| 1 comments ]

Permohonan untuk Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa Untuk Sidang Akademik 2009-2010 di Universiti Sains Malaysia (USM) dibuka sekarang.  Calon-calon lepasan Diploma atau Setaraf: IB, AUSMAT, A-Level dan kelayakan lain yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon.

Untuk makluman, USM telah diiktiraf sebagai Universiti APEX (Accelerated Programme for Excellence, Ministry of Higher Education Malaysia - Program Pemacuan Kecemerlangan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) yang terulung di Malaysia.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti berikut:
  • Lulusan Diploma dari IPTA / Politeknik / IPTS;
  • Lulusan STP / HSC / STPM Tahun 2007 atau sebelumnya;
  • Lulusan Matrikulasi Tahun 2007 atau sebelumnya;
  • Sijil Politeknik (Kejuruteraan; dan
  • Kelayakan lain yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat USM (IB, AUSMAT, A-Level dan lain-lain), dan
  • Memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian.

Maklumat lanjut tentang program pengajian ditawarakan, syarat am dan syarat khas program pengajian, layari laman web USM: http://www.usm.my

PERMOHONAN DALAM TALIAN
  1. Permohonan kemasukan ke USM bagi Program Pengajian Lepasan Diploma atau Setaraf untuk Sidang Akademik 2009 / 2010 adalah melalui Permohonan Dalam Talian (Online Aplication) sahaja.
  2. Pemohon boleh mengemukakan permohonan dalam talian mulai 4 Januari 2009, jam 6.00 petang.
  3. Pemohon boleh melayari laman web USM ( http://www. usm.my ) untuk mendapatkan program pengajian yang ditawarkan, Syarat Am dan Keperluan Khas program pengajian di USM, dan seterusnya membuat permohonan.
  4. Pemohon pelru mendaftar kali pertama dengan menggunakan No. Kad Pengenalan (MyKad) dan Kata laluan untuk mengakses Borang Permohonan yang akan dipaparkan.
  5. Borang permohonan boleh dicapai setelah mendaftar dengan menggunakan No. Kad Pengenalan (MyKad) dan Kata Laluan yang dibekalkan.
  6. Borang Permohonan yang telah selesai diisi boleh dihantar menggunakan butang "HANTAR". Nombor pengesahan akan diberikan sebagai rujukan semasa berurusan dengan USM.
  7. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dihantar bersama (i) Salinan Kad Pengenalan/ MyKad; (ii) Salinan Transkrip Sijil / Diploma; (iii) Salinan Sijil SPM / STPM / Matrikulasi; (iv) Salinan sijil-sijil berkaitan.  (Semua salinan perlu disahkan oleh Pegawai Kategori A) ke alamat berikut:
UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ARAS 2, CANSELORI
11800 USM, PULAU PINANG

  • Calon mesti bersedia menduduki Ujian Penetapan Khas (MunsyI) untuk tujuan penetapan pengajian.
Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada:

UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ARAS 2, CANSELORI
11800 USM, PULAU PINANG

Tel : 04 653 3196 / 3141 / 2688 / 3327 / 3072 / 3697
Faks : 04 653 3328
E-mel: admissions@notes.usm.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:  05 FEBRUARI 2009 !

Related Posts by Categories



1 comments

Zuha.Brian said... @ 5:24 AM

sLm..
bila kemaskini permohonan Fasa 2 di usm pengmbilan kemasukan sesi 10/11 bagi program lepasan matrikulasi 2010..

Post a Comment