| 6 comments ]

Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon yang berkelayakan Lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian bagi mengikuti Program Diploma Pendidikan (Diploma of Education / Dip. Ed.) di 13 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.

  • Tarikh Permohonan Dibuka : 9 Februari, 2009 (Isnin: 12 tengahari)
  • Tarikh Permohonan Ditutup: 9 Mac, 2009

Syarat Permohonan dan Pengkhususan ditawarkan di IPTA berkenaan adalah seperti berikut:

SENARAI IPTA YANG MENAWARKAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
SESI JULAI 2009
Universiti Malaya(UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

PENGKHUSUSAN DITAWARKAN
Pengkhususan Am : Sejarah, Pendidikan Jasmani Kesihatan, Geografi, Pengajian Am, Kaunseling, Seni / Seni Visual, Perdagangan / Perniagaan / Pendidikan Moral, Muzik, Sivik & Kewarganegaraan, Guru Al-Quran KAA, Pendidikan Islam.

Pendidikan Khas : Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran

Kemahiran Hidup & Vokasional : Elektrik & Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Automotif, Penyejukan Penyamanan Udara, Binaan Bangunan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Computer Programming, Kemahiran Teknikal, Perdagangan / Keusahawanan, Tanaman Makanan, Lukisan Kejuruteraan

Bahasa : Bahasa Arab, Bahasa Cina, Kesusateraan Cina, TESL.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN
  • Permohonan adalah melalui Aplikasi Dalam Talian Sahaja.
  • Permohonan dibuka mulai 9 Februari 2009 (Isnin) jam 12.00 tengahari
  • Permohonan perlu melayari laman web berikut
  • www.mohe.gov.my atau www.upu.mohe.gov.my
  • Untuk mengetahui SYARAT KHAS dan SYARAT TAMBAHAN yang jelas, tepat dan terkini mengenai permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Diploma Pendidikan.

SYARAT PERMOHONAN
  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan dikeluarkan.
  2. Syarat Am
  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75; atau
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
  • Lulus SPM / Setaraf dengan mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai;
  • Lulus mata pelajaran Matematik / Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik Kertas Julai;
  • Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI);
  • Lulus Temuduga dan diperaku oleh panel penemuduga.
Pembelian Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Kaedah Pembelian: Kaunter ATAU Mesin ATM/ SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja)
  • