| 0 comments ]

traffic-jam

KUANTAN: Semua kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak selama dua hari bermula esok, Sabtu dan Ahad ini. 

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan, berkata larangan itu dikuatkuasa untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk pulang ke destinasi masing-masing selepas sambutan Tahun Baru Cina.

“Kita harap mendapat kerjasama yang baik daripada pengusaha kenderaan berat.

"Perkara ini kita sudah maklumkan kepada pengusaha kenderaan tersebut yang mana keingkaran mematuhi larangan tersebut akan membolehkan pihak JPJ menyita kenderaan mereka serta merta,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Sikap ke-19 peringkat negeri Pahang di Km26 Jalan Kuantan-Gambang, di sini, hari ini.

Mengenai ops sikap ke-19 itu setakat ini, beliau berkata JPJ telah melakukan pemeriksaan terhadap 11,039 buah bas di 29 terminal bas di seluruh negara yang tertumpu kepada pemeriksaan lesen, cukai jalan, dan pemeriksaan Puspakom.

Salim berkata dalam pemeriksaan itu pihaknya telah berjaya mengesan 528 kesalahan dan mengeluarkan 443 saman membabitkan bas selain menyita empat buah bas atas kesalahan tiada permit dan pelanggaran permit yang dikeluarkan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.

Dalam pada itu juga katanya, pihaknya telah berjaya mengesan 6.069 kesalahan gagal memakai tali pinggang belakang sejak peraturan itu dikuatkuasakan 1 Jan lepas.

(Sumber: Bernama | Berita Harian Online - 21:40 PM)
Alhamdulillah, esok jalan - line clear, Insya Allah. Namun begitu, memandu tetap kena beringat. Ingatlah orang yang tersayang..

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment