| 0 comments ]

Foto Roslan Shaharum - Ahli Parlimen Bukit Gantang

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak, Roslan Shaharum, 50, dari Pas meninggal dunia pagi tadi di Hospital Batu Gajah, akibat serangan jantung. 

Menurut abangnya Ahmad Najmi, Roslan yang pada mulanya sedang menunggu keretanya dicuci di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, tiba-tiba dilaporkan merasa tidak sihat dan meminjam sebuah basikal milik orang lain untuk ke farmasi berdekatan.

Sebaik mengayuh basikal itu beberapa meter, beliau dikatakan terjatuh lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia.

Selain menjadi Ahli Parlimen, Roslan adalah Pengerusi Yayasan Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau meninggalkan seorang isteri Sofiah Husein dan 11 anak.

Roslan adalah lulusan ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Sarjana Sains Pembangunan dan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysi. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM)serta Open University Malaysia (OUM) sebelum ini. 

Al-Fatihah.

Ini bermakna, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Dalam PRU bagi P59 Bukit Gantang lalu, Roslan (PAS) mengalahkan Bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi (BN) dengan majoriti 1,566 undi. Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu, dengan 27% pengundi Cina dan 10 % pengundi India. Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang ialah DUN Changkat Jering yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak.

60 hari selepas ini, tentunya hari-hari yang panas di Bukit Gantang apatah lagi selepas isu pertukaran kerajaan negeri yang baru berlaku.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment