| 25 comments ]

Semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) boleh diketahui keputusan secara online mulai 10 Februari, 2009. Ini diikuti oleh pendaftaran kemasukan pelajar baru serentak di semua SMT pada 23 Februari, 2009.
 
Ini diumumkan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun semalam.

Seramai 32,200 lulusan PMR 2008 akan ditawarkan memasuki Tingkatan Empat di 88 buah SMT seluruh negara untuk sesi pengajian 2009-2010. Dari jumlah itu, 12,210 tempat dalam aliran teknik, vokasional (15,330) dan kemahiran (4,660). Dari segi kursus ditawarkan, terdapat 8 kursus dalam aliran teknikal, 17 (vokasional) dan 18 (kemahiran).

Setakat ini, lebih 176,000 permohonan diterima sejak tawaran kemasukan diiklankan pada 18 Oktober lalu. Dijangka ianya akan terus meningkat menjelang tarikh tutup permohonan pada 15 Januari depan, terutama setelah PMR diumumkan. Calon berjaya akan memasuki 60 SMT yang menjalankan kursus dalam tiga aliran itu, di samping 28 SMT lain yang hanya menyediakan kurus aliran vokasional serta kemahiran.

Semakan kelak boleh dibuat pada laman Aplikasi Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Teknik di Kementerian Pelajaran Malaysia, laman yang sama dengan permohonan yang dibuat sebelum ini.

Kini, semakin ramai pelajar berminat memasuki SMT yang bukan sahaja membuka peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, tetapi juga menyediakan mereka memasuki pasaran kerja. Semoga berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Berita baik untuk semua yang sering bergerak dan sukar dapatkan maklumat terkini melainkan dengan talian internet. Kita kini boleh dapatkan informasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau MOE melalui telefon bimbit atau PDA.

Cara-cara Penggunaan Melalui Telefon Bimbit/PDA:

  • Aktifkan perkhidmatan Internet telefon bimbit/PDA anda (GPRS, 3G atau Wifi)
  • Taipkan www.moe.gov.my sahaja
  • Secara automatik telefon bimbit/PDA anda akan akses ke portal MOE versi mobile.
Apa yang menarik tentang Portal MOE versi Mobile ini, anda boleh membuat semakan dan permohonan online aplikasi atas talian melalui telefon bimbit anda sahaja.

Mudah..Ringkas...Padat !

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 18 comments ]

Semua pemohon ke MRSM ke Tingkatan Satu atau Tingkatan Empat ingin berjaya dalam tawaran ambilan pertama (1st intake), tetapi keputusannya gagal... Jangan lupa, setiap tahun bilangan permohonan amat melebihi bilangan tempat yang disediakan oleh MRSM. Bagaimanapun, setiap keputusan muktamad tetap boleh dirayu semula. 

Pesalah yang dihukum gantung boleh merayu di mahkamah lebih tinggi, pelajar yang dibuang sekolah juga boleh merayu untuk kemasukan semula. Keputusan muktamad tetap di pihak berkaitan, namun hak untuk merayu adalah hak kita semua sebagai warganegara Malaysia. Inikan pula jika kita tidak melakukan kesalahan, cuma untuk memohon 'satu' sahaja tempat di MRSM sekiranya masih 'ada' kekosongan. Tetapi bagaimana?...

Berdasarkan MARA FAQ, sebenarnya kita masih ada peluang:
  • Proses pengambilan dibuat 3 kali setahun. Proses pengambilan akan berterusan dari bulan Februari sehingga 30 April setiap tahun.
  • Boleh membuat rayuan. Setiap pemohon berhak mengemukakan surat rayuan sekiranya mereka tidak berjaya di dalam tawaran yang pertama. Bagaimanapun, pemilihan kepada calon yang merayu masih tertakluk kepada merit pemohon.
  • Surat rayuan yang terbaik adalah surat rayuan rasmi. Sokongan dari mana-mana pihak tertentu adalah atas initiatif kita. Bagaimanapun, pertimbangan rayuan pemohon masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pemohon yang dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar Peringkat Pengurusan MARA.
  • Sokongan rayuan digalakkan dibuat dengan menyertakan lampiran sijil-sijil yang diakui sah sebagai bukti penglibatan pemohon di dalam sesuatu aktiviti.
  • Oleh kerana pihak MARA seringkali menerima ribuan surat rayuan maka, rayuan-rayuan pemohon tidak semestinya dijawab oleh pihak MARA. Calon diingatkan merujuk kepada Kad Jawapan yang dinyatakan dengan jelas bahawa setiap permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan sehingga akhir bulan April bagi tahun berkaitan akan dianggap tidak berjaya. Atau bolehlah menghubungi pihak MARA di talian 03-26915111 sambungan : 3331/3392/3394/3764/3765/3766.
  • Berjaya atau gagal seseorang calon dalam permohonan ke Tingkatan Satu MRSM ditentukan oleh markah atau merit yang diperoleh oleh seseorang pelajar melalui 3 perkara berikut : a) 5A dalam UPSR – 25% b) SES (status ekonomi sosial) – 45% c) Ko Kurikulum –30% (Kepimpinan, sukan, persatuan / pertandingan).
  • Tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 MRSM kebiasaannya dijangka bermula pada :
    a) Pendaftaran pertama - bulan Februari.
    b) Pendaftaran kedua - bulan Mac.
    c) Pendaftaran ketiga - bulan April.
  • Semakan untuk :
    a) Pendaftaran pertama - hujung bulan Januari / awal bulan Februari.
    b) Pendaftaran kedua - hujung bulan Februari / awal bulan Mac.
    c) Pendaftaran ketiga - hujung bulan Mac / awal bulan April.
    Kita boleh berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-26915111 sambungan : 3331/3392/3394/3764/3765/3766, SMS dan Laman Web (www.mara.gov.my).
  • Syarat-syarat asas kemasukan Tingkatan Empat MRSM ialah :
    a. Mendapat sekurang-kurangnya 6A(A dalam Matematik atau Sains).
    b. Lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).
    c. Tiada gred C, D dan E dalam subjek teras.
  • Untuk berjaya dalam proses pemilihan ke Tingkatan 4 MRSM pelajar mestilah mendapat sekurang-kurangnya 6A (A dalam Matematik atau Sains), lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan juga diambil kira status ekonomi sosial pemohon.
  • Pendaftaran ke Tingkatan Empat MRSM kebiasaannya dijangka pada bulan Februari tahun yang berkaitan.
Untuk maklumat lanjut, saya cadangkan rujuk ke Laman MARA: Soalan-soalan yang kerap ditanya tentang MRSM.. sangat berinformasi. Jika masih ada kekeliruan, elok telefon terus pada nombor telefon MARA di atas.  Semoga berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama: 11:37AM)) -- Seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus daripada 472,060 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat daripada 5.65 peratus pada tahun lepas dan 4.83 peratus pada 2006.

"PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan dalam semua mata pelajaran kecuali Geografi dan Bahasa Arab Komunikasi dengan Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu 3.6 peratus," kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini, Selasa.

Beliau berkata pencapaian jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar semakin mengecil terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran Matematik pelajar luar bandar ialah 2.7 peratus berbanding 2.1 peratus di bandar manakala GPMP mata pelajaran Sains ialah 0.3 peratus pelajar luar bandar dan -0.3 peratus pelajar di bandar.

"Perbezaan yang kian mengecil itu menunjukkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menerusi teras strategik yang kedua iaitu merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar berjaya mencapai matlamatnya," katanya.

Mengenai jumlah calon yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum dalam mata pelajaran yang diambil dengan mendapat sekurang-kurangnya semua D, Alimuddin berkata ia menunjukkan penurunan daripada 63.53 peratus tahun lepas kepada 62.93 peratus tahun ini.

Jumlah pelajar yang memperoleh semua E pula ialah 440 (0.10 peratus) berbanding 559 (0.13 peratus) pada 2007 dan 524 (0.13 peratus) pada 2006.

"Majoriti calon pada tahun ini juga mendapat gred yang lebih baik daripada Gred C untuk 12 mata pelajaran dan ini adalah sesuatu yang membanggakan," katanya.

Alimuddin berkata bilangan pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris turut menunjukkan peningkatan.

Pelajar yang menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris meningkat daripada 51.2 peratus berbanding 21.5 peratus tahun sebelumnya manakala pelajar yang menjawab soalan Matematik pula ialah 26.9 peratus berbanding 4.6 peratus tahun sebelumnya.

Selamat berjaya kepada semua calon PMR 2008. Bagi yang kurang baik, baiki dan tambahkan usaha untuk SPM 2010!

Selamat Maju Jaya Untuk Semua! Kegagalan dalam peperiksaan bukan bermakna gagal dalam hidup keseluruhannya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Berita Baik!
"New Year Free Calls Promotion" by TM

Gambar di atas menunjukkan segalanya.. 
  • Kawasan Terlibat : Seluruh negara.
  • Tarikh Promosi: 1 Januari, 2009 sahaja.
  • Masa Tawaran: 12.00 awal pagi hingga 11.59 malam.
  • Talian Dibenarkan: Talian rumah ke rumah.
Apa lagi ?  Gunalah peluang ini untuk telefon siapa yang kita suka: sanak saudara, sahabat handai, kawan lawan, tokey along, mamak roti canai atau siapa sahaja. Asal saja, kita ada telefon TM Homeline di rumah dan mereka juga juga ada. Bukan talian handphone tau.. :D  

Terimakasih Telekom Malaysia
Bagusnya kalau selalu offer macam ni..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Hujung Disember ini masih berhujan sekali sekala. Banyak manfaat untuk hobi bercucuk tanam. Nampaknya tibalah musim menuai hasi tani lagi.

Pusing-pusing rumah, pokok jambu mawar dah berbuah lagi. Dulu masa beli benih, orang jual kata itu benih jambu madu. Bila berbuah rupanya jambu mawar, tak apalah. Tapi ada buahnya yang king size, macam buah epal gergasi. Tangan model dalam foto di bawah, tangan si-Zaim yang dah nak masuk 14 tahun.

Pokok pisang awak pula dah makin beranak-pinak. Ada 2 tandan tandan standby untuk dituai, mungkin sebulan lagi. Semalam, pindah sepokok anak pisang ke tempat baru. Pokok pisang awak ini seelok-eloknya dalam 2-3 pokok sahaja dalam satu rumpun. Kalau lebih, nanti masing-masing hanya bersaing dan meninggikan diri.  Tapi PakTeh rasa pokok pisang tu kurus-kurus, agaknya dulu dtanam agak rapat antara satu sama lain. Satu pelajaran juga..

Rumpun pokok bunga kantan juga dibersihkan. Nampaknya dah terlalu rapat dengan pokok pisang di tepinya.

Pokok pandan belakang rumah pula makin merimbun.. nak kena cantas sebahagian sedikit. Nampaknya adalah stok pewangi kereta 2-3 minggu ni. Biasanya satu perdu rumpun pandan, PakTeh ikat bubuh dalam plastik dan diletakkan bawah seat kereta atau  bonet belakang. Best.. pewangi perasa pandan. Sesekali bau bengkang (bingka), hehe. Kalau bulan puasa, baunya sangat mengancam jiwa.

Pagi tadi, tengok pokok ubi kayu tepi pagar semakin rimbun. Korek seperdu, nah.. dapat 10 tongkol. MakTeh buat goreng ubi terus. Ada lagi stok 8 pokok ubi lagi. MakTeh kata dia nak buat tapai ubi nanti.. Kalau ikut orang tua-tua, buat tapai tak boleh cerita kat orang, nanti tak jadi. Entahlah mengapa ada pantang macam tu, agaknya tak bagi orang dalam rumah 'curi dan rasa sikit' agaknya.. hihi.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru berbeza dengan cara pemilihan pengganti raja dan sultan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Kaedah digunakan adalah berdasarkan Adat Perpatih yang dijunjung berkurun lamanya.

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.

"Dari keempat-empat mereka ini, seorang akan dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Besar Sembilan yang baru. Kaedah pemilihan ini dibuat oleh Undang Yang Empat," kata Tiang Kerajaan (Pakar Rujuk Adat Perpatih) kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, 69.

Persidangan yang diadakan pada pukul 3 petang di Istana Besar Seri Menanti dan pengumuman dijangka dibuat lewat petang ini atau pada Isnin sebelum jenazah Almarhum dimakamkan.

Khalid berkata pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar ini adalah mengikut adat yang diucap dan dipakai seperti kata adat "Yamtuan Mangkat, Yamtuan Menanam", begitu juga dengan "Undang Mangkat", Undang Menanam" yang bermaksud mengumumkan pengganti Yang Dipertuan Besar Negari Sembilan sebelum Almarhum disemadikan.

Cara pelantikan ini dipakai mengikut Adat Perpatih dari dahulu hingga selama-lamanya.

Beliau berkata, kemangkatan Almarhum Tuanku Ja'afar telah dimaklumkan kepada Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin oleh Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat Luak Ulu Muar iaitu Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya Bongsu.

"Kemudian Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin akan menziarahi jenazah Almarhum baginda, setelah itu mereka akan mengadakan rundingan secara tertutup bagi memilih bakal Yang Dipertuan Besar Negeri yang baru," katanya.

Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat 'Asar. Tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari sejak semalam.

(Sumber: Bernama: 28 Dis 2008: 16:12PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Esok kita dah masuk Tahun Baru bagi umat Islam, iaitu Tahun 1430 Hijrah. Tahun Hijrah bermula dengan bulan Muharam dan berakhir dengan bulan Zulhijjah. Ini berbeza dengan Tahun Masihi yang dimulakan dengan Januari dan berakhir dengan Disember.

Sejarah Tahun Hijrah bermula dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah akibat penentangan orang kafir Mekah di samping pelawaan oleh golongan Ansar yang menyokong Nabi di Madinah. Dalam konteks lebih luas, hijrah bermaksud kita berusaha meninggalkan sesuatu yang buruk dan menuju kepada keadaan yang lebih baik.

Marilah kita baca Doa Akhir Tahun pada petang ini (sebelum maghrib) dan Doa Awal Tahun selepas maghrib kelak, semoga kita mendapat kebaikan dari tahun yang ditinggalkan dan keberkatan dalam tahun yang akan datang, Insya Allah. Bacaannya seperti berikut: 
Kita sering mencipta pelbagai azam baru untuk awal tahun Masihi.. mengapa kita tidak berazam dengan sesungguhnya untuk Tahun Hijrah? Tahun kita, umat kita dan agama kita!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Semalam kita digemparkan dengan blog wanita hina nabi. Dikatakan beliau memaparkan lukisan dan tulisan penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. Dalam TV semalam, blog itu berbahasa Melayu serta mengandungi foto, biodata malah nombor telefon sekali. Setelah dikesan, nombor telefon berkenaan adalah sebuah syarikat permotoran besar di Lembah Kelang. Ternyata kisah ini mengundang kemarahan umat Islam di Malaysia.

Berikut adalah foto blog beliau..


PakTeh pun tak sempat melihat apa di dalam laman tersebut. Ini kerana laman blog tersebut telah dibuang oleh pemiliknya.

Blog has been removed

Sorry, the blog at adibahahmad.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.

Pagi tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri dan polis mengambil tindakan segera. Menurutnya, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menimbulkan masalah besar dalam negara ini. 

Tetapi kisah lebih terkini, wanita yang terpapar pada laman blog itu telahpun menemui Menteri Penerangan 2 minggu lalu dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya. Ini diakui oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam laporan Bernama petang tadi bahawa wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam blog berkenaan bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

Wanita itu mengesan kehadiran laman blog yang menggunakan nama serta identitinya itu beberapa bulan lepas dan telah membuat laporan polis serta Suruhanjaya Multimedia (MSC) untuk mengesan pihak bertanggungjawab. Menteri Penerangan mempercayai wanita itu tidak bersalah. Katanya, wanita itu kini dalam tekanan mental dan fizikal.  Tetapi, yang PakTeh pelik tu, 'pemilik blog' itu berdaftar dengan Blogger pada Disember, 2008. Macam mana dia dah kesan blog itu sejak beberapa bulan lalu?

Wallahu'alam. Apa-apa pun semoga penulis 'sebenar' blog itu bertaubat segera.. sebelum dihukum di dunia dan di akhirat.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

SEREMBAN, 27 Dis (Bernama: 15:23PM) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.

Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat 'Asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada pukul 10 pagi esok. AL FATIHAH..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 3 comments ]

Semakan tawaran permohonan kemasukan boleh dibuat di laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing. Ia merangkumi sekolah-sekolah Rancangan Khas (RK) dan/ atau Kelas Aliran Agama (KAA) di dalam kawalan JPN.

Berikut adalah laman-laman web JPN negeri di Malaysia yang membuka semakan on-line untuk kemudahan calon-calon.
  1. JPN Perak (RK/KAA)
  2. JPN Selangor (SMKA/KAA)
Sehingga entri pos ini ditulis, nampaknya JPN negeri-negeri lain masih belum/tidak mengeluarkan tawaran semakan. Bagaimanapun, berikut adalah disenaraikan laman-laman tersebut untuk rujukan:

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Akhirnya berita mutakhir tentang tawaran opsyen pencen bagi kakitangan yang telah memilih KWSP telah disiarkan. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 19 Tahun 2008 dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini

Pekeliling ini lengkap dengan siaran, lampiran, borang serta perbandingan jelas antara skim KWSP dan Skim Pencen untuk diteliti oleh semua kakitangan awam terlibat. Taklimat khas berkaitan pekeliling ini akan diberi oleh semua ketua jabatan. Opsyen tersebut ditawarkan kepada anggota tetap yang telah memilih Skim KWSP sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam perkhidmatannya sebelum tarikh itu.

Antara perkara penting berdasarkan pekeliling tersebut: 
  1. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi maksud pengiraan faedah persaraan (pencen dan ganjaran) ialah mulai tarikh lantikan pertama anggota dalam perkhidmatan sehingga anggota berkenaan bersar atau dibersarakan.
  2. Walau bagaimanapun, apa-apa caruman KWSP syer Kerajaan/majikan serta faedah yang terakru bagi mana-mana tempoh perkhidmatan yang diambil kira hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan.
Untuk makluman lanjut, boleh download Surat Pekeliling berkenaan di sini.

Kepada semua kakitangan awam terlibat, bacalah dan telitikan semua implikasi dalam lampiran pekeliling sebelum membuat keputusan dan mengisi borang-borang berkaitan tawaran berkenaan. Selamat maju jaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 3 comments ]

Hanya 180 pelajar yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari seluruh negara akan dipilih menyertai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Kota Putera, Besut yang akan dibuka tahun depan.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebagai sebuah MRSM yang pertama melaksanakan konsep belajar secara penggunaan kemahiran berfikir, MRSM itu hanya akan memilih pelajar yang benar-benar cerdas dan berkemahiran dalam Al-Quran.

Menurut beliau, hanya pelajar yang mempunyai kemahiran dan bakat yang baik dalam kepimpinan dan agama di samping mempunyai daya kreativiti serta inisiatif yang tinggi akan dipilih memasuki Tingkatan Satu MRSM ini mulai tahun depan.

Sesi pemilihan dan temuduga telah diadakan bagi 800 pelajar minggu lepas sebelum senarai pelajar yang terpilih diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata MRSM akan bekerjasama dengan sekolah Imtiaz di Terengganu bagi menjayakan konsep Ulul Albab yang kini telah dilaksanakan di tiga buah sekolah Imtiaz di Terengganu.

Katanya, pelajar yang terpilih menyertai MRSM Ulul Albab itu nanti akan didedahkan dengan kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran dalam Tingkatan Satu bagi membolehkan mereka menghafaz 30 juzuk Al-Quran apabila masuk Tingkatan Tiga, dengan bantuan tenaga hafiz Al-Quran dari Sekolah Menengah Imtiaz.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah dijangka melancarkan pembukaan konsep MRSM Ulul Albab, Kota Putera pada 19 Jan depan, katanya.

(Sumber: Bernama)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 3 comments ]

Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan baru-baru, menunjukkan keputusan dicatatkan adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya dengan 46,641 pelajar atau 9.2 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. 

Ini menyebabkan permohonan ke MRSM & SBP, antara sekolah yang amat diharapkan oleh semua calon bumiputera dan ibubapa telah meningkat. Namun begitu saingannya amat sengit kerana tawaran tempatnya amat terhad. 

Untuk sesi pengajian 2009, SBP menyediakan ruang lebih luas untuk kemasukan Ting. 1 iaitu sebanyak 6,100 tempat. Berbeza dengan MRSM, ianya lebih sengit. Terdapat sejumlah kira-kira 23,000 permohonan berbanding cuma 5,320 tempat di MRSM bagi kemasukan Tingkatan 1 dan 4 untuk sesi pengajian 2009 di seluruh negara. Fikir-fikirkan..

Menurut Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin, kerana faktor tempat yang terhad menyebabkan hanya pelajar yang benar-benar berkualiti saja layak memasuki MRSM bagi memastikannya kekal sebuah institusi yang unggul. 

Surat tawaran melanjutkan pelajaran ke MRSM akan diedarkan pada pertengahan bulan Januari dan pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri di MRSM seperti ditawarkan pada penghujung bulan yang sama. Keutamaan adalah kepada murid luar bandar untuk memberi peluang kepada mereka yang kekurangan kemudahan pendidikan berbanding dinikmati penduduk di bandar.

Permohonan kali kedua hanya boleh dibuat jika adanya kekosongan selepas proses pendaftaran kemasukan pelajar baru selesai dilakukan. Pemohon boleh membuat rayuan kerana kalau ada kekosongan MARA akan menawarkan tempat di MRSM. Kebiasaannya akan berlaku banyak kes pelajar menolak tawaran yang kita berikan.

Semoga berjaya!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Status permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan KPLI J-QAF sesi pengambilan Januari 2009 diketahui mulai hari ini

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Pelajaran, calon-calon yang memohon boleh membuat semakan status permohonan mereka melalui laman web kementerian di Laman Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Calon yang berjaya hendaklah mencetak surat tawaran sementara dan membawanya pada hari pendaftaran.

"Mereka juga hendaklah meneliti dan mematuhi semua arahan yang digariskan," kata kenyataan itu di sini hari ini. Kegagalan mematuhi arahan tersebut, jelasnya akan menyebabkan calon yang berjaya hilang kelayakan untuk mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]


Keputusan PMR 2008 akan dikeluarkan minggu depan iaitu pada hari Selasa, 30 Disember, 2008. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Mohd Dom dijadualkan akan memberi analisis keputusan PMR di Putrajaya pada 9.00 pagi hari yang sama. 

Semua calon PMR 2008 boleh mendapatkan keputusan masing-masing bermula pukul 10.00 pagi hari berkenaan.  Manakala bagi calon persendirian pula akan menerima keputusan melalui pos. 

Sejumlah 472,060 pelajar telah mengambil peperiksaan PMR tahun ini di 3,458 buah pusat peperiksaan seluruh negara pada 13 - 15 Oktober lalu.

PakTeh nasihatkan semua calon berpakaian kemas semasa ke sekolah kelak. Jangan lupa bawa kad pengenalan. Selesaikan 'hutang' dengan pihak sekolah (jika ada) untuk mengelakkan slip keputusan ditahan. Jumpalah dengan guru kaunseling untuk dapatkan bimbingan peluang pendidikan dan aliran bagi tingkatan menengah atas.

Semoga berjaya.  


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Nescafe

Kisah asal-usul NESCAFÉ menghimbau semula ke tahun 1930, bila kerajaan Brazil mencabar Nestlé untuk mencipta sejenis minuman berasaskan kopi yang dipermudahkan untuk orang ramai, sekadar ditambah air sahaja namun tetap mengekalkan perisa asli kopi berkenaan.

Setelah 7 tahun kajian oleh pakar kopi Max Morgenthaler dan sekumpulan pengkajinya berbangsa Swiss, muncullah NESCAFÉ dan kehebatannya diperkenalkan ke seluruh dunia dengan pelancaran rasmi di Switzerland pada 1 April, 1938.


Bagaimana nama NESCAFÉ muncul? Ianya adalah gabungan "Nestlé" dan "cafe". Nestlé adalah nama syarikat konglomerat makanan & minuman antara terbesar di dunia manakala NESCAFÉ pula salah satu hasil produk keluarannya. 

Semasa Perang Dunia Ke-2, kopi segera ini menjadi minuman asasi bagi angkatan tentera Amerika Syarikat, dan sejak itu, popularitinya menjulang. Pada dekad 1950an, kopi menjadi minuman bergaya bagi generasi muda Rock & Roll yang memasuki kedai-kedai kopi yang semakin popular di US ketika itu.

Hari ini, NESCAFÉ adalah jenama kopi yang paling diminati di dunia. Di United Kingdom sahaja, mereka minum 15000 cawan NESCAFÉ setiap minit. (Sumber: IRI 52 w/e 24 Mac 2007).  

Terdapat lebih kurang 60 spesis kopi tetapi Arabica dan Robusta merupakan dua spesis kopi istimewa yang ditanam untuk komersial. Robusta dengan ciri perisa yang kuat dan keasidan yang rendah, ditanam kebanyakannya di Vietnam, Brazil dan Indonesia. Manakala Arabica pula terkenal dengan aroma penaik selera dan keasidan sederhana, ditanam di Brazil, Columbia, Ethiopia, America Tengah, Mexico, India dan Africa Timur. Bagi memastikan kualiti perisa dan aroma unik yang konsisten, pakar-pakar Nescafe mencampurkan (blend) kopi Arabica dan Robusta dari ladang kopi terbaik di dunia.

Untuk rujukan lanjut, rujuk laman web Nescafe, England. Kenapa PakTeh minat sangat masukkan entri ini? Hehe.. sebab PakTeh 'hantu' Nescafe! Sehari entah berapa teko..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 5 comments ]

Setiap hujung tahun, tentunya setiap ibubapa cuba memastikan keperluan anak-anak dapat dipenuhi dan sempurna. Bagi sekolah berasrama, senarainya lebih banyak berbanding dengan sekolah harian biasa. Ini kerana anak-anak berada 24 jam di tempat yang bukan di bawah kawalan ibubapa.

Semua sekolah berasrama biasanya mengeluarkan senarai mengikut sekolah masing-masing. Namun begitu, setelah masuk ke asrama tetap ada benda yang yang tertinggal dan bapa kena keluar ke kedai berhampiran untuk beli, hehe. Berdasarkan pengalaman, berikut antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian untuk disediakan secukupnya.

Keperluan Pakaian Sekolah
  1. Pakaian Rasmi Sekolah (baju kemeja + lencana + tanda nama, seluar, talipinggang, tali leher, baju kurung). Sesetengah sekolah mewajibkan seluar putih.
  2. Baju kurung & tudung bagi perempuan (berbeza mengikut sekolah).
  3. Baju Melayu, samping & songkok hitam.
  4. Pakaian Prep (kelas persediaan petang / malam)
  5. Kasut kulit hitam atau kanvas putih (berbeza mengikut sekolah) & stokin
  6. Baju batik (upacara rasmi & outing/balik kampung)
Pakaian Solat
  1. Kain pelikat, baju melayu. Set telekung untuk perempuan.
  2. Kopiah putih atau songkok hitam. Bagi sekolah tertentu, jubah putih dan serban dibenarkan.
Pakaian Riadah
  1. T-shirt dan seluar trek. 
  2. Kasut sukan dan stokin yang sesuai.
  3. Alatan sukan berkaitan (eg: raket badminton, but bola, bat pingpong)
Keperluan Asas Asrama
  1. Cadar, sarung bantal dan selimut. Sesetengah koperasi sekolah menjual sarung tilam.
  2. Keperluan diri - baldi, cebok, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, tuala mandi, kain basahan untuk mandi, syampo. 
  3. Pakaian asas: singlet, sapu tangan & pakaian dalam.
  4. Berus dan sabun basuh; penyepit baju dan penyangkut baju.
  5. Kunci mangga  locker, engsel padlock (jika perlu).
  6. Sikat, cermin muka, minyak rambut, bedak,pengepit kuku dan lain2 alat kosmetik.
  7. Jarum & benang.
  8. Selipar sandal bertali.
  9. Kiwi kasut & berus (kasut kulit hitam) atau kapur kasut (kasut kanvas putih).
  10. Permanent marker pen - untuk tulis no. kod dobi pada pakaian (jika ada perkhidmatan dobi).
  11. Perhiasan dibenarkan: jam tangan, cermin mata.
  12. Ubat-ubatan yang biasa dimakan (kebenaran doktor bertauliah)
  13. Kole, sudu & stok biskut & minuman 3 in 1.
  14. Duit siling atau kadfon untuk contact rumah. Telefon bimbit dilarang.
Keperluan Asas Pembelajaran
  1. Beg sekolah - sebaiknya kalis air.
  2. Kotak alatulis - pen, pensil, pemadam, pembaris, gunting kecil, gam.
  3. Kalkulator saintifik, kotak geometri (mathematical set)
  4. Buku tulis ( dijual di koperasi)
  5. T-shirt & seluar PJK (koperasi)
  6. Buku Peraturan Sekolah (koperasi)
  7. Water color & berus warna; pensel warna.
  8. Duit belanja, hehe.
Kini kebanyakan sekolah berasrama mengedarkan senarai keperluan asrama serta kaedah pembayaran pelbagai jenis yuran dan derma persekolahan kepada ibubapa sebagai persediaan sebelum anak masuk ke asrama. Ada beberapa jenis yuran yang kemungkinan dibayar secara online dan resit bayaran dibawa semasa pendaftaran masuk anak kelak. Bagi kebanyakan sekolah, sebahagian besar keperluan sekolah ada dijual di koperasi. 

Kemungkinan keperluan asrama sekolah adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Itu adalah normal kerana setiap sekolah mempunyai aliran dan nilai tradisi masing-masing. Namun tujuan dan matlamatnya tetap sama: mendidik anak bangsa agar kelak berguna untuk bangsa, agama dan negara. 

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Syukur kita mempunyai ramai pakar astronomi (ahli falak) di Malaysia. PakTeh tertarik dengan satu kajian Dr. Azhari bin Mohamed dan Wan Kamel bin Wan Hussain yang mengeluarkan Jadual matahari berada di zenith Kaabah dan Bandar-bandar Utama di Malaysia untuk dikongsi dengan kita semua.

Berdasarkan jadual tersebut, rakyat Malaysia berpeluang memperbetulkan hala kiblat kita 2 kali sepanjang 2009.

  • Mac-April, 2009
  • September, 2009
Rujuk bandar utama negeri kita berada, tarikh dan masanya untuk kita tetapkan arah kiblat. Bagusnya jika ketika itu, kita tandakan terus arah kiblat itu secara kekal pada ruang tempat solat di rumah atau pejabat sepertimana di bilik-bilik hotel.

Terimakasih pada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), semoga akan banyak lagi mengeluarkan kajian penyelidikan yang bermanfaat untuk umat manusia seluruhnya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Pada Portal Kementerian Pendidikan Tinggi, terdapat menu aplikasi dalam talian permohonan kemasukan ke IPTA serta beberapa menu semakan permohonan. Namun begitu berlaku kesulitan untuk memasuki laman-laman berkaitan berikutan sistem keselamatan oleh pihak kementerian. Pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox akan mendapati isu Error berkaitan sijil sekuriti laman web (website security certificate) pada aplikasi dan menu tertentu di portal berkenaan.

Syukurlah kerana pihak kementerian telah mengeluarkan Panduan Capaian Ke Laman Web Rasmi kemasukan Ke IPTA (boleh dimuat turun *.pdf)- khas untuk pengguna Internet Explorer dan Mozilla Firefox. Ikuti sahaja garis panduan tersebut, semoga urusan permohonan dan semakan dapat dijalankan dengan lancar dan betul.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seperti diduga, Timb. Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.  Pilihanraya kecil berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland pada 28 November lalu.

TPM, Datuk Seri Najib merangkap pengarah pilihanraya kecil tersebut membuat pengumuman berkenaan di majlis pengumuman calon BN di Kuala Terengganu petang tadi. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari depan.

Biodata Dr. Wan Ahmad Farid
  • Berumur 46 tahun, anak jati Kuala Terengganu.
  • Bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London.
  • Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.
  • Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004.
  • Pada tahun 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.
  • Menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik.
PAS pula akan mengumumkan calonnya 1 Januari. Beberapa calon bebas juga dilaporkan turut berminat untuk bertanding.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 9 comments ]

KEPUTUSAN TAWARAN DAH KELUAR! 
Sila KLIK ke laman berikut. Window berkaitan akan muncul.

Berikut adalah sedikit panduan untuk semua. Semoga dapat membantu.
Pada menu di laman tersebut ada 3 bahagian, iaitu:
  • Semakan
  • e-Rayuan ke SBP 
  • ke laman Kementerian

  • Semakan
    1. Masukkan angka giliran UPSR anda atau anak jagaan anda, dan klik Semakan.
    2. Jika tersilap, klik Isi Semula. Ulang langkah 1. 
    3. Semoga berjaya.
    e-Rayuan ke SBP
    Ini hanya jika anda tidak berjaya dalam permohonan. Tarikh tutup: 31 Disember, 2008.
    1. Masuk menu ini, dan masukkan angka giliran anda. 
    2. Klik pada Klik Untuk Login.
    3. Edit atau Ubah mana-mana ruang permohonan anda yang terdahulu, misalnya pada aliran yang dipohon. 
    4. Isikan ruang Catatan, jika perlu.
    5. Tekan button Klik Untuk Hantar Rayuan.
    6. Semoga berjaya.
    ke Laman Kementerian Pelajaran : Ini hanya link biasa ke portal Kementerian.

    Semoga berjaya kesemuanya.  Bagi yang tidak berjaya, PakTeh doakan anda akan mendapat tempat yang baik juga selepas ini, misalnya MRSM atau SBP Ambilan 2 (setelah membuat eRayuan). Di samping itu, ada sekolah Rancangan Khas di bawah Jabatan Pelajaran Negeri, serta SMKA yang juga tidak kurang hebatnya. Assalamu'alaikum wbt.

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    Juara Akademi Fantasia (AF) 3, Mawi atau Asmawi Ani, 27, selamat diakad nikahkan dengan sekali lafaz dengan pasangannya Ekin atau Nora'ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, jam 11.45 pagi tadi.

    Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Mahad Mohd Said, dengan disaksikan sanak saudara kedua-dua pasangan. Satu majlis resepsi keluarga Ekin akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru, malam ini.

    Pada 28 Disember ini pula, majlis di pihak pengantin lelaki diadakan di Dewan Felda Taib Andak dengan kehadiran jemputan dianggarkan 15,000 orang tetamu termasuk peminat dari seluruh negara.

    Mawi turut dijadual menghiburkan peminatnya pada konsert di padang Felda secara percuma sebagai penghargaan kepada tetamu dan peminat yang hadir memeriahkan hari bersejarah itu.

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    Skim Rukun Tetangga diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka sebagai langkah pencegahan jenayah dan gejala sosial. 

    Bagaimanapun, terdapat kesulitan berkaitan kawalan rondaan di waktu malam sedangkan peronda bertugas perlu bekerja keesokan harinya.

    JPA telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2008 bertarikh 17 Disember, 2008 memberi pelepasan waktu bekerja kepada pegawai perkhidmatan awam yang menjalankan di bawah skim rondaan sukarela kawasan Rukun Tetangga. Pekeliling ini berkuatkuasa 1 Januari, 2009.

    Usaha murni kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat ke arah mengurangkan bebanan pihak berkuasa keselamatan amat dipuji, namun nampaknya terdapat beberapa masalah birokrasi timbul. Berdasarkan arahan pekeliling tersebut, beberapa dokumen perlu disediakan kepada Ketua Jabatan untuk urusan pelepasan waktu bekerja. Antaranya:

    1. Surat pengesahan sebagai ahli Rukun Tetangga setempat dan terlibat dalam Skim Rondaan Setempat, jika diminta.
    2. Borang Lampiran A sebagai permohonan pelepasan waktu bekerja dilengkapkan untuk kelulusan. Dokumen sokongan diperlukan iaitu jadual rondaan yang disahkan oleh JK Rukun Tetangga setempat.
    3. Surat pengesahan dari JK Rukun Tetangga bahawa rondaan telah dijalankan pada masa ditetapkan.
    PakTeh rasa kemungkinan timbul beberapa isu di peringkat perancangan dan perlaksanaan di kebanyakan kawasan kejiranan di negara ini:
    1. JK Rukun Tetangga tidak ditubuhkan, tidak berfungsi atau tidak aktif. Ada yang tiada bilik gerakan, barisan AJK terkini di samping tiada publisiti setempat.
    2. Kuasa pertimbangan & kelulusan oleh Ketua jabatan adalah atas kepentingan perkhidmatan pegawai, walaupun untuk perkhidmatan berdasarkan shif. Maknanya, mungkin belum tentu diluluskan.
    3. Setiausaha JK Rukun Tetangga kena rajin taip semula jadual bertugas dan Pengerusinya kena rajin tandatangan. Tentu perubahan banyak berlaku jika waktu / hari bertugas tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan pegawai berkenaan.
    4. Pelepasan hanya pada waktu pagi hari itu sahaja, tidak boleh bawa ke petang. Minimum 4 jam mengikut waktu sebenar bertugas. Sedangkan waktu pagi paling produktif .
    5. Pekeliling dan pelepasan ini hanya untuk kakitangan awam. Bagaimana dengan pihak swasta? Mahukah majikan beri pelepasan sebegitu juga? Jika mereka tidak beri, bukankah pekerja swasta lebih ramai di Malaysia berbanding kakitangan awam.. Siapa jaga siapa atau kita sama-sama jaga dalam satu kejiranan ?
    6. Kemampuan kawalan rondaan selepas 12 tengahmalam mungkin lebih sesuai untuk lelaki. Wanita ? Kita faham.. tetapi dengarnya, hampir separuh kakitangan awam adalah wanita.  
    7. Atau adakah lebih baik jika pihak polis perlu ditambah bilangannya? :) 
    8. Jangan lupa, rondaan kawalan adalah sukarela, tanpa sebarang elaun dinyatakan. Cuma pelepasan waktu bekerja yang belum tentu diluluskan akibat kepentingan tugas atau dokumentasi.
    9. Jangan hingga orang kata, lebih baik kita pergi kerja macam biasa. Urusan kerja tentu selesai, tanpa kerenah. Waktu malam, kunci rumah masing-masing. Ada masalah call polis. Macam biasa..
    Sekadar satu pandangan..

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]





    Universiti Sains Malaysia (USM) mempelopori Universiti Apex yang pertama di Malaysia mempelawa calon-calon lepasan Matrikulasi/Asasi yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Secara Penuh Masa), Sidang Akademik 2009/2010 - Fasa 1.

    Universiti Apex menawarkan beberapa insentif kepada pelajarnya. Antaranya: Fellowship, pengecualian yuran, subsidi tambang perjalanan, baucer buku dan sebagainya.

    • Syarat permohonan dan maklumat lanjut, boleh dirujuk ke laman ini.
    • Permohonan bermula hari ini: 17 Disember, 2008 mulai 8.30 pagi.
    • Tarikh tutup : 22 Januari, 2009 (Khamis)

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) adalah sekolah berasrama yang menyeimbangkan kurikulum agama dan akademik biasa. Ia di bawah kawalan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pula merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Mara merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.
    MRSM Senarai MRSM di Malaysia.

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup empat persimpangan jalan di pusat bandar raya ini secara berperingkat-peringkat mulai esok hingga penghujung tahun ini bagi membolehkan kerja pengisaran dan penurapan dijalankan.

    Persimpangan terbabit ialah seperti berikut:
    • persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang
    • persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan
    • persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan P. Ramlee 
    • persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang.

    Pengurus Komunikasi Korporat DBKL Anwar Mohd Zain dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan persimpangan berkenaan bermula pada pukul 10 malam sehingga pukul 5 pagi setiap hari. Anwar menasihati pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi semua papan tanda lalu lintas yang ditempatkan di persimpangan berkenaan.

    Dalam masa yang sama, Lebuh Raya Smart di sini akan ditutup mulai jam 11 malam esok sehingga 6 pagi Khamis

    Penutupan itu adalah untuk membolehkan ujian sistem terowong lebuh raya berkala dijalankan, demikian kenyataan syarikat pengendalinya hari ini. Pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART di talian 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan itu.

    (Sumber: Bernama 16 Dis, 2008: 1305PM)

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan 7 sen seunit dan bonus 1.75 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008.

    Tahun lalu, ASNB yang juga anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), memberikan agihan pendapatan sebanyak 8 sen dan bonus 1 sen (berjumlah 9 sen).

    Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pembayaran itu akan diagihkan kepada 6.56 juta pemegang saham yang melanggan 62 bilion unit ASB. Pengagihan pendapatan ASB membabitkan peruntukan RM4.22 bilion manakala pembayaran bonus pula ASN menyediakan peruntukan RM678.03 juta.

