| 2 comments ]

IPOH, 4 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menghadapi krisis politik hari ini dalam satu langkah drastik dan luar biasa mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan serta merta sebelum mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Itu intipati dari laporan Bernama petang ini. Tidak dapat masuk ke halaman berita penuhnya. Traffic Jam.

Masuk ke Malaysiakini pula, lagi teruk. Paparan homepagenya seperi blank page. Berikut adalah pengumuman di muka hadapan lamannya.
Due to developments in Perak, we are experiencing high traffic to Malaysiakini.com

The latest developments are below.

We are increasing our server capacity within the next hour. Please try www1.malaysiakini.com
Maklumat terakhirnya, "Perak gov't on the brink of collapse" Feb 4, 09 12:12pm. Laman ini juga Traffic Jam. Bagaimanapun, ada Live Reports. Bagus juga.

Dalam Berita Harian Online pula melaporkan bahawa Menteri Besar Perak telah memasuki Istana Kinta pada 3.50 petang tadi untuk mengadap Sultan Perak. Beliau diterima mengadap untuk memohon perkenan Sultan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta. Tambahan berita pukul 4:46 pm:  4 ADUN Perak dah berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, dipercayai bagi mengumumkan pendirian mereka menyertai Barisan Nasional.
Laman ini ok sedikit, "trafik berjalan lancar."

Banyak sungguh pergerakan buah catur untuk diperhatikan. Semua tertunggu-tunggu.. pening kepala dan tertanya-tanya. 

MB Perak boleh membuat pengumuman pembubaran, namun perlu mendapat perkenan Sultan Perak terlebih dahulu. Itu satu perkara.

Jika Sultan tidak perkenan, dan jika betul 4 ADUN Perak berpaling tadah dari PR kepada BN, bermakna kerajaan negeri Pakatan Rakyat runtuh, BN akan ambil alih. Jika mendapat perkenan Sultan pula, bermakna Perak akan menghadapi pilihanraya umum di seluruh DUN dalam negerinya. Belum pernah lagi jadi dalam sejarah..

Akhir sekali, dari Malaysiakini:
5.08pm: PERAK GOVERNMENT FALLS. Najib said at his press conference that the Barisan Nasional has the support of the four former Pakatan Perak assemblypersons - three will be "BN-friendly" Independents, while Nasarudin will rejoin Umno.

Najib will meet the Perak Sultan as soon as possible. He said it is up to the sultan to decide on Nizar's request for dissolution of the assembly.

At the same venue, Nasarudin denied the claim that he had been abducted.

5.05pm: Mohd Nizar is still at Istana Kinta.
Berikutan itu, BN memiliki 28 kerusi dengan tiga Adun Bebas yang menyokongnya, manakala Pakatan Rakyat hanya tinggal 28 kerusi. 

Terakhir: Malaysiakini lapor..
5.35pm: Mohd Nizar left the palace after meeting the sultan. He briefly told reporters that he had informed the sultan of his request for dissolution.

"It is now up to Tuanku (his highness)," he said with a smile. The meeting last almost two hours.
Satu pertarungan kalah mati. Kita masih menunggu titah Sultan.. Nizar dah mengadap bagi pihak Kerajaan Negeri (Pakatan Rakyat), selepas ini Najib pula bagi pihak Pembangkang (Barisan Nasional). 

Penuh sensasi dan mendebarkan. Siapa yang cepat ambil kesempatan, dan siapa yang bijak ambil peluang. Penuh kehangatan, padat dengan polemik dan tingkah 'kata' dan 'tikam' di depan-di belakang. 

Itulah atmosfera politik kita, di negara kita. "Demokrasi, kata deme. Tak gitu Yob?"

Related Posts by Categories



2 comments

Unknown said... @ 12:40 PM

Assalamualaikum,
Adakah pelajar yang masuk ke MCKK adalah pelajar yang bijak dan terpilih ataupun kerana semata-mata dia adalah anak raja atau VVIP. Adakah seseorang itu memiliki satu jawatan kerana kebolehannnya yang tak tertanding atau kerana dia mempunyai hubungan kuat dengan istana?

PakTeh said... @ 4:40 PM

@Ron: pandangan saya (mungkin salah), ada kuota khas di MCKK bg kerabat diraja. mungkin tradisi sejak asal penubuhannya dulu. maaf jika saya tersilap.

Post a Comment