| 0 comments ]

Calon-calon yang menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) tahun lepas boleh menyemak keputusan masing-masing : 15 Januari, 2009 (Khamis).

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagiCalon persendirian pula akan memperoleh keputusan melalui pos.

Di samping itu, semakan keputusan juga boleh dibuat menerusi cara:
  1. SMS : taip MUET<space>nomborkadpengenalan & hantar ke 39003.
  2. layari laman web http://www.mpm.edu.my mulai hari keputusan dikeluarkan.
Bagi calon yang ingin mendaftar MUET pertengahan tahun atau ingin memperbaiki keputusan, boleh mendaftar di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan sebelum 29 Januari ini. 

Selamat maju jaya.

(Sumber: Kenyataan akhbar Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris)

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment