @ 10:47 PM

DrLinda:
dalam kesulitan tentu ada kemudahan, InsyaAllah.

Ahmad:
Setiap pemimpin memang kena diikut oleh pengikut, selagi dia solat di antara kita. Dan pemimpin juga mesti pastikan dia memimpin pengikutnya ke arah jalan yang betul, dengan cara yang betul.

Ayda said... @ 9:46 PM

Pak Teh, kalau dah 15 tahun berkhidmat dgn skim KWSP, kemudian tukar ke skim Pencen, dikira skim pencen dari awal perkhidmatan ke dari tahun ke 15?

PakTeh said... @ 10:26 PM

salam D.Ayu. kalau mengikut kenyataan PM, ianya berkuatkuasa mulai 2009. Berikut adalah kenyataan di laman web JPA bertarikh 28 Nov, 2008.

"Huraian lanjut akan dijelaskan dalam pekeliling perkhidmatan yang akan dikeluarkan pada Disember 2008 nanti.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906 atau hubungi terus Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan di talian 03-88854004."


Sama-sama kita tunggu pekeliling berkenaan :)

Post a Comment