| 2 comments ]

Akhirnya muncul juga seorang pemimpin Islam yang berani melawan secara langsung dengan pemimpin Israel. Walaupun tentangan hanya secara lisan, tetapi buah-buah ayat diucap serta tindakan meninggalkan satu majlis forum peringkat antarabangsa boleh memberi impak jelas tentang kezaliman Israel, dan betapa pemimpin Israel kuat berbohong.

PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka." 

Kita lihat peluru mulut Erdogan seterusnya bersama foto-fotonya sekali di bawah.


Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza." 

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (Gambar 1 dan 2)

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).

(Foto & Berita: Berita Harian)

Bagi PakTeh, berita ini baik sebagai mesej jelas peri kejinya perbuatan Israel selama ini. Erdogan pulang disanjung oleh rakyatnya. Bagaimanapun, mungkin juga ada kesan buruk. Israel akan lebih geram kerana dimalukan. Kroninya, USA dan Kesatuan Eropah (EU) mungkin bertindakbalas dengan Turki pula.. hrm.. apa pula pandangan anda?

Related Posts by Categories



2 comments

Nazrin said... @ 12:16 PM

Wah happy, keep the good work :)...

Azizahns said... @ 3:54 PM

SUDAH LAMA DINANTIKAN PEMIMPIN ISLAM SEBEGINI. USAHLAH KITA TAKUT AKAN KESAN-KESAN TINDAKAN ...PERBUATAN MEREKA SEKARANG ADALAH LEBIH MENAKUTKAN NANTI KALAU TIADA SIAPA YANG MENGHALANG.

Post a Comment