| 4 comments ]

Syarat Kemasukan Ke SMKA

Kelayakan minima adalah seperti berikut:

Tingkatan Satu
1. Sekurang-kurangnya 2A 3B dalam Peperiksaan UPSR (boleh berubah mengikut arahan semasa)
2. Boleh membaca Al- Quran
3. Boleh menulis jawi
4. Lulus ujian PAFA ( UPSR )
5. Berumur 13 tahun ke bawah

Tingkatan Empat
1. Lulus Sijil PMR
2. Sekurang- kurangnya memperolehi :
3. B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
4. C dalam lain-lain matapelajaran
5. Lulus ujian PAFA ( PMR )
6. Berumur 16 tahun atau kurang

Tingkatan Enam Rendah
1. Lulus SPM
2. Kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu
3. Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi ATAU Lulus Bahasa Arab Tinggi
4. Lulus matapelajaran Pengajian Quran Sunnah dan Syariah Islamiah
5. Memiliki agregat 16 atau kurang daripada TIGA matapelajaran
6. Berumur antara 17 dan 20 tahun

Cara Memohon ke SMKA

1. Ambil borang Permohonan Masuk Ke SMKA daripada Jabatan Pendidikan Negeri

2. Isikan butiran yang diperlukan dengan lengkap, termasuk pengesahan oleh Guru Besar

3. Hantar borang ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya SEMINGGU selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

4. Sertakan dokumen- dokumen berikut :
    i. Slip keputusan UPSR/PMR/SPM
    ii. Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan
    iii.Surat Tamat Sekolah Rendah 
    iv.Sijil- sijil ( jika ada )

  • Ujian pra atau ujian kelayakan akan dijalankan di sesetengah negeri.
  • Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran daripada SMKA yang menawarkan.
  • Pemohon yang gagal tidak akan dimaklumkan.
  • Bukti penghantaran tidak diterima sebagai bukti penerimaan borang.

Maklumat lanjut rujuk Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Related Posts by Categories



4 comments

Harry (Webmaster) said... @ 5:23 PM

salam, sila ambil perhatian, permohonan ke SMKA di Negeri Sembilan mesti 4A 1C sahaja.

PakTeh said... @ 12:29 PM

@Harry - kemasukan ke SMKA adalah selaras seluruh negara, bukan Negeri Sembilan sahaja. syarat minimum akan berubah mengikut keperluan semasa. mana tahu kemungkinan suatu masa nanti, syarat minimum smka juga 5A setanding dengan sbp & mrsm.

maklumlah, makin ramai yg score :)

eva said... @ 11:30 AM

bila borng kemasukkan ke maktab perguruan keluar?

*Nur syafiqah said... @ 9:54 AM

nk mohon ke smka msti kene amk borg kt JPN ke? xde pmohonan online ke?

Post a Comment