    Pengiraan agihan pendapatan berdasarkan kepada baki minimum bulanan purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan ASB berakhir pada 31 Disember tahun ini manakala pengiraan bonus pula berdasarkan baki minimum bulanan purata yang dipegang sejak 10 tahun lalu, bermula dari 1999 hingga 2008.

    "Pendapatan agihan dan bonus itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan ASB masing-masing," katanya pada sidang media ketika mengumumkan pengagihan pendapatan ASB di sini.

    (Sumber: BHarian Online)
    Siapa ada ASB, kalau boleh elakkanlah keluar wang sehingga masuk Januari. Baki minimum untuk Disember 2008 ada dividen tu.. (walaupun nilainya turun berbanding tahun lalu).

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Penurunan harga minyak kali ketujuh sejak Ogos lalu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini. 

    Kadar baru mulai 16 Disember, 2008 ialah seperti berikut:
    • Petrol RON97 turun 10 sen - dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter 
    • Petrol RON92 turun 10 sen - dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
    • Diesel turun 10 sen - dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
    PM berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

    Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.

    (Sumber: Bernama 17:52PM)

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon Ijazah Pertama Di Institusi Pengajian Tinggi Awam ambilan Nov/Dis 2007 dan Julai 2008 untuk mendapatkan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan di bawah KPM.

    Syarat Permohonan
    1. Calon mestilah Warganegara Malaysia.
    2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009.
    3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon.
    4. Pengajian SEPENUH MASA ambilan November/Disember 2007 dan ambilan Julai 2008 Program Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
    5. Tawaran biasiswa ini dibuka kepada pelajar Fakulti Pendidikan dan pelajar Fakulti Sains yang menawarkan bidang Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Pelajar Fakulti Sains perlu mengikuti Pengajian Diploma Pendidikan setelah tamat Ijazah Pertama.
    6. Calon perlu mendapat sekurang - kurangnya PNGK 2.75 bagi keputusan peperiksaan Semester 1 / Semester 2 Tahun Pertama di IPTA. untuk memohon.
    7. Calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK). Calon yang lulus INSAK akan dipanggil untuk ditemuduga.
    8. Calon yang berjaya ditawarkan biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada.
    Bagi penuntut IPTA yang berminat jangan lepaskan peluang!
    • Permohonan secara online dibuka mulai 29 Disember 2008 hingga 30 Januari 2009
    • Makluman lanjut & Permohonan Online sila ke  laman ini.
    Semoga Berjaya.

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    Perjanjian telah ditandatangani untuk membina Taman Tema Legoland yang pertama di Asia dan ke-5 di dunia - di antara Pengarah Urusan Iskandar Investment Berhad (IIB) Arlida Ariff dan Pengarah Urusan Legoland Parks John Jakobsen melibatkan pelaburan RM750 juta. Taman Tema Legoland itu akan dibina di atas tanah seluas 145 hektar di Medini Iskandar, yang sebelum ini dikenali sebagai Node 1, dan dijangka akan mula dibuka kepada pengunjung pada 2013.

    Selain Malaysia, Taman Tema Legoland turut terdapat di Denmark, United Kingdom, Jerman dan California, Amerika Syarikat. Semua masih ingat permainan LEGO kegemaran kanak-kanak? 

    Merlin Entertainments akan mereka bentuk dan menguruskan taman tema tersebut serta muncul sebagai pemegang saham sebanyak 20%, manakala pegangan ekuiti selebihnya dipegang oleh konsortium yang diketuai oleh IIB.

    Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyaksikan majlis perjanjian tersebut berkata, walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu pada ketika ini, momentum pembangunan serta pelaburan di Iskandar Malaysia tidak terjejas. Sehingga kini Iskandar Malaysia telah menerima RM40.25 bilion pelaburan dalam dan luar negara, yang merupakan 86 peratus daripada RM47 bilion pelaburan yang disasarkannya bagi fasa pertama sehingga 2010.

    (Bernama)

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    Usaha mengesan terowong bawah tanah misteri sepanjang 2 kilometer di Ipoh akan dimulakan Januari depan dengan kerjasama dua bekas pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang mendakwa pernah memasukinya, sekitar tahun 60-an. 

    Menurut Datuk Bandar Ipoh, Mohd Roshidi Hashim, dipercayai terowong berkenaan dibina semasa zaman penjajahan British dan dakwaan tersebut dipercayai berasas memandangkan keempat-empat bangunan ini dalam rekabentuk yang seakan-akan sama. Terowong berkenaan dipercayai menghubungkan empat bangunan warisan iaitu Bangunan Stesen Keretapi, Dewan Bandaran Ipoh, Balai Polis Ipoh dan bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh yang terletak berhampiran.

    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Terowong, M. Kulasegaran berkata wakil dari Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan turut menyertai usaha tersebut. Dua pekerja yang pernah bertugas di bangunan Dewan Bandaran Ipoh ,yang sebelum ini merupakan pejabat Ketua Polis Perak, akan diminta membantu mengesan laluan masuk ke terowong berkenaan yang dipercayai dibina sekitar tahun 1940-an.

    Kulasegaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat berkata jawatankuasa itu, yang ditubuhkan oleh MBI, telah berusaha mengesan rekod sejarah berhubung perkara berkenaan sebelum ini tetapi menemui jalan buntu. Beliau yakin dengan pertemuan dua orang warga emas berkenaan, misteri ini bakal terbongkar. Penemuannya kelak akan menjadi satu produk pelancongan di negara ini sama seperti terowong yang ditemui di Vietnam dan Singapura.

    Dipercayai bahawa terowong itu digunakan oleh pihak berkuasa ketika itu untuk menghubungkan bangunan berkenaan ke Mahkamah dan Stesen Kereta Api untuk membawa penjenayah berbahaya seperti pengganas komunis. Terowong tersebut itu dipercayai digunakan oleh anggota polis untuk membawa pesalah ke mahkamah bagi menjalani prosedur menjatuhi hukuman kepada mereka.

    Salah seorang bekas pekerja itu, S. Arumugam, 73, yang turut menyertai lawatan itu berkata beliau pernah memasuki terowong bawah tanah itu sekitar tahun 1960 semasa masih bekerja dengan MBI. Beliau mendakwa pintu masuk ke terowong itu mempunyai tangga dan terletak di bahagian hadapan bangunan dewan berkenaan.

    Katanya, terowong itu mampu memuatkan tiga orang dalam satu masa dan kelihatan seakan-akan longkang besar dengan ketinggian antara 1.5 hingga 1.8 meter. Laluan di sepanjang terowong terbabit mempunyai lampu di bahagian kiri dan kanan untuk memberi pencahayaan sempurna supaya mereka yang melaluinya dapat melihat dengan lebih jelas. (Bernama)

    Kita tunggu hasil eksplorasi mereka kelak. Stay tuned.

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    PUTRAJAYA, 12 Dis (Bernama: 17:08PM) -- Bermula tahun depan, kakitangan awam boleh mengumpulkan cuti Gantian Cuti Rehat (GCR) atau 'golden handshake' sehingga 150 hari, pertambahan sebanyak 30 hari berbanding 120 hari sekarang.

    Presiden Cuepacs Omar Osman berkata Pekeliling mengenai perkara itu akan dikeluarkan tidak lama lagi. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)Tan Sri Ismail Adam pada perjumpaan antara Cuepacs dan Ismail di sini hari ini.

    "Kami anggap ia satu keputusan yang baik walaupun dalam masa yang sama kerajaan menetapkan mulai Januari 2009, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru akan dikurangkan lima hari," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan itu.

    GCR merupakan cuti tahunan yang dikumpulkan bagi digantikan dengan wang apabila seseorang kakitangan awam itu bersara dan ketika ini kakitangan awam boleh mengumpulkan maksimum 15 hari cuti tahunan mereka dalam setahun untuk dimasukkan dalam skim itu.

    Mengenai keputusan kerajaan untuk mengurangkan cuti tahunan bagi kakitangan awam yang baru daripada 30 hari kepada 25 hari mulai tahun depan, Omar berkata selepas perjumpaan dengan Ismail hari ini, Cuepacs menerima rasional langkah itu sebagai cara bagi meningkatkan produktiviti sektor awam, sejajar dengan peranan sektor awam sebagai nadi utama pembangunan negara.

    Tambahan pula, katanya, terdapat banyak cuti umum sama ada di peringkat kebangsaan atau negeri yang dinikmati sepanjang tahun. 

    Omar berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli gabungan bagi menjelaskan perkara itu dalam masa terdekat. Semalam, Cuepacs melalui setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin dilaporkan menganggap tindakan kerajaan mengurangkan cuti tahunan itu sebagai 'tidak adil' dan akan merugikan kakitangan awam baru dalam jangka masa panjang.

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    Mulai 1 Januari, 2009 kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru (kecuali polis, tentera, penguatkuasa maritim dan pegawai pelajaran) akan dikurangkan lima hari. Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari.

    Bagaimanapun, mengikut undang-undang, semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru yang dikurangkan itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.

    Opsyen berkenaan boleh dirujuk dalam Pekeliling Perkhidmatan 14/2008: Kadar Cuti Rehat Tahunan dan Tawaran Opsyen Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam, yang bertarikh 5 Disember.

    "Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir bagi membuat opsyen itu ialah 31 Dis. Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen itu menjelang tarikh itu akan dianggap memilih kelayakan sekarang," katanya.

    Sementara itu, CUEPACS akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail hari ini untuk membincangkan perkara itu selain isu lain yang relevan. Setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata kesatuan itu mahu tahu rasional kepada pengurangan itu. Katanya adalah tidak adil untuk mengurangkan kelayakan itu kerana untuk jangka panjang kakitangan awam baru akan kerugian.

    (Bernama)

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 2 comments ]

    KAPAR, 11 Dis (Bernama: 21:18PM) -- Harga runcit petrol RON97 kekal RM1.90 seliter jika harga minyak mentah dunia tidak melebihi AS$83 setong, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

    "Kementerian sedang merumuskan mekanisme untuk mengekalkan harga RON97 pada kadar RM1.90 seliter sekarang dan saya boleh beri jaminan yang tiada kenaikan jika harga minyak mentah dunia turun di bawah US$83 setong," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen penurunan harga pasaraya Econsave Cash and Carry di sini.

    Kempen itu melibatkan 2,120 produk dan akan berlangsung sehingga 28 Feb tahun depan di semua 20 cawangan pasaraya syarikat itu di seluruh negara.

    Shahrir berkata permintaan bagi petrol kini dipacu oleh keadaan domestik dan kementerian akan mencari jalan untuk membantu pengguna untuk mempunyai pendapatan yang boleh dibelanjakan.

    "Isu sebenar di sini ialah apakah harga yang sepatutnya supaya pengguna mempunyai lebih banyak wang untuk berbelanja dan menyimpan dan berapa banyak yang perlu diperuntukkan untuk pembangunan kerajaan dan tujuan lain," katanya dan menurutnya kerajaan sedang dalam proses mendidik pengguna mengenai rasional disebalik penurunan harga petrol baru-baru ini.

    Katanya mekanisme yang dicadangkan untuk menentukan harga minyak akan dikemukakan ke Kabinet dalam mesyuarat esok atau minggu depan.

    Persoalannya:
    Bukankah harga minyak mentah dunia sekarang di bawah AS$50 ?
    Sebelum peningkatan mendadak harga petrol Malaysia pada Jun lalu, kerajaan menanggung subsidi. Sekarang, di mana 'keuntungan kos subsidi yang tidak ditanggung lagi' itu berada, dan ke mana ianya dibelanjakan?

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 0 comments ]

    Blogging always been easy when you can see the pencil image below your posts.  It appears whenever you have been login into your account in Blogger platform. You can edit any of your chosen post automatically with just a click to that 'pencil'.

    Anyhow, you are having problem when you always changing your templates.. hehe like me. The 'pencil' was lost! So.. login into your dashboard & edit post from there is a burden task, right?

    Having done some investigation, it seems I have found a solution to the problem. Just add the following lines to your template's style section:

    .email-post-icon {
    background: url(http://www.blogger.com/img/icon18_email.gif)
    no-repeat left center;
    padding-right: 15px;
    }

    .quick-edit-icon {
    background: url(http://www.blogger.com/img/icon18_edit_allbkg.gif) no-repeat left center;
    padding-right: 15px;
    }
    Why the Blogger platform does not supply these CSS classes, I do not know..

    Baca Selengkapnya (Read More)...

    | 2 comments ]

    Sistem Maklumat Latihan (eSILA) merupakan sebuah sistem yang berasaskan web di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ianya bertujuan menyediakan satu kemudahan penawaran biasiswa dan pinjaman, pembayaran, pemantauan, akademik, tuntutan dan terimaan bayaran balik pinjaman pelajaran JPA. Melalui portal ini, anda akan dapat memuat turun borang-borang yang berkaitan, mengemaskini maklumat permohonan dan menyemak status permohonan anda.

    Cara Menggunakan portal eSILA
    • Anda perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna (user).
    • Setelah mendaftar masuk, satu menu utama akan disediakan pada sebelah kiri portal. 
    • Kini anda boleh memilih perkara yang berkaitan dengan keperluan anda. 

    Kelebihan eSILA
    • Membuat pinjaman/biasiswa secara online
    • Mengemaskini dan melihat status permohonan anda dengan lebih pantas. 
    • Menjimatkan masa dan kos anda. 
    • Kemudahan untuk permohonan pinjaman atau biasiswa disediakan melalui eSILA adalah PERCUMA.
    Jika terdapat sebarang masalah yang berkaitan, anda selaku pengguna boleh terus berhubung dengan mana-mana staf eSILA di : 

    Bahagian Latihan
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Aras 4-6, Blok C1, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 Putrajaya, Malaysia.


    Tel : 603-8885 3049

    Baca Selengkapnya (Read More)...