| 3 comments ]

Sabtu: 27 Julai, 2008
Hari Selasa (22/7), kami mula menahan lapar. Pagi-pagi lagi, 7.45am adik Munirah dah salin pakaian bedah, naik stretcher ke Dewan Bedah. Tak tau siapa pulak menyusul. Pukul 8.30am, Dr. Loh datang berikan 1 ubat spray untuk hidung. Pesanan Dr: kena spray pukul 9.00am, 10.30am dan sekali lagi bila tiba di dewan pembedahan. PakTeh tutup h/phone dlm laci locker. Selepas spray kali pertama, tidur. Bangun2, 10.30am, Munirah dah balik. Hafiz pula dah siap naik stretcher. Maknanya PakTeh no. 3 lah. Mula la tak sedap duduk, hehe. Spray hidung lagi kali ke 2.

Tunggu sampai 12.30pm, perut dah mula lapar. Dah puasa 12 jam. Akhirnya sampailah giliran. Salin pakaian bedah.. susah betul. Depan bertutup, belakang bertali pula. Diorang tolak stretcher sampai dewan bedah, banyak tempat lalu - naik lif dan jalan kona2. Sebijik macam cerita ER Astro tu. Mula2 masuk dewan bedah dulu, sebelum ke bilik pembedahan. Masuk dewan bedah, tak lama datang pakar bius. Dia ni jenis bebel juga, dimarahnya PakTeh sebab merokok, katanya paru2 lemah: tak mau ambil oksigen yang dicekup ke mulut. Hehe.. PakTeh tau dia cong tu.. bukannya oksigen, tapi chloroform. Dia suruh sedut kuat2. PakTeh sedut kuat2 juga. Akhirnya dia bengang2 merampus2 (hehe), dia angkat pencekup itu, digoyang2nya ke kiri kanan, diletak semula. Haa.. katanya dah ok. Ada nampak Dr. Loh lambai2 tangan. Dan tak lama kemudian, PakTeh dah tak sedar dah.

Sedar2 PakTeh rasa sakit ya amat. Dengar bunyi2 bising kelam kabut pembantu2 doktor. Buka mata, rasanya dah keluar di dewan bedah. PakTeh kata nak muntah, dan sebaik diorang bagi bekas - terus muntah, yang keluar ialah darah. Agaknya darah baki operation. Sampai ke bilik wad 1B, nampak MakTeh dah ada tunggu. Wah, dah pukul 4.30pm. Lamanya kena bedah. Nurse nasihat agar tidur.

Malam itu sungguh dukacita.. Lidah rasa tebai dan gabai. Mulut tak boleh tutup. Kalau cuba bangun, darah keluar ikut hidung. Pada tangan kiri ada air dimasukkan. Tak berapa larat nak sembang. Ada rakan2 sekolah berziarah. Makanan mula diberi pukul 9.30 malam, lapaqq. Kan puasa dari 12malam semalam? Dekat 1 hari. Menu dah berubah: roti bun kecik & air teh O ais. Tapi tak daya, tak leh telan pula.. nak telan air liur sendiri pun sakit. MakTeh ada tunjuk 3 botol sampel adenoid & kedua tonsil yang telah dibedah. PakTeh tak tahan tengok.. besar juga semuanya. Nak ambil gambar pun takut.. Sebelum MakTeh balik 10 malam, dia suapkan juga aiskerim vanilla, tapi tak larat nak telan.

Aiskerim ber-tupperware tu, dah dibawa kelmarin dan disimpan dalam freezer di wad. Nurse dah lama pesan, lepas operate, kena banyak makan aiskerim supaya yang bengkak jadi kecut, cepat baik. Kenapa aiskerim vanila pula, sebabnya jika jenis coklat akan menggelapkan darah selepas itu. Bila mereka masukkan air ke badan, mereka nak pastikan darah kita tetap stabil.

Dan malam itu PakTeh sungguh2 rasa sakit, dan juga cukup lapar.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Jumaat: 25 Julai, 2008
Minggu lalu, pagi Jumaat : Dapat call dari HAT Lumut. Maklumkan tarikh baru. Dia nak pastikan PakTeh sihat untuk operation, tanpa demam, batuk atau selsema. PakTeh kata ok je..

Isnin (22/7/08); mula bertolak 7.30 pagi. Singgah kedai makan favourite, depan flat Navy Lumut - pekena nasi lemak & nescafe tarik besar. Masuk gate utama, macam biasa kena tinggal IC. Kali ini tak boleh ambil pas pelawat C (kawasan kuning) macam biasa, kena isi borang mohon bermalam. Terus ke Protela (unit keselamatan Navy) dalam base untuk kebenaran bermalam (max: 14 hari). Masuk HAT. Ambil nombor & tunggu giliran. Dok nendiam.


Tiada Brig. Jen. Dr. Hj. Zulkaflay pagi tu, yang ada Lt. Kol. Dr. Loh Sheau Torng, Pn.. Dia check hidung, dia terkejut adenoid tumbuh dalam hidung. Dulu Dr Zul yang check. Kemudian dia recommend buat operation serentak, alang2 sekali bius. 1. Adenoid. 2. Tonsil. Sign surat persetujuan pemindahan darah (jika perlu), tercatat kenyataan tidak akan mengenakan tindakan mahkamah jika berlaku perkara diingini.

Kemudian dibawa nurse ke wad 1B (Pembedahan Lelaki). Bagus, dapat corner lot tepi tingkap. PakTeh prefer kelas 2 dari kelas 1, ramai jiran sikit. Lagipun bilik berhadap dengan kaunter nurse bertugas, banyak mudahnya.

Jiran2 Katil
  1. Munirah (6 thn) - Kes: adenoid & tonsil. Asal Manjung. Kerja: student TADIKA.
  2. Nasir (40 thn) - Kes: tonsil. Asal Ayer Tawar. Kerja: Naval Dockyard.
  3. Hafiz (21 thn) - Kes: tonsil. Kerja: Navy (Protela), kalau tengok rupanya, mcm masih F5.
  4. PakCik Yusof (59thn) - Kes: bisul dlm tekak. Asal: Masjid Lama Beruas. Kerja: Jaga Ladang PKN di Beruas. Baru sedut buang bisul, bau masuk wad.
Semua ini akan operate esoknya. Tak tau pasai apa Munirah ni masuk wad lelaki.. budak kot.

Pegawai dalam HAT

Nurse/MA di situ sebahagian besarnya anggota NAVY. Jadi mereka berpakaian uniform hijau. Macam askar, dan berpangkat. Ada 3 orang kadet Navy praktikal 9 bulan (Unit Medical) - uniform askar. 3 orang nurse praktikal dari sebuah kolej perubatan swasta di Seremban - uniform pink.

Masuk je wad, kena tukar pakaian pesakit, warna pink. Lain wad, lain color. Ambil timbang berat, ukur tinggi. Nampaknya PakTeh makin rendah le.. dulu rasanya 1.76m - sekarang 1.71m ? Berat 81kg, ukuran standard bagi org2 buncit. Terus buat pemeriksaan ECG, check graf jantung dll. Juga ambil darah untuk kajian makmal. Tengok banyak plug di belakang katil, boleh charge handphone. Kalau tau awal, boleh bawa laptop.. tapi.. malu pula rasanya.

Petangnya pakar bius, Dr. Chong, Pn. datang periksa kami. Nampaknya Nasir tak boleh operate esok, sebab ada masalah pada graf degupan jantungnya. Jadi esok, 3 orang saja akan dibedah.

Tentang makan di hospital - fuh selera, kan tengah sihat.. Licin je tray tu, hehe. Time makan pagi: 6.30am; lunch: 12.00pm; minum petang: 3.00pm ; dinner: 6.30pm ; supper: 10.00 malam.

Kerja yang boleh dibuat, tengok tv, bilik sembahyang, bilik air, tidur.. tu saja. Merayau ke wad lain dilarang. 4.00pm, MakTeh datang sampai 7.00 malam. Dia tidur rumah kakaknya, Alang di Sri Manjung; bertolak dari situ ke sekolah pagiesoknya. Malam selepas 12.30am , 3 orang bakal dibedah di wad 1B kena mula puasa. Akan mula makan semula (soft & cold meals) selepas 6 jam operation tamat.. lamanya...

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Sabtu: 19 Julai, 2008
Tiba di Abu Dhabi dari KLIA selepas 6 jam. Sepatutnya transit hanya sejam, sebelum menyambung flight ke Jeddah. Berlaku satu perkara yang semua orang tak suka. flight delayed! wah, 12 jam. Masalah kedua timbul, tiada hotel disediakan. Biasanya stranded passenger akan disediakan hotel oleh pihak airport jika lebih 4 jam. hrmph.

Jadi, kami cuba menidurkan diri sahajalah, pusing2 kawasan sekeliling. Makanan (packed) disediakan di Oasis Cafe di situ. Tak ada nak buat. Solat, makan, tidur, pusing2 sahaja. Banyak2 la bersabar. Mujur ada kawasan internet, boleh kasi mesej pada PakTam/PakNgah dalam blog mereka. Yang teruknya, cuba buka blog sendiri tak boleh! lupa password.. hehe, tu la lama sangat tak buka blog.

Sebenarnya konsep airport Abu Dhabi mirip bentuk rumah Majin Bu dalam komik Son Goku, komik favourite Zaim dulu2. Ruang penting berbentuk bulat, yang disambungkan dengan laluan. Konsep atom. Hiasan dalamannya mosaic hijau dan biru termasuk bumbungnya sekali. Simple. Kawasan shopping adalah dalam bulatan, 2 tingkat. Susah nak sesat.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Jumaat: 18 Julai, 2008

Apa-apa hal, tangkap gambar dulu.
Ada yang bersedia, ada yang belum bersedia.
Camera-man said: No replay. hehe

Etihad Airways

Ia adalah syarikat penerbangan negara Emirate Arab Bersatu (UAE). Ia dimulakan dengan Dikri Diraja pada Julai, 2003, dengan Abu Dhabi - ibu negara UAE sebagai hub penerbangannya. Operasi komersial Etihad Airways bermula November 2003.


Sebagai syarikat yang masih baru, lokasi penerbangannya belum betul2 berkembang. Yang bagusnya, kapal terbangnya masih baru dan banyak kemudahan untuk penumpang.

Dulu masa umrah dengan Tok Che Mah (2002), naik Emirates Airways. Berbeza dengan Etihad, Emirates adalah flight rasmi bagi Dubai, salah sebuah negeri kota yang paling maju dalam UAE, melebihi Abu Dhabi, Doha, Muscat dan lain-lain.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 5 comments ]

Khamis: 17 Julai, 2008
Sepanjang cuti persekolahan penggal kedua (24.5.2008 - 7.6.2008) lalu, Pak Teh sekeluarga dan MakLong ke Tanah Suci menunaikan umrah. Kami naik penerbangan Etihad Airways, syarikat penerbangan Emirate Arab Bersatu (Abu Dhabi). Pergi dengan Darul Mubarak Travel & Tours, Bota Kanan - bossnya Ustaz Muhd. Ismi. Pernah pergi dengannya sebelum ini 2 kali, bagus layanannya. Kemudahan bas disediakan dari Bota. Mulanya nak pergi dengan Saudi Airlines (terus ke Madinah) tapi batal sebab kena ambil cuti rehat 3 hari sebelum cuti sekolah, dan ganggu Zaim yang sedang hadapi peperiksaan ketika itu. Kalau naik selain Saudi Airlines atau MAS, bermakna kita kena transit le dulu di negara syarikat berkenaan.

Bertolak dari Pantai pada pagi Sabtu (24.5) - dua kereta. Kereta kami, sekeluarga dan kereta Azilah - PakLong, Aman, Jie sekeluarga. Tiba di rumah PakLang 2pm, untuk berehat sekejab. Akim dan isterinya, dah lama tiba dari Johor. Kami kena tiba ke KLIA 5pm, kerana flight 9.00pm. Biasanya syarikat pakej pelancongan, memang minta pelanggannya tiba selewatnya 3 jam awal. Untuk urusan taklimat ringkas, penyerahan paspot dan bagasi sebelum ke balai berlepas.

Di rumah PakLang, hidangan nasi tomyam seri putrajaya cukup menyelerakan. Boleh tumpang mandi, solat dan berehat. Terimakasih MakLang & PakLang.

Pusing2 rumah PakLang, ada banyak pokok2 sayur dan buah ditanam. Tangan PakLang ni memang green hands. Apa ditanam, selalunya hidup dan subur. Yang menariknya, rumputnya lebih kehijauan berbanding rumput jiran2 yang kekuningan. Juga teknik penanaman PakLang juga unorthodox, dia guna sungkup rumput kering dan sabut kelapa sebagai pelembap tanah dan fertiliser. Dia ada banyak buku rujukan berkaitan bercucuk tanam.

Tanya PakLang:
  1. macamana rumputnya lebih hijau dan tanahnya lebih hitam, berbanding jiran?
  2. mana dia dapat rumput kering dan sabut kelapa di Putrajaya?
Jawapan PakLang:
  1. dia siram air halaman belakangnya dengan paip getah waktu malam.
  2. sabut kelapa, diimpot dari Sitiawan/Pantai. rumput kering, dengan menggunting rumput2 panjang dari halaman belakang. Hobi menggunting rumput adalah waktu petang atau malam. Kekadang sorang, kekadang berdua.
Memang PakLang seorang ahli botani yang hebat. Dia amalkan ilmu yang dia ada.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 3 comments ]

Rabu: 16 Julai, 2008
Dalam cuti panjang tanpa memblog, banyak perkara berlaku. Beberapa perkara menggemparkan dan luar biasa terjadi, samada dalam diri, keluarga, negara malah dunia amnya.

Politik

Ya, senario politik tergamam dengan keputusan PRU tempohari. BN hanya menang simple majoriti, malah tewas di lima buah negeri (Kelantan, Kedah, Penang, Perak dan Selangor). Kekecohan berlaku di negeri-negeri berkenaan, juga di peringkat pusat. Kelakarnya, BN tidak pernah mengurus kekalahan sedangkan Pakatan Rakyat pula tidak pernah mengurus kemenangan. Ada hikmahnya di situ. Hingga kini, perdebatan antara kedua pihak tak kunjung habis. BN cuba tunjukkan dasar keterbukaannya dengan mula dedahkan secara live perbahasan parlimen, dan perdebatan bloggers. Terkini, semalam perdebatan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu minyak. Menarik juga.

Ekonomi

Kesan gaji kakitangan awam naik tahun lalu, membawa peningkatan harga barang. Harga minyak dunia semakin naik, melebihi USD140 setong. Kerajaan juga menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen (41%), dari RM1.92 kepada RM2.70 seliter; diesel pula naik RM1 (63.3%) kepada RM2.58. Kemudian, penstrukturan semua subsidi, pemilik kenderaan persendirian 2,000cc ke atas menerima wang tunai RM620 setahun (kira2: RM1.70 sen sehari). Bagi pemilik motosikal persendirian pula akan dibayar sebanyak RM150 setahun (kira2: RM0.41 sen sehari). Wujud kekurangan bekalan beras, dan golongan berpendapatan rendah mula mengeluh. Ini satu teori domino yang sepatutnya diramal oleh pakar ekonomi negara, tetapi entahlah.. PM dinasihati oleh salah orang?

Boss
kelmarin merungut.. sekolah diurus secara PTJ, di mana urusan gaji & tuntutan perjalanan sepatutnya efisien. Urusan claim sepatutnya settle - duit masuk bank dalam 1 minggu. Kini - claim staf bulan Mei masih belum dibayar! Sekarang dah Julai! Sekolah complaint Jabatan, Jabatan pula complaint Kementerian. Tak tau la Kementerian nak complaint kat sapa pula. Yang PakTeh faham, cara bodo2 PakTeh - nampak jelas Kerajaan dah TAK DAK DUIT. Pekeliling pun dah dikeluarkan menghalang membuat kursus dsb di hotel2 bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Hari ini, TheStar papar di muka depannya - peruntukan 2008 oleh Petronas untuk kerajaan. Rupanya Jabatan Perdana Menteri dapat peruntukan terbesar: RM3.6 billion. Kem. Pendidikan tempat kedua: RM3.5 billion, diikuti kementerian2 lain - ada yang hanya juta-juta sahaja. Yang peliknya, apa projek Jabatan Perdana Menteri ni? untuk siapa? Kalau sektor kementerian berasaskan perkhidmatan awam dapat banyak, sesuailah - sebab untuk faedah rakyat.

Sosial

Didapati kini, berlaku ledakan protes rakyat secara terbuka . Ia dipaparkan dalam internet, perhimpunan tertutup malah demontrasi jalanan. Hebat! Kini orang tak segan silu bincang isu-isu nasional secara terbuka, termasuk kakitangan awam di premisnya sendiri. Hebat! Kehebatan ini tentunya merundung kesukaran kerajaan sekarang. Kebanyakan pemimpin veteran dah ada blog sendiri. Macam2 cerita, macam2 ada.

Malas

Oh ini fakta yang benar berlaku pada PakTeh dalam beberapa bulan ini. Walaupun ada masalah kesihatan diri serta kesibukan tugas; namun semua tahu.. kalau dah blog terbiar usang, jelas: penulisnya memang dah ada symptom malas. Hrmph.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Selasa: 15 Julai 2007
Rasanya lama sungguh PakTeh berehat dari blog, hampir 4 bulan. Hanya satu entri sahaja dimasukkan, itupun pasal Dr Mahathir keluar UMNO. Selain itu, amat jarang menjenguk internet. Ada beberapa sebab. Pertamanya..

Sejak Januari 2007 lalu, PakTeh diserang batuk. Jenis bila sekali batuk, tak berhenti-henti. Macam nak putus nafas di penghujungnya, kena urut-urut dada. Tiga kali pusingan untuk ambil dan tukar ubat di klinik swasta di sini, tak juga berubah. Batuk semakin teruk. Bulan Mac, satu kes terbatuk depan laptop hingga terpacul mucus ke skrin. Kes ini yang menyebabkan PakTeh terus berehat.

Terus skip klinik kerajaan, daftarkan kes di Hospital Manjung pada 22/3/07. Laporan X-Ray ada menunjukkan jangkitan virus. Doktor minta buat ujian mucus untuk TB. Kemudian hantar sampel 4 hari berturut2 ke makmal Klinik Pantai. Pada 28/3/08, jumpa semula doktor di hospital, bawa sama laporan analisis makmal. Hasil dapatan, confirm bukan TB, tapi virus lain.

Beberapa ulangan dibuat, juga tidak berkesan. Suara semakin garau dan akhirnya hilang.

Pertemuan terakhir dengan doktor di hospital, akhirnya dicadangkan buat susulan di Hospital Angkatan Tentera, Lumut. Di sana lebih banyak kemudahan dan kepakaran.

PakTeh ke sana bermula April. Appointment pertama pada 25/4/08. Lt. Kl. Dr Zulkifli amat baik dan cekap. Bila dia nak mula check, takut tengok gadget-nya - sejenis topi keledar bermacam button dan berlampu. Syukur kemudiannya, pertama kali dapat lihat tv menunjukkan organ respiratori diri sendiri bila dia masukkan wayar berkamera masuk melalui hidung. Subhanallah. Dapat lihat peti suara (larynx) bergetar berbagai bentuk apabila setiap tuturan kata dikeluarkan. Ketika itu, batuk dah semakin baik. Cuma masalah pada rongga hidung yang sempit. Ada daging besar merah di belakang hidung, mungkin ketumbuhan. Sampel tisu diambil pakai pengepit tanpa bius, sakit wooo. Diberi beberapa ubat, ada tambahan bila PakTeh kata sering bersin kuat dan bertalu-talu (teringat bersin arwah Tok Su Mat Ali).

Dalam temujanji seterusnya (15/5/08) dimaklumkan hasil ujian menunjukkan daging merah itu sebenarnya 'tisu lawan penyakit' (bahasa saintifiknya ada disebut tapi PakTeh tak ingat dah). Kata doktor, tisu itu normal jika besar pada bayi, selaras dengan kelemahan imunisasinya kala itu; dan akan mengecut dengan sendirinya sampai habis bila semakin masuk usia kanak2. Jadi, doktor kata tak sepatutnya dalam usia PakTeh ini masih wujud keadaan sedemikian. Dicadangkan operation - 7/7/08. Dalam pada itu, penyakit 'bersin kerap' dah hilang. Doktor kata, dia test bagi ubat alahan sebelum ini. Jadi ubat itu diteruskan, 1 biji 1 hari - stok sebulan.

Pada tarikh 7.7.08, setelah bersedia utk masuk wad untuk operation, kensel pulak. Tiada pakar bius 2 hari. Tangguh lagi sebulan, ke tarikh 12.8.08. Suspense juga.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 7 comments ]

Syarat Kelayakan Kemasukan MRSM (Tingkatan 4):

  1. Pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan Pelajar Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  2. Mendapat sekurang-kurang 6A 2B (A dalam Sains dan Matematik) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR.
  3. Markah yang tinggi dalam UKKM.
  4. Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM (UKKM) sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM.
  5. Pelajar yang menuntut di sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan (SBP, SBPI) dan SMKA di bawah (JAPIM) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon.

Cara Membuat Permohonan:
  1. Pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Semester 1 (Pertengahan Tahun) - Tingkatan 3, hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan semasa penjualan borang.
  2. Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan semester 1 Tingkatan 3 yang telah disahkan semasa membeli borang. Sebaiknya bawa bersama dokumen asal untuk rujukan berikutan borang yang terhad.
  3. Bayaran adalah sebanyak RM 10.00 (RM: Sepuluh Ringgit) tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA].
  4. Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan wang pos/kiriman wang, salinan kad pengenalan, surat beranak, keputusan Peperiksaan Semester Satu Tingkatan Tiga, yang telah disahkan benar serta sampul surat tebal berukuran 25 cm x 36 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 (Ringgit : satu saja) kepada Pejabat MARA Negeri/Daerah yang terdekat.
  5. Pelajar yang memohon akan dimaklumkan oleh PMN/PMD mengenai tarikh, masa dan tempat ujian. 
  6. Kertas peperiksaan UKKM seperti berikut:-
    1. Matematik ( 50 soalan) : 60 Minit
    2. Sains ( 50 soalan) : 60 Minit
    3. Keperibadian (100 soalan) : 30 Minit
  • Ujian ini dijadualkan pada hari Sabtu selepas peperiksaan PMR
  • Sekira tiada jawapan sehingga 30 April pada sesi tahun dipohon, permohonan dianggap tidak berjaya.

  • Rujukan tambahan, sila ke laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Baca Selengkapnya (Read More)...