| 0 comments ]

Isu bermula sewaktu pembentangan Belanjawan 2008 (07-09-2007), Y.A.B. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan bahawa yuran sekolah rendah dan yuran sekolah menengah telah dimansuhkan. Semua rakyat amat gembira dengan kenyataan itu. Esoknya, YB Menteri Pelajaran pula menegaskan bahwa: 
“Ibu bapa kini tidak boleh memberi alasan kewangan untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah selepas kerajaan menyediakan pendidikan secara percuma mulai tahun depan.” (Utusan Malaysia: 08-09-2007)
Itu kata-kata pihak perancang dasar. Bagaimana dengan kekeliruan di peringkat pelaksana di sekolah? Sekolah memang memerlukan wang untuk keperluan kertas peperiksaan, MSSM, kegiatan kokurikulum & sukan. Malahan insurans perlindungan takaful murid RM1.50 memang wajib dikumpul sebelum akhir Januari setiap tahun, ada surat pekeliling berkaitannya, iaitu SPI Bil. 3/95. Dalam masa sama, pihak sekolah tidak diberi tambahan geran perbelanjaan mengurus misalnya LPBT oleh pihak kementerian.


Maka, pihak sekolah diarah oleh KPM untuk buat permohonan memilih salah satu pakej dari Pakej Bayaran Tambahan untuk dibayar oleh ibubapa, dengan persetujuan Jawatankuasa PIBG. Pemilihan nilai bayaran pakej itu berbeza mengikut jenis sekolah, lokasi serta latar sosio ekonomi ibubapa.  

Sistem Pakej Bayaran Tambahan Sekolah (A/B/C - Sek. Men)

Setelah pihak sekolah warwarkan dalam surat kepada ibubapa berkaitan pakej, timbullah bantahan ibubapa. Dulu kata tak payah bayar, sekarang kena bayar pulak. Perdana Menteri hanya umum yuran mansuh - tetapi tidak maklum hanya pada kadar yuran runcit asas iaitu RM9.00 (Sek. Men) dan RM4.50 (Sek. Ren.). Tukar nama yuran, diganti oleh Pakej Bayaran Tambahan (PBT) pula. Sesetengah lokasi, nilai PBT adalah lebih tinggi dari nilai yuran sekolah terdahulu.

Mungkin kerana kerap ditanya, dengan penuh emosi YB Menteri Pelajaran dalam siaran TV bulan Januari, 2008 menyatakan Pakej Bayaran Tambahan ini tidak wajib dan ibu bapa boleh menuntut kembali wang yang telah dibayar. Satu kenyataan yang tidak boleh PakTeh lupa ialah "Kalau mereka tidak bayar pun, bukannya sekolah boleh sampai tutup!".

Maka hebohlah pula bahawa ibubapa mula tak mahu bayar Pakej Bayaran Tambahan itu. Para pentadbir sekolah mula pening.. Implikasi perundangan boleh timbul, kerana sekolah belum terima kelulusan pemilihan pakej ketika itu. Edaran kadar pakej telah disebar dan dimaklum pada ibubapa. Apa agaknya komen Akaun Belum Bayar bagi wang SUWA dibangkitkan kelak dalam Laporan Semakan Audit sekolah kelak. Bagaimanapun, pentadbir sekolah telah diajar agar patuh dengan pekeliling berkuatkuasa. Jadi, benar.. Menteri Pelajaran tidak mengeluarkan surat arahan rasmi menyatakan pakej Bayaran Tambahan itu tidak wajib, selepas itu. Jadi.. sekolah pun buat kutipan seperti biasa (lebih kurang macam yuran jugalah, walau namanya lain).

Isu ini mungkin salah satu sebab Barisan Nasional hampir tumbang pada 08/03/2008 tempohari. Kes nampak simple, tetapi kesannya besar. Perdana Menteri yang buat pengumuman tentang pemansuhan yuran, seingat PakTeh.. tidak pernah ulas tentangnya lagi - semua serah pada Menteri Pelajaran untuk jawab. Kekeliruan yang timbul tentu menimbulkan kemarahan rakyat. Jangan lupa, berapa juta ibubapa di Malaysia? Mereka juga tentunya pengundi..

Bulan Oktober lalu, ada Pengarah Pelajaran Negeri telah mengarahkan semua Pegawai Pelajaran Daerah di negerinya agar setiap sekolah tidak membuat sebarang kutipan Pakej Bayaran Tambahan (A/B/C) tahun hadapan sehingga akhir bulan Mac, 2009. Pakej itu pula mesti mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Agong PIBG sekolah masing-masing. Nampaknya, sekolah di negeri itu harus buat mesyuarat PIBG awal sedikit, tidak lagi Mac seperti biasa. Juga diminta tunggu arahan terbaru dari pihak kementerian pada hujung tahun.

Tup-tup.. baru-baru ini, Menteri Pelajaran dalam sidang akhbarnya mengumumkan bahawa mulai tahun 2009, sebarang kutipan bayaran tambahan oleh PIBG tidak lagi dibuat pada awal tahun. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2009 memutuskan bahawa bayaran tambahan tersebut akan dikutip pada pertengahan tahun setelah mendapat persetujuan mesyuarat PIBG. 

Andainya Pakej Bayaran Tambahan 2009 dikutip lewat 4 bulan, dan Derma PIBG pula mulai Penggal Dua; nampaknya sekolah agak kurang wang untuk jalan program di awal tahun. Jika sebelum ini yuran sekolah & derma PIBG dikutip sejak awal tahun pun masih tak dapat sepenuhnya hingga akhir tahun (fenomena biasa di luar bandar), bagaimana agaknya jika mula dikutip bermula pertengahan tahun ?..  

Kita tengoklah nanti,  apa nak jadi..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 7 comments ]

Antara keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Majlis Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di Putrajaya, hari ini :
  1. Kakitangan awam yang kini berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diberi opsyen bagi menyertai skim pencen tahun depan. Tempoh membuat pilihan tersebut: dari 1 Jan hingga 31 Jan 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari, 2009.
  2. Bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.
  3. Bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan untuk membanteras jenayah, kerajaan bersetuju untuk membuat penambahbaikan pada skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan
  4. Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan bagi PDRM (Polis Diraja Malaysia) pula penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuatkusa pada 1 Jan 2009.
  5. Memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim Malaysia, tentera laut dan polis daripada aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan bersetuju agar kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan anggota pangkat lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkuatkuasa 1 Jan 2009.
Surat Pekeliling berkaitan pilihan menukar opsyen KWSP - Pencen dijangka dikeluarkan oleh JPA sebelum akhir Disember, 2008.

(Sedutan dari Bernama: 12:45PM)

UPDATE!  Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 19 Tahun 2008 telah dikeluarkan oleh JPA pada 26 Disember. Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut ..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kerajaan mengambil keputusan kali ke-5 sejak Ogos lalu untuk mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa mulai esok, 18 November.  Senarai harga baru :
  • Petrol RON97 : RM2.00 seliter
  • Petrol RON92 : RM1.90 seliter 
  • Diesel               : RM1.90 seliter.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Syarat Kemasukan Ke SMKA

Kelayakan minima adalah seperti berikut:

Tingkatan Satu
1. Sekurang-kurangnya 2A 3B dalam Peperiksaan UPSR (boleh berubah mengikut arahan semasa)
2. Boleh membaca Al- Quran
3. Boleh menulis jawi
4. Lulus ujian PAFA ( UPSR )
5. Berumur 13 tahun ke bawah

Tingkatan Empat
1. Lulus Sijil PMR
2. Sekurang- kurangnya memperolehi :
3. B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
4. C dalam lain-lain matapelajaran
5. Lulus ujian PAFA ( PMR )
6. Berumur 16 tahun atau kurang

Tingkatan Enam Rendah
1. Lulus SPM
2. Kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu
3. Kredit dalam Bahasa Arab Komunikasi ATAU Lulus Bahasa Arab Tinggi
4. Lulus matapelajaran Pengajian Quran Sunnah dan Syariah Islamiah
5. Memiliki agregat 16 atau kurang daripada TIGA matapelajaran
6. Berumur antara 17 dan 20 tahun

Cara Memohon ke SMKA

1. Ambil borang Permohonan Masuk Ke SMKA daripada Jabatan Pendidikan Negeri

2. Isikan butiran yang diperlukan dengan lengkap, termasuk pengesahan oleh Guru Besar

3. Hantar borang ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya SEMINGGU selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

4. Sertakan dokumen- dokumen berikut :
    i. Slip keputusan UPSR/PMR/SPM
    ii. Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan
    iii.Surat Tamat Sekolah Rendah 
    iv.Sijil- sijil ( jika ada )

  • Ujian pra atau ujian kelayakan akan dijalankan di sesetengah negeri.
  • Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran daripada SMKA yang menawarkan.
  • Pemohon yang gagal tidak akan dimaklumkan.
  • Bukti penghantaran tidak diterima sebagai bukti penerimaan borang.

Maklumat lanjut rujuk Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Syarat Kemasukan Ke Tingkatan Satu MRSM:

  1. Warganegara Malaysia tahun enam.
  2. Bumiputra atau Bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah kebangsaan atau Sekolah Rendah kebangsaan. 
  3. Mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar Semenanjung. 
  4. Mendapat minima 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar Sabah dan Sarawak. 
  5. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan. 
  6. Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif.
Cara Membuat Permohonan:
  1. Pemohon hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi di seluruh negara.
  2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan UPSR yang telah disahkan semasa membeli borang. Dokumen asal juga mungkin diminta untuk rujukan ekoran borang yang terhad.
  3. Bayaran adalah sebanyak RM 5.00 (RM: Lima Ringgit) tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA].
  4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat seperti berikut : 

    Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah)
    Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur.

  5. Tarikh tutup permohonan ialah 10 hari selepas keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.
  6. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 April pada sesi tahun yang dipohon, permohonan dianggap tidak berjaya.
Sebarang masalah, sila rujuk laman web rasmi Majlis Agama Rakyat (MARA).

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]


KUMPULAN A : Kedah, kelantan & terengganu
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan04.01.200929.01.200920
Hari Persekolahan01.02.200926.02.200920
Hari Persekolahan01.03.200912.03.200910
Cuti Pertengahan Penggal13.03.200921.03.20099
Hari Persekolahan22.03.200931.03.20098
Hari Persekolahan01.04.200930.04.200922
Hari Persekolahan03.05.200928.05.200920
Cuti Pertengahan Tahun29.05.200913.06.200916
IIHari Persekolahan14.06.200930.06.200913
Hari Persekolahan01.07.200931.07.200922
Hari Persekolahan02.08.200920.08.200915
Cuti Pertengahan Penggal21.08.200929.08.20099
Hari Persekolahan30.08.200931.08.20092
Hari Persekolahan01.09.200930.09.200922
Hari Persekolahan01.10.200929.10.200921
Hari Persekolahan01.11.200919.11.200915
Cuti Akhir Tahun20.11.200902.01.201044
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78

KUMPULAN B : negeri2 selain kedah, kelantan & terengganu
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan05.01.200930.01.200920
Hari Persekolahan01.02.200927.02.200920
Hari Persekolahan01.03.200913.03.200910
Cuti Pertengahan Penggal14.03.200922.03.20099
Hari Persekolahan23.03.200931.03.20097
Hari Persekolahan01.04.200930.04.200922
Hari Persekolahan01.05.200929.05.200921
Cuti Pertengahan Tahun30.05.200914.06.200916
IIHari Persekolahan15.06.200930.06.200912
Hari Persekolahan01.07.200931.07.200923
Hari Persekolahan03.08.200921.08.200915
Cuti Pertengahan Penggal22.08.200930.08.20099
Hari Persekolahan 31.08.20091
Hari Persekolahan01.09.200930.09.200922
Hari Persekolahan01.10.200929.10.200922
Hari Persekolahan02.11.200920.11.200915
Cuti Akhir Tahun21.11.200903.01.201044
Jumlah285
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am208
Jumlah Hari Cuti Penggal77

KUMPULAN AKUMPULAN B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Baca Selengkapnya (Read More)...