| 0 comments ]

Berita baik untuk calon Bumiputera warganegara Malaysia yang berkelayakan, kini boleh memohon tajaan di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) bagi melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi terkemuka di luar negara.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Nam Marthinin berkata hari ini, program pengajian ini terbuka kepada pemohon bagi lepasan Diploma, Ijazah Pertama dan Sarjana untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Antara bidang pengajian yang ditaja adalah dalam subjek yang kritikal seperti Kejuruteraan, Bioteknologi, Sains Gunaan, Sains Kuantitatif, Sains Tulen, Sains Perubatan, Profesional Perakaunan (ACCA/CA/CIMA), dan Profesional Senibina (RIBA Part 11)

Pada tahun ini, Mara juga akan menaja kursus seperti Kewangan, Perbankan, Perakaunan dan Ekonomi.

Calon yang berminat perlu mempunyai Diploma atau Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana yang diiktiraf dalam bidang berkaitan dengan minimum pencapaian CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.

Tarikh akhir permohonan: 23 Januari, 2009

Untuk maklumat lanjut, klik iklan di sini >> Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment