| 1 comments ]

Kita biasa dengar komen oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima bahawa mereka tidak dapat mendaftar untuk beberapa subjek SPM berikutan pertindihan (clash) dalam jadual peperiksaan. Ini juga menjadi faktor sesetengah sekolah menyediakan pakej mata pelajaran SPM tertentu bagi kelas-kelas beraliran tertentu di peringkat menengah atas Tingkatan Empat dan Lima.

Sebagai contoh; Petals, seorang pelajar Tingkatan Lima dari Sekinchan, Selangor, menulis kepada editor TheStar pada hujung Januari bahawa dia dan rakan sekelasnya dari aliran sains ingin mengambil kertas Ekonomi Asas tetapi dimaklumkan oleh guru mereka bahawa subjek berkenaan akan berlangsung serentak pada masa dan tarikh yang sama dengan kertas Biologi. 

Ditanya berhubung isu berkaitan, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom menasihatkan mereka yang berkenaan agar menulis secara rasmi kepada Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Datuk Dr. Salbiah Ismail.

Sehubungan itu, Datuk Alimuddin meminta LPM meninjau masalah ini. Tambahnya, SPM akan hanya bermula pada pertengahan November, jadi masih ada masa untuk membuat rombakan (jadual waktu peperiksaan) berkenaan.

Bagi PakTeh, elok juga jika pihak LPM membuka ruang lebih luas untuk murid memilih subjek diminati bagi mengukuhkan peluang pendidikan dan kerjaya masa depan mereka, dengan mengelakkan pertindihan masa/tarikh. Cuma sejauhmanakah sekolah bersedia untuk menyediakan pakej subjek mengikut pilihan murid dengan kapasiti guru beropsyen yang terhad.

Di samping itu, mungkin pelajar mampu belajar sendiri bagi subjek-subjek tertentu, tetapi berapa ramaikah sebenarnya mereka di seluruh Malaysia? Risiko pemanjangan tempoh peperiksaan SPM akan berlaku di samping kos meningkat bagi pengurusan petugas pegawai pengawasan peperiksaan nanti.

Related Posts by Categories



1 comments

Amir Sabrin Mohammad Ali said... @ 9:51 PM

saya rasa agak terkilan bila baca luahan hati pljr d ats d star.sy rs mmg skrg (batch sy 1993)setiap kelas ada pakej-pakej masing-masing.ia dsusun oleh guru dan bkn sewenang-wenangnya pljr buat pakej sendiri.ad juga pljr pure sci stream nak amik subjek ekonomi asas,prinsip perakaunan dan geografi.ttpi ia tdk dllskan mmndgkn sklh yg dia masuk tdk menyediakan subjek geo.dia nak sangat amik subjek geo menengah atas kerana ia wajib jika nak amik bidang juruterbang.

Post a Comment