| 0 comments ]

Semua pemohon IPTA lepasan SPM 2008 wajib mengemukakan permohonan Fasa Dua (Pengesahan Permohonan) yang dibuka 3 Februari, 2009.

Iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf serta STPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010 akan disiarkan dalam lapan akhbar perdana pada 1 Februari depan, manakala permohonan melalui aplikasi dalam talian pula dibuka mulai 3 Februari jam 12 tengah hari.

Tarikh tutup permohonan ialah 10 hari bekerja selepas keputusan SPM, STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 diumumkan.

Menurut kenyataan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, 127,958 permohonan Fasa Satu (Pendaftaran Permohonan) bagi kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf diterima sehingga tarikh tutup 31 Disember lalu.

Jadi, semua lepasan SPM/STPM/Setaraf elok beli atau baca suratkhabar 1 Februari depan. Penting! Kemudian bersedia pula untuk 3 Februari. Semoga berjaya. 

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment