| 0 comments ]

Kolej Komuniti dikenali sebagai salah satu institusi pendidikan dan latihan lepasan sekolah di bawah Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. 

Namun begitu, ramai tidak mengetahui bahawa sebenarnya sesiapa juga boleh memohon, walaupun kita sudah bekerja, suri rumah tangga ataupun sudah bersara - jika kena dengan bentuk kursus yang dipohon.

Selain berfokus dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan kepada lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Kolej Komuniti juga menyediakan kursus-kursus jangka pendek kepada semua lapisan masyarakat setempat, industri dan agensi kerajaan di bawah Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

PSH merupakan perlaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti sepanjang hayat dengan tujuan untuk :
  • meningkatkan pengetahuan,
  • mendapatkan kemahiran
  • hobi
  • tambahnilai (added value)
  • punca dan ruang untuk menjana pendapatan tambahan, dan
  • mengukuhkan dan meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri seterusnya menyumbang kepada masyarakat, alam pekerjaan dan ekonomi keluarga / setempat (menjana pembangunan modal insan dan knowledge worker)
Kelayakan Masuk

Pemohon adalah dipelawa daripada calon-calon:
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
Nota: Pemohon digalakkan memohon kursus-kursus yang ditawarkan di kolej-kolej berhampiran tempat tinggal.

Yuran
RM20 (tidak termasuk bahan kursus dan keperluan lain yang berkaitan).

Tempoh
Tidak melebihi 7 hari

Cara Memohon
Berhubung terus dengan Kolej-Kolej Komuniti yang berkenaan, yang boleh dirujuk pada laman Senarai Kolej Komuniti di Malaysia. 

Untuk makluman, setakat ini terdapat 37 buah Kolej Komuniti di seluruh negara. Sebaiknya, pilihlah yang lokasinya berhampiran dengan rumah masing-masing.

Pertanyaan Lanjut
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
Bahagian Pembangunan Akademik
Sektor Pengurusan Kolej Komuniti
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 8, Bangunan Menara Heritage
Jalan S/B Dagang
Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-8939 4114 / 4134 / 4136 / 4138
No. Fax : 03- 8939 4115

Bagaimana? Menarik kan? Kalau kena cara dan masa, boleh dapat sesuatu ilmu yang bermakna dalam tempoh seminggu berkursus. Graduan IPT amat digalakkan memohon. Selamat maju jaya.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment