| 0 comments ]

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein membuat kenyataan yang mengejutkan. Beliau menegaskan bahawa semua pelajar yang tiada sijil lahir boleh masuk sekolah menengah secara otomatik, selagi salah seorang ibu bapanya adalah warganegara Malaysia.

Adakah beliau telah memikirkan sedalam-dalamnya? Berdasarkan Seksyen 8, Akta 299; Jabatan Pendaftaran menegaskan bahawa semua ibubapa perlu mendaftar kelahiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran apabila kanak-kanak tersebut dilahirkan di Malaysia. Borang itu pula adalah percuma..

Sijil lahir adalah amat sensitif. Itulah dokumen membezakan seorang warganegara Malaysia dengan pendatang haram. Proses membuat kad pengenalan apabila anak berumur 12 tahun akan terencat jika ibubapa warganegara Malaysia gagal mengemukakan sijil lahir anak. Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalannya.

Seseorang yang bukan warganegara TIDAK LAYAK mendapat hak-hak warganegara di sekolah seperti seorang warganegara. Ibubapanya kena membuat pendaftaran di Jabatan pelajaran Negeri dan perlu membayar yuran pendaftaran khas. Mereka TIDAK LAYAK memohon mendapat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Biasiswa - BKP/Sukan dll, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Bantuan Pakaian Unit Beruniform dan berbagai lagi aspek kebajikan yang khusus untuk rakyat Malaysia warganegara Malaysia.

Kewarganegaraan bagi sesebuah negara amat sensitif dalam semua aspek. Ia menggugat keselamatan sesebuah negara jika kewarganegaraan itu diambil mudah. Jangan sehingga ada mana-mana rakyat warganegara Malaysia mengambil anak warganegara asing (secara haram), dan membuat permohonan sijil lahir lewat dan kad pengenalan lewat. Ho ho sekarang kan dah senang? Kan Menteri Pelajaran kata 'tanpa sijil lahir dah boleh sekolah menengah'?

Adakah Datuk Hishamuddin dah berbincang dengan Menteri/Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum membuat kenyataan sebegitu? Tidakkah Datuk Hishamuddin mengetahui bahawa pendaftaran online peperiksaan awam PMR dan SPM memerlukan nombor kad pengenalan? Tidakkah Datuk Hishamuddin mengetahui sistem Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) memerlukan nombor kad pengenalan / nombor sijil lahir? Pelbagai sistem pengaturcaraan komputer KPM yang dibebankan pada semua sekolah akan menolak permohonan jika nombor IC/sijil lahir tidak dinyatakan. Pengisian data boleh diteruskan tetapi dengan mengisi maklumat nombor palsu! Itukah yang diinginkan oleh Menteri Pelajaran?

Siapakah sebenarnya yang bersalah.. Pihak sekolah atau ibubapa yang tidak mendaftar kelahiran anaknya? Jika ke sekolah menengah, bermakna sekurang-kurangnya sudah 12 tahun anak itu lahir. Takkan selama 4380 HARI (12 tahun x 365 hari) umur anak itu, ibu/bapaya tidak boleh luangkan masa SATU HARI langsung ke di mana-mana Pejabat Pendaftaran Negara? Nonsense.

Berikut adalah kenyataan Datuk Seri Hishamuddin seperti dalam Berita Harian pada Khamis, 12/02/2009. Timbang tengok.
TAWAU: Semua pelajar tanpa sijil kelahiran, tetapi seorang daripada ibu bapanya adalah warga negara Malaysia, berhak meneruskan pelajaran ke peringkat menengah secara automatik.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan menghalang pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat menengah disebabkan masalah seperti itu boleh mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan.

“Saya nak nyatakan di sini bahawa jika ini ialah satu dasar (yang diguna pakai sebelum ini), hari ini juga saya tukarkan dasar itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Balung, dekat sini, semalam.

Hishammuddin mengulas mengenai keluhan ramai ibu bapa di sini yang mendakwa ada sekolah tidak membenarkan anak mereka memasuki sekolah menengah kerana tidak memiliki sijil kelahiran, walaupun seorang daripada ibu bapa mereka ialah warga negara Malaysia.

“Sebagai Menteri Pelajaran, saya ingin menyatakan bahawa dasar berkenaan bukan sesuatu yang saya persetujui dan sekiranya dasar seperti itu wujud, kita tukar hari ini juga.

“Ini ialah satu perkara yang adil kerana saya difahamkan proses itu mengambil masa sedikit di Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapat sijil lahir dan ini menjadi kekangan kepada anak kita ke sekolah,” katanya. - Bernama

Isunya - murid tidak boleh bersekolah tanpa dokumen sijil lahir atau kad pengenalan itu salah siapa? sekolah? Jabatan Pendaftaran? hospital? atau ibubapa?.. Semata-mata Dasar Pendidikan Wajib, maka adakah hal-ehwal dokumentasi sepenting itu kita ambil mudah.?Jika begitu, mungkin Anugerah ISO tidak layak pula diraih oleh Kementerian Pelajaran.

Andainya pula isu murid tiada surat lahir kes terpencil - hanya bermasalah di Sabah, Kementerian Dalam Negeri kenalah berbuat sesuatu. Tentu ada yang tak kena di sana..

Well.. now what do you think?

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment