| 0 comments ]

Sesi persekolahan 2009 bermula esok, Isnin 5 Januari. Pengajaran dan pembelajaran akan bermula meliputi peringkat TADIKA, Pra-Sekolah, Sekolah Rendah juga Sekolah Menengah. Para ibubapa tentunya telah cuba melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak.

Setiap hari Ahad sebelum hari persekolahan bermula adalah hari yang sibuk bagi sesetengah ibuapa dan anak yang belajar di sekolah berasrama. Pada hari ini juga, pendaftaran pelajar Tingkatan Satu dijalankan di kebanyakan sekolah. Sesetengah SBP memulakan pendaftaran lewat seminggu. Bagi hari pertama mendaftar di asrama tentunya agak kelam kabut .. mendaftar, mengambil barang di koperasi serta mengemas loker/katil di asrama. Program orientasi bagi pra-sekolah, tahun satu, tingkatan satu turut berlangsung hari ini & esok.

Mulai esok, anak-anak tidak boleh bangun lewat lagi. Kita perlu bangun awal dan balik rumah lebih lewat. Para guru dan murid akan bertemu lagi. Bagi setiap ilmu yang dicurah dan ditadah, semoga semuanya diberkati dan dirahmati Allah. Selamat maju jaya. 

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment