| 3 comments ]

Selasa: 4 Mac, 2008
KUALA KLUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim telah dikurniakan seorang putera hari ini.

Putera pasangan diraja itu dilahirkan pada pukul 10 pagi di di Hospital Pakar Damansara, menurut Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit Sultan Perak di Istana Iskandariah.

Tuanku Zara dan puteranya dalam keadaan sihat walafiat, kata beliau kepada Bernama.

Selamat menimang putera untuk Raja Nazrin, awal sebulan dari yang dijangka. Itulah kuasa Tuhan. Nampaknya dapat juga Raja Azlan menimang cucunda, setelah sekian lama. Nampaknya itulah rahmat Tuhan penangguhan majlis angkat sumpah MB semalam agaknya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 12 comments ]

Kursus menarik ini melibatkan :

  1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Di Luar Negara.
  2. Program Kembar TESL di luar negara.
  3. Program Kembar Bahasa Perancis. (PKBP)
  4. Program Kembar Bahasa Jerman. (PKBJ)
  5. Program Kembar Bahasa Cina dengan Univ. Beijing
  6. Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun (PPPRET).
Tarikh tutup: >> 25 Mac, 2008 <<

Jika berminat, rujuk Laman Kementerian Pelajaran untuk makluman lanjut, termasuk permohonan online.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Jumaat: 14 Mac, 2008

<< Updated >>

Semakan maklumat permohonan untuk Program Matrikulasi 2008/09 telahpun
DITUTUP.

Kenyataan ini boleh dirujuk pada pautan di bawah.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Tarikh tutup permohonan untuk mengikuti kursus perguruan bagi pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilanjutkan sehingga 25 Mac depan.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia, Emily Clarice Joannes berkata permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web Kementerian di http://www.moe.gov.my.

"Maklumat kursus ini boleh dibaca daripada e-Panduan Permohonan yang dilampirkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Negara sejak 5 Mac lepas dengan bayaran RM6.

Beliau berkata calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin tersebut.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

14 Mac, 2008 00:57 AM

Pembentukan Kerajaan Minoriti Boleh Tamatkan Krisis Di Perak

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama)-- Kerajaan minoriti mungkin boleh dibentuk jika kerajaan campuran di Perak gagal diwujudkan selepas krisis terkini dalam pelantikan Menteri Besar di kalangan parti pembangkang.

"Kekusutan di Perak boleh diselesaikan dengan kerajaan minoriti di mana Tuanku (Sultan Perak) boleh melantik parti yang tidak mendapat majoriti mudah bagi tujuan untuk menasihatkan baginda dalam mengadakan pilihan raya baru," katanya Prof Dr Shad Saleem Faruqi, seorang profesor kanan undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Shad berkata Sultan tidak boleh menitahkan pilihan raya baru diadakan tanpa kewujudan kerajaan minoriti kerana Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Pilihan lain adalah dengan gabungan parti DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS perlu sepakat dalam mencalonkan nama Menteri Besar dan bukan dengan menghantar tiga nama, satu daripada setiap parti untuk perkenan istana. "Kena ada seorang pemimpin muktamad. Jika gabungan itu bersatu, mereka perlu bersuara dalam satu nada untuk meyakinkan Sultan," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Keadaan di Perak sangat unik di mana tiada parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. Ditanya sama ada parti yang mendapat kerusi paling banyak layak untuk menerajui negeri, beliau berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan perkara itu. Keputusan pilihan raya umum lepas menyaksikan kemenangan kepada pembangkang dengan DAP menang 18 kerusi negeri manakala PKR tujuh dan PAS enam. Barisan Nasional memenangi 28 kerusi.

Sebelum ini, Setiausaha Perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin telah dipilih sebagai Menteri Besar Perak ke-10 oleh Sultan Perak. Bagaimanapun, majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, dijadualkan hari ini ditangguhkan tanpa dinyatakan bila ia akan diadakan.

Sebelum ini Lim Kit Siang (Penasihat DAP Pusat) membantah keputusan Sultan dengan mengarahkan semua calon DAPnya memulaukan majlis angkat sumpah. Kenyataannya itu tentunya mengguris hati Sultan & Raja Muda, yang lebih pakar dalam perundangan persekutuan & negeri berbanding Lim KIt Siang sendiri. Walaupun kemudiannya, Lim minta maaf dan menarik balik kenyataannya - sudah tak bermakna. Ia mencerminkan masih wujud ketidaksepakatan. Jika sudah menghantar 3 calon & menerima perkenan Raja bagi mana2 yang dipilih, tentu tidak jadi masalah.

Beberapa laman politik, menunjukkan ramai orang Cina sendiri membantah kenyataan Lim Kit Siang, malah sebahagiannya cadangkan Lim sendiri meletak jawatannya dalam DAP. Peranannya sebagai ketua pembangkang di Parlimen 40 tahun, masih tidak mengubah 'ketegaqan'nya walau setelah 'menang' dalam PRU baru-baru ini. Lim, kalau dia 'cerdik' akan bantu lain-lain Ketua Parti Barisan Alternatif mencerminkan mereka mampu mentadbir dengan penuh kesepakatan - jika ada hasrat nak menang dalam PRU akan datang.

Mungkin sebabb itu, mantan MB ada masuk ke istana. Beliau tentunya merupakan ketua pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri kali ini, atau juga calon MB kerajaan minoriti? Rasanya tak kot. Sultan sudah memilih calon MB, cuma menangguhkan majlis angkat sumpah. Mungkin kena tunggu semua parti betul2 terima pilihan raja, tanpa belah bahagi. Bagus keputusan Raja Nazrin yg Insya Allah - akan dapat putera/puteri sulungnya pertengahan bulan April nanti.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Akhirnya persoalan siapa Menteri Besar Perak terjawab sudah. Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini memperkenankan pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, sebagai Menteri Besar Perak ke-10. Nizar akan mengetuai kerajaan campuran yang akan dibentuk oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum Sabtu lepas.

Majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 4.00 petang, esok 13 Februari. Nizar, anggota DUN Pasir Panjang berkata perkenan Sultan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu mengadap di Istana Kinta di sini 5.00 petang ini.

Beliau akan membentuk kerajaan campuran yang akan mewujudkan dua jawatan Timbalan Menteri Besar yang akan disandang oleh anggota DUN yang mewakili kaum Cina sebagai Timbalan Menteri Besar 1 dan Timbalan Menteri Besar II mewakili kaum India. "Kita akan merujuk Penasihat Undang-undang Negeri bagi mewujudkan jawatan itu... belum ada jawatan itu di Perak tetapi di negeri lain sudah ada jadi ada ruang.

PAS, DAP dan PKR semalam mengemukakan tiga nama - Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham, 47; Bendahari PKR Perak Jamaluddin Mohd Radzi, 52; dan Nizar, untuk dipilih oleh Sultan bagi jawatan itu dan seterusnya mengetuai kerajaan negeri yang baru.

Senarai nama berkenaan dikemukakan selepas ketiga-tiga parti itu mendapat perkenan baginda untuk membentuk kerajaan campuran. Bercakap kepada pemberita di perkarangan Istana Kinta, Nizar berkata Ngeh akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar I. Ngeh, adalah anggota DUN Sitiawan juga Ahli Parlimen Taiping. Beliau berkata jawatan Timbalan Menteri Besar II akan diumumkan kemudian yang akan mewakili masyarakat India di Perak.

Nizar berkata kedua-dua jawatan Timbalan Menteri Besar itu diwujudkan bagi mengambilkira kepentingan rakyat berbilang kaum di negeri ini khususnya Cina dan India.

Sementara itu, Ngeh (Pengerusi DAP Perak) mengakui banyak pihak akan mengkritik dan mempertikaikan mengapa DAP yang menguasai 18 kerusi DUN tidak diberikan mandat untuk menerajui kerajaan campuran Perak. Beliau jelas memahami perincian Dr. Raja Nazrin dalam pertemuan wakil tiga parti itu bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Perak, keputusan muktamad merupakan hak dan atas budi bicara baginda Sultan Perak. Ngeh juga menerima baik janji Nizar hanya mengamalkan polisi-polisi yang dipersetujui bersama oleh semua parti campuran ini," katanya.

Masalahnya pula, Lim Kit Siang pula naik tocang tercacak! - suruh semua ADUN DAP Perak pulaukan majlis angkat sumpah. Apa punya perangai! Si Kapiaq pahit ni nak jolok sarang tebuan ka?.. Dia lupa ka dia tu TokSidang Ipoh Timur -Dia tak tau ka Sultan boleh jatuh hukum buang negeri. Derhaka kelas 1!

Semoga Nizar cekal dan tabah. Tunjukkan kepimpinan cemerlang kerajaan baru.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Sejumlah 6,247 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang diumumkan hari ini. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan berbanding keputusan 2006 apabila seramai 5,685 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Pada keseluruhannya, pencapaian SPM sangat membanggakan apabila 382,286 calon berjaya mendapat sijil berbanding 358,060 pada 2006, katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), di Putrajaya hari ini.

Katanya daripada jumlah itu, seramai 347,032 (90.8) peratus terdiri daripada calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Menurut Alimuddin daripada 6,247 calon yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran itu, 5,060 atau 81 peratus terdiri daripada calon sekolah KPM berbanding 4,311 (75.8 peratus) pada tahun 2006, atau peningkatan 5.2 peratus.

"Peningkatan ketara ini menunjukkan pencapaian tinggi dan cemerlang bagi calon sekolah KPM," katanya.

Sejumlah 439,255 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini. Alimuddin berkata daripada kumpulan calon cemerlang itu, Azali Azlan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, memperoleh 20 1A dan Satu 2A.

Quek Hai Ren dari SMK Hwa Lian, Mentakab Pahang pula memperoleh 16 1A, katanya.

Alimuddin berkata seramai 1,072 calon berjaya mendapat 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 1,280 calon pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 892 atau (83.2 peratus) yang memperoleh semua 1A bagi 2007 terdiri daripada calon sekolah KPM berbanding 917 (71.6 peratus) pada tahun sebelumnya, katanya.

"Seramai 58,519 calon sekolah KPM mendapat sekurang-kurangnya gred 6C bagi semua mata pelajaran yang diduduki dalam SPM 2007 berbanding 57,015 pada tahun 2006," katanya.

Beliau berkata hanya 2,911 atau 0.75 peratus calon gagal (gred 9G) dalam semua mata pelajaran berbanding 2,823 (0.79 peratus) pada tahun 2006.

Bagi calon istimewa, Alimuddin berkata seramai 189 (53.2 peratus) daripada 355 calon berjaya mendapat sijil berbanding 176 (60.5 peratus) daripada 291 calon pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata calon cacat penglihatan, Loh Wei Siong dari SMK Batu Lintang, Sarawak, mendapat enam 1A dan dua 2A bagi semua lapan mata pelajaran yang didudukinya.

Sementara itu, Alimuddin berkata calon-calon yang menduduki SPM 2007 merupakan kumpulan pertama yang mengikuti program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tingkatan satu pada 2003.

Beliau berkata program PPSMI didapati tidak menjejaskan pencapaian murid dalam semua mata pelajaran sains dan matematik dalam peperiksaan SPM 2007, malahah prestasi dalam mata pelajaran matematik tambahan, fizik dan biologi, meningkat.

"Peningkatan tersebut berlaku di peringkat nasional dan di kalangan murid bandar dan luar bandar," katanya.

Alimuddin berkata turut membanggakan ialah peningkatan ketara pencapaian calon dalam mata pelajaran bahasa Inggeris di peringkat nasional, bandar atau luar bandar.

Bagi calon yang berjaya sekurang-kurangnya gred 6C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119, mereka akan dianugerahkan sijil GCE O-Level daripada Cambridge Assessment (CA), satu pengiktirafan antarabangsa termasuk oleh negara-negara Eropah melalui European Qualification Framework.

Selain itu, beliau berkata mulai 2007, calon yang mengambil Prinsip Perakaunan dan lulus dengan baik mata pelajaran itu, mereka akan mendapat pengiktirafan antarabangsa Tahap Dua Sijil London Chambers of Commerce and Industry (LCCI) dan pengecualian daripada menduduki Certified Accounting Technicial One (CAT) The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) England.

Pada 2007, seramai 778 calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dipilih menyertai kajian perintis sijil LCCI.

Alimuddin berkata seramai 692 daripada 778 calon yang mengikuti kajian berjaya memperoleh sijil LCCI dengan 39.5 peratus daripadanya mendapat kepujian, 36.4 peratus kredit dan 13.1 lulus.

Beliau berkata seramai 23,418 calon yang tidak terlibat dalam kajian itu tetapi jika mendapat gred 1A atau 2A dalam mata pelajaran tersebut, juga dikecualikan daripada menduduki kertas CAT 1 ACCA.

(Sumber: Kenyataan Akhbar - 12/03/2008)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seramai 3,341 atau 67.9 peratus calon berjaya memperoleh Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2007 dengan mendapat pangkat sekurang-kurangnya lulus (Maqbul) dalam setiap mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata walaupun jumlah itu menurun sedikit berbanding 2006 iaitu 71.5 peratus atau 3,574 calon, namum pencapaian pelajar secara keseluruhannya membanggakan berdasarkan kelulusan sekurang-kurangnya gred Maqbul dalam kesemua 10 mata pelajaran.

Seramai 4,920 orang calon menduduki STAM 2007 yang menawarkan 10 mata pelajaran meliputi bidang bahasa, Syariah dan Usuluddin, katanya.

"Seramai 74 calon atau 1.5 peratus) pelajar memperoleh gred cemerlang (Mumtaz) dalam semua 10 mata pelajaran yang diambil berbanding 88 orang pada 2006," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), di Putrajaya hari ini.

Jumlah pelajar yang memperoleh Mumtaz dan Kepujian (Jayid Jiddan) bagi semua 10 mata pelajaran pula seramai 96 (2.0) peratus berbanding 90 orang pada 2006.

Alimuddin berkata prestasi setiap mata pelajaran bagi peringkat Mumtaz juga tinggi antara 8.5 peratus (iaitu Tauhid dan Mantiq) dan 25.5 peratus (iaitu Hizfil Quran dan Tajwid).

(Sumber: Kenyataan Akhbar - 12/03/2008)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Jumlah calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2007 yang lulus penuh (peringkat prinsipal) meningkat 0.75 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan peratusan penggunaan Bahasa Inggeris ketika menjawab soalan bertambah 6.2 peratus.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak ketika mengumumkan keputusan STPM hari ini, berkata seramai 56,896 atau 91.62 peratus calon lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu subjek berbanding 63,149 pelajar atau 90.87 peratus pada 2006.

Beliau berkata jumlah itu meliputi 66,047 calon yang menduduki peperiksaan STPM pada 13 Nov hingga 5 Dis 2007 di 730 pusat peperiksaan di seluruh negara. "Secara keseluruhan tidak ada perbezaan ketara. Secara trendnya masih ada jurang beza antara calon di luar bandar dan bandar dengan peratusan penggunaan bahasa Inggeris ketika menjawab soalan meningkat," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman analisis keputusan STPM 2007 di Kuala Lumpur hari ini.

Dzulkifli berkata peratusan calon yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun lepas ialah 91.9 peratus berbanding 85.6 peratus pada 2006.

"Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris didapati tidak menjejaskan pencapaian calon peperiksaan STPM," katanya.

Analisis STPM itu juga menunjukkan bilangan calon yang lulus gred A dalam lima dan empat mata pelajaran mencatat sedikit penurunan iaitu 25 pelajar pada tahun lepas berbanding 34 pelajar pada 2006. Daripada jumlah itu, 15 adalah pelajar Sains dan 10 pelajar Sastera. Dzulkifli berkata jurang prestasi antara calon bandar dan luar bandar dalam kedua-dua aliran Sains dan Sastera juga masih ketara, dengan 13.71 peratus calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A, berbanding 4.62 peratus pelajar luar bandar.

"Trend (jurang beza) ini mungkin disebabkan perbezaan dari segi fasiliti, infrastruktur dan guru-guru yang mengajar di bandar dan luar bandar," katanya. Daripada keseluruhan 66,047 calon STPM tahun lepas, 57,395 atau 86.90 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 3,122 (4.73 peratus) calon sekolah swasta dan 5,530 (8.37) calon persendirian.

Semua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula tengah hari ini kecuali calon persendirian yang akan menerima melalui pos, selain melayari laman web www.mpm.edu.my dan SMS talian 39003.

Di ALOR SETAR, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mansor Lat berkata Kedah mencatatkan peningkatan 1.47 peratus pelajar yang lulus STPM, iaitu daripada 92.18 peratus pada 2006 kepada 93.65 peratus pelajar yang lulus tahun lepas.

Beliau berkata tujuh sekolah bantuan kerajaan juga mendapat kelulusan 100 peratus ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Badlishah, Kulim; SMK Tunku Abdul Malik (A), Alor Star; SMK Tunku Putra, Langkawi; SMK Sultan Ahmad Tajuddin, (Bandar Baharu); SMK Yan, Yan; SMK Lubok Merbau, Pendang dan SMK Sungai Kob, Kulim. Seramai 3,880 pelajar lulus sekurang-kurangnya satu Prinsipal (1P) daripada 4,302 calon sekolah bantuan kerajaan yang menduduki peperiksaan itu, katanya.

Di KUALA TERENGGANU, jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu berkata 2,602 pelajar atau 95.24 peratus daripada 2,839 calon yang menduduki STPM pada tahun lepas, lulus sekurang-sekurangnya satu mata pelajaran.

Jumlah itu mencatat penurunan 0.23 peratus calon lulus berbanding 3,263 pelajar (95.47) lulus daripada 3,520 calon yang menduduki STPM pada 2006.

Sebanyak 12 sekolah kerajaan negeri lulus penuh pada tahun lepas, katanya.

Di JOHOR BAHARU, pemangku Pengarah Pelajaran Johor Ramlan Sariman berkata 5,593 daripada 6,537 calon STPM negeri lulus penuh, dan jumlah itu merupakan peningkatan 0.85 peratus.

Sebanyak 22 sekolah mencapai 100 peratus lulus STPM berbanding 14 sekolah pada 2006, katanya.

Di MACHANG, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Ismail Mohd Noor berkata 1,157 pelajar atau 18.6 peratus, mendapat keputusan cemerlang 5A tahun lepas berbanding 1,482 pelajar (20.1 peratus) pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata ia merupakan penurunan 1.5 peratus pelajar mendapat 5A. Katanya peratusan kelulusan keseluruhan negeri ialah 93.49 peratus.

Di SEREMBAN, 17 pelajar di Negeri Sembilan memperoleh prinsipal A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan nilai purata nilai gred kertas 4.00, dan 3 calon lagi memperoleh purata nilai gred kertas 4.00 mengikut pengiraan merit.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri berkata mereka terdiri daripada 15 orang calon jurusan sains dan 5 orang calon jurusan sastera.

"Seramai 1,636 calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran peringkat prinsipal atau 95.2 peratus dalam peperiksaan tahun lepas.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 0.2 peratus berbanding pencapaian tahun 2006.

"Daripada jumlah itu 101 lulus 5 prinsipal, 749 lulus 4 prinsipal, 360 lulus 3 prinsipal, 222 lulus 2 prinsipal dan 204 lulus 1 prinsipal," katanya di sini hari ini.

Seramai 1,879 orang calon menduduki peperiksaan STPM pada tahun 207 berbanding 2,226 orang calon pada tahun 2006.

Daripada jumlah itu, 1,718 adalah calon sekolah kerajaan, 20 calon sekolah swasta dan 141 calon persendirian.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]


Takwim/Tarikh/Jadual Peperiksaan Awam Malaysia
Tahun 2008 (Updated)

UPSR
Ujian Bertulis 9 - 11 September 2008

PMR
Ujian Bertulis 13 - 17 Oktober 2008

SPM
Amali -
Ujian Bertulis 12 November - 6 Disember 2008

STAM
Ujian Lisan -


Ujian Bertulis 20 - 22 Oktober 2008

28 - 29 Oktober 2008

SPM (Ulangan)
Bahasa Melayu




24 Jun 2008
Matematik




25 Jun 2008

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Malaysian stocks tumbled the most in a decade today with government-linked companies hardest hit after the weekend’s political upsets.

Awal tahun tempohari (01.01.2008), PakTeh ada menulis satu entri berkaitan ramalan ekonomi : Economic Circle: 7 Years or 10 Years? Walau PakTeh bukan lulusan ekonomi atau pakar tentangnya, tetapi PakTeh suka kaji tafsiran Surah Yusuf (43-49). Kitaran ekonomi kelihatan berlaku 10 tahun sekali, buat masa ini, di negara ini. Kitaran jatuhnya adalah pada hujung setiap dekad, sekaligus dengan beberapa isu politik dan sosial. Nampaknya apa yang dibimbangi dah nak berlaku lagi. Berikut petikan satu perenggan penting dalam entri itu :
Hujung 50an .. kesukaran Tanah Melayu membangunkan negara yang baru merdeka, diganggu oleh Bintang Tiga dan sebagainya. Hujung 60-an, menyaksikan pergaduhan antara kaum yang merbahaya, Peristiwa 13 Mei, 1969. Huru hara negara sebelum dan selepasnya. Hujung 70an.. inflasi yang amat tinggi. Hujung 80-an, isu yang sama di mana pengangguran amat tinggi. Hujung 90-an, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan mata wang.
Hari ini pula, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) jatuh teruk dalam sejarah satu dekad, ditutup rendah pada 1173 mata, turun 123.11 mata (jatuh 9.50%). Penjualan besar-besaran didahului oleh saham2 mewah (bluechips) terutamanya government linked companies. Semasa pasaran ditutup, kaunter rugi sebanyak 920, kaunter untung hanya 37 manakala 67 kaunter lagi tidak berubah.

Paling hebat, pada pukul 2.58 petang, dagangan digantung satu jam (cooling off period) apabila Indeks Komposit (KLCI) jatuh 130.01 mata kepada 1,166.32 berbanding aras penutup hari sebelumnya iaitu 1,296.33 mata - iaitu kejatuhan 10.03%. Dagangan dibuka semula pada 3:58pm, dan pasaran saham sedikit pulih. Namun begitu, apabila ditutup pada pukul 5.00pm; aras Indeks Komposit ditutup pada 1,117.2 - tetap jatuh besar sebanyak 9.5% iaitu 123.11 mata; dengan 11.8 juta lot dagangan bertukar tangan.

Peratus kerugian terbesar dalam satu hari ini dicatat dengan turnover dianggarkan RM2.47 billion. Bank-bank milik kerajaan persekutuan seperti Bumiputera-Commerce Holdings dan syarikat2 yang bersangkutan kerajaan seperti Malaysian Resources Corp, UEM World Bhd dan Sime Darby adalah antara kaunter2 yang menunjukkan kejatuhan harga.

Harga ringgit juga jatuh 1.2%, kepada RM3.198 berbanding dolar - kejatuhan terbesar sejak Jun tahun lalu.

Saham kaunter pembinaan paling teruk terjejas. Malaysian Resources Corp, syarikat yang menangani projek pembinaan Penang Sentral, jatuh 66 sen, atau 34%, kepada RM1.27. Sime Darby jatuh RM1.6 (15%), untuk ditutup pada RM9.40 dan Bumiputra-Commerce Holdings pula rugi RM1.4 (13%), kepada RM8.80. Banyak saham yang jatuh teruk, seperti KPS yang jatuh 50.8% berbanding hari sebelumnya ( harga buka: RM2.88, harga tutup RM1.68). Walau esok nampak bagus untuk 'membeli', hati-hati le, mungkin harga 'tertomoih' lagi.

Agaknya pelabur bimbang dengan ketidakstabilan politik dan syarikat2 yang bersangkutan kerajaan boleh terjejas dengan perubahan polisi ekoran prestasi Barisan Nasional yang 'tak berapa cantik' dalam pilihanraya baru-baru ini. Rasa2 ramai yang jadi mangsa, beli saham banyak2 sebelum pilihanraya - dan bila BN menang kelak & saham naik melambung - boleh jual. Tapi kali ni PRU 12 tak macam tu. PakTeh rasa: yang tentu kantoi - geng2 kroni kerajaan - yang jangka BN menang besar 'macam biasa'. Kesian.

Akhir kata, PakTeh paste perenggan akhir entri awal tahun hari tu:
Sekarang sudah 2008. Kita tidak tahu apa yang Tuhan tetapkan ke atas kita di hujung dasawarsa ini. Tanggungjawab kita, kena bersedia apa juga yang berlaku. Pengajaran kisah Nabi Yusuf: "Berjimat cermat adalah amalan yang mulia dan penuh keberkatan".
Semoga Kerajaan 'Baru' akan kaji kitaran ekonomi. Bukan menjahanam ekonomi.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

10 Mac, 2008 18:39 PM

Pemangku Raja Perak Terima Menghadap Wakil PAS, DAP Dan PKR

IPOH, 10 Mac (Bernama) -- Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menerima menghadap wakil PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat menubuhkan kerajaan campuran di Perak. Rombongan yang menghadap Raja Dr Nazrin selama kira-kira 30 minit di Istana Kinta di sini diketuai Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang, Pengerusi PKR Perak Zulkfili Ibrahim dan Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.

Tiga parti berkenaan telah mengumumkan cadangan membentuk kerajaan campuran selepas menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum ke-12. DAP menang 18, PKR 7 dan PAS 6 kerusi dan perlu membentuk kerajaan campuran kerana masing-masing tidak menguasai majoriti. Majoriti mudah yang diperlukan ialah sebanyak 30 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula hanya menang 28 kerusi berbanding 52 kerusi yang dikuasainya sebelum ini.

Ahmad berkata mereka telah memohon perkenan Pemangku Raja Perak untuk membentuk sebuah kerajaan campuran. "Kami menghadap Baginda bagi mendapat perkenan membentuk kerajaan campuran dan telah mengemukakan nama calon Menteri Besar," katanya ringkas kepada pemberita di luar istana.

Senarai calon bakal menteri besar - seorang dari setiap parti - telah diserahkan dalam pertemuan tersebut untuk dikemukakan kepada Sultan Perak. Turut serta menghadap ialah wakil rakyat dari Behrang (PKR), Jamaluddin Mohd Radzi, Pasir Panjang (PAS) Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Nga Kor Ming (DAP) Pantai Remis.

Sehingga ini, calon utama bagi jawatan tersebut dipercayai wakil rakyat PAS dari Pasir Panjang, Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil rakyat PKR bagi Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi. Ir. Mohammad Nizar ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak. Jamaluddin pula Ketua Bahagian Tanjung Malim PKR Perak.

Difahamkam, dalam persetujuan yang dicapai antara parti-parti pembangkang, DAP yang mempunyai kerusi terbanyak Dewan Undangan Negeri (DUN), bersetuju wakil PKR atau PAS dilantik sebagai menteri besar, dan DAP pula diberikan tujuh jawatan exco kerajaan negeri. PAS dan PKR pula masing-masing mendapat dua kerusi exco.

** Perak, Selangor, Kedah & Kelantan adalah negeri-negeri yang mempunyai Sultan, berbeza dari Pulau Pinang. Setiap sultan adalah ketua agama di negeri mereka. Untuk memudahkan proses perlantikan Menteri Besar, memerlukan seorang Menteri Besar beragama Islam agar perkenan sultan lancar. Walaupun nampak macam bakal Menteri Besar nanti macam jadi boneka kepada majoriti Exco dari DAP, tetapi itu lebih baik dari MB-nya orang DAP. Boleh RIOT satu negeri. Semoga Perak kekal aman, terus maju dan sejahtera.


(Sumber asal: Bernama & Malaysiakini)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Akhirnya termaktublah sudah. BN kembali memerintah, tetapi kali ini dengan kemenangan majoriti mudah. Bukan lagi majoriti 2/3 seperti tahun 2004, yang melihat BN menang besar 92% kerusi. Laman web SPR terkini menunjukkan BN hanya menang 140, kurang 8 kerusi untuk kemenangan 2/3 iaitu kadar 63% - jatuh 29% berbanding 4 tahun lalu.

Apakah bezanya simple majority dengan two third majority? Untuk memerintah, cukup dengan dapat 112 kerusi parlimen dari 222 keseluruhan. Parti yang dapat lebih 50% kerusi parlimen dah menang dan boleh tubuh kerajaan. Itu simple majority. Beza dengan 2/3 majority adalah ianya mesti dapat 148 kerusi (66.6%). Istimewanya: ada advantage di Dewan Rakyat kelak. Ianya apabila sesuatu rang undang-undang, usul atau bantahan yang memerlukan keputusan ahli dewan. Percanggahan pendapat memerlukan undi pemutus. Undi pemutus memerlukan keputusan majoriti 2/3 dari ahli majlis dewan. Itulah untungnya jika parti pemerintah dapat 2/3. Sebab parti pembangkang yang tak sampai 1/3 tak dapat mengubah sebarang keputusan yang tentunya telah disokong sebulat suara (2/3) oleh ahli dewan dari parti pemerintah.

Berbalik kepada kemenangan BN dalam PRU 13 ini, ianya kelihatan sama. BN akan membentuk kerajaan. Tetapi kali ini sebenarnya sama sekali tidak sama seperti sebelumnya. BN tak lagi dapat 2/3. Lebih teruk, ramai geng2 menteri & timbalan serta tokoh2 parti komponen (UMNO, MIC, MCA, Gerakan dan PPP) tersungkur. Bukan mudah untuk membentuk satu barisan kabinet baru yang mantap. Dan yang paling sukar, untuk dapat keputusan majoriti 2/3 kelak bila Parlimen mula bersidang. Tiap menteri kena ready jawab soalan bertubi2 dari pihak pembangkang. Tiada alasan empowerment pada Timbalan atau SU Kementerian. Tiada alasan untuk selindung2 dan sorok2. Isu akauntabiliti dan integriti tentunya akan jadi isu panas.
Awak Menteri.. Awak Jawab! Awak yang bertanggungjawab!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Esok, PakTeh balik sekolah lewat sedikit. Ada urusan untuk menyediakan tapak 10 saluran pusat mengundi di sekolah. Lepas tu, selepas 3.30 pm baru bergerak dari rumah ke asrama Zaim Syahmi. Dia call petang tadi, semua pelajar dah boleh balik rumah bercuti mulai pukul 1.00pm.

Petang tadi, MakTeh dapat SMS MakLang, pesan serai & bunga kantan. Alamak, baru teringat - lama tak jenguk, rugi beberapa kuntum yang dah terlebih matang. Nampak pelik la bunga kantan di musim cuaca tak menentu ni. Tak berapa lawa & sihat nampaknya. Serai pula tiada stok nampaknya. Pukul 6pm tadi, keluar dating dgn MakTeh dengan kapcai ke rumah Tok Bt. 51. Haha.. cabut terus beberapa rumpun serai di situ. Moga2 boleh jadi benih ke Putrajaya. Esok, kalau sempat & teringat - nak bawa sekali benih bunga kantan serta pandan.

Di Batu 51, ada PakNdak yang sedang pantau projek cendawan. PakNjang suami isteri sibuk sikit di musim pilihanraya ni. Menurut PakNdak, belum ada perkembangan baru projek, melainkan bekalan stok2 benih baru (yg dah di-email fotonya ke PakTam) dah disimpan dalam rak2 di bilik kosong rumah bawah, sebelah bilik Tok.

Jenguk2 di belakang rumah Tok, rupanya musim kekabu dah bermula. Siapa nak dapatkan kekabu untuk buat bantal peta baru atau bantal peluk guling - boleh ke Bt. 51 sekarang.. haha. Tak tahu kenapa, pokok kekabu rumah Tok dah kurang daun. Macam suasana musim winter pula..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama (STAM) 2007 adalah pada hari Rabu, 12 Mac 2008.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom menyatakan bahawa calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10.00 pagi. Manakala calon-calon persendirian akan menerima keputusan melalui pos. Analisis keputusan kedua-dua peperiksaan akan diumumkan pada hari yang sama.

Pada tahun lalu, seramai 439,255 orang pelajar menduduki Peperiksaan SPM manakala 6,522 orang menduduki Peperiksaan STAM.

Pesan PakTeh, calon2 jangan lupa bawa kad pengenalan, dan berpakaian sopan. Jangan lupa jumpa guru kaunselor di sekolah untuk dapatkan khidmat nasihat untuk bimbingan kerjaya atau peluang pendidikan lanjutan. Untuk Ahmad@Anjang (anak PakNgah) - Semoga Berjaya.

Setelah dapat keputusan SPM, cubalah melawat Laman JPA e-Sila untuk memohon Biasiswa JPA. Pada masa lalu, calon SPM yang mendapat satu A (A1 atau A2) dalam subjek Bahasa Melayu adalah layak untuk membuat permohonan. Dijangka syarat yang sama bagi tahun ini. Borang permohonan biasanya mula dikeluarkan setelah keputusan SPM 2007 keluar. Walaupun Semakan Maklumat Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2008/2009 telah ditutup, jangan lupa rujuk entri terdahulu: Permohonan ke Institut Pendidikan MARA

**** P E N T I N G ****

Semua permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online) SEPENUHNYA. Terdapat 13 buah IPTA yang menawarkan program pengajian kepada kepada pemohon Lepasan SPM, iaitu :

  • Universiti Malaya (UM);
  • Universiti Putra Malaysia (UPM);
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM);
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM);
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT);
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM);
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM);
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP);
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP);
  • Universiti Darul Iman Malaysia (UDM); dan
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Walaupun belum ada sumber rasmi, dijangka keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dikeluarkan tidak lama selepas keputusan SPM. Pada tahun lalu, keputusan STPM dan STPM dikeluarkan dalam minggu yang sama, dengan berjarak beberapa hari.

GOOD LUCK EVERYONE!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]

Petang tadi, PakTeh & MakTeh naik motor kapcai ke rumah Tok. Ingat nak tinjau perkembangan projek cendawan. Tiada sesiapa. Jadi sembang bawah rumah dengan TokNgah Minah, TokNgah Chan & MakNgahJan 3 beranak yang baru sampai dari Seri Manjung - sambil makan jagung rebus. Selepas tu, berhajat nak ke rumah PakNdakYan di Sg. Batu. Bertembung dengan kancil kelabunya di simpang tepi rumah Tok Chaq. Katanya MakNdak anakberanak di Bumi Hijau, rumah MakNjang. PakNdak kata buat masa ni, PakNjang sibuk sikit.. Timb. Ketua Cawangan Bumi Hijau.. ooo.. orang kuat Dato' Hamdi jugakla.. jadi musim sekarang ni banyak la program.

Kemudian PakNdak cerita TokChaq sakit, terjatuh. Ada di rumah anak sulungnya, MakLongMaznah, seberang jalan dengan rumah TokChaq, bersebelahan rumah anak ke-3nya: PakLang Bidi. Pergi la jenguk. Masa tu ada anak ke-2nya, MakNgahMunah & suaminya, PakNgahBakaq dari Tebuk Yan. Nampaknya TokChaq boleh duduk, tetapi tak boleh bercakap. Nampak macam kenal orang (walau tak berapa nampak), mengangguk bila ditanya.

Kata MakLongMaznah, TokChaq terjatuh petang semalam lepas Jumaat. Anaknya Yeh di bawah rumah terdengar bunyi pinggan jatuh di lantai simen. Bila masuk dilihatnya ibunya terbaring. Petang semalam juga dihantar ke Hospital Manjung dan ada buat X-Ray. Tapi hasil X-Ray tiada apa2 perkara buruk pada kepala atau tulang TokChaq. Yang jelas, TokChaq dah tak bercakap apa-apa selepas insiden petang semalam hingga kini.. Mujur boleh mengangguk2 jika ditanya untuk ke bilik air atau makan - kena dipapah, kata MakNgahMaznah.. Dan malam ni, MakNgahMunah nak teman sama di rumah kakaknya.

Tok Chaq Saodah ialah kakak ipar arwah Tok. Dialah satu-satunya adik-beradik sebelah Tok yang masih hidup. Abang & kakak serta ipar2 lain telahpun meninggal lama dahulu.

Umur TokChaq sekarang lebih 80 tahun. Anaknya yang sulung, MakLong Maznah dahpun 64 tahun menakala MakNgah Munah pula 61 tahun. TokChaq memang rajin bekerja sejak muda, sementelah suaminya (abang Tok) meninggal ketika anak2nya masih kecil. Pencariannya di kala itu ialah buat kueh tepung bungkus, dijual di merata kedai makan pada awal pagi. Anak-anaknya, PakTeh panggil Kak Maznah, KakMunah, Abg Bidi, Abg Jit, Abg Yeh dan KakYam. Anak bongsunya Kamaruddin (Kaman) dipelihara oleh TokNgah 'Ad Ketek (abang arwah Tok) sejak kecil tak lama selepas kematian suami TokChaq. Semua anak-anak dah berkeluarga, kecuali Abg Yeh yg masih tinggal dgn ibunya. TokChaq lambang seorang wanita tanpa suami yang cekal, sabar dan gigih membesarkan anak-anak di sepanjang usianya.

Gambar di atas adalah fotonya pada 2 tahun lepas, ziarah Raya Haji - hari kedua. Semoga TokChaq segera sembuh, amin.

Baca Selengkapnya (Read More)...