| 0 comments ]

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini menjelaskan agihan bantuan kewangan RM50 juta kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah adalah berdasarkan kepada bilangan murid. 

Katanya, kaedah pengagihan bantuan kewangan kepada PIBG bagi sekolah di luar bandar dan bandar adalah sama seperti dahulu. 

“Saya ingin memberi jaminan bahawa sekolah-sekolah yang berada di pedalaman dan mempunyai bilangan murid yang sedikit kita akan tetap bela,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah di sini.

Hishammuddin berkata, kementerian juga sudah mengenal pasti beberapa pendekatan seperti penggunaan sekolah kabin, pemberian insentif kepada guru dan pelbagai bantuan lain untuk meningkatkan mutu sekolah luar bandar.

“Saya tidak mahu seorang pun terpinggir,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat yang mendakwa sekolah di bandar mendapat kadar bantuan kewangan yang lebih berbanding sekolah di luar bandar. 

(Sumber: Kenyataan akhbar - 08/02/2009)

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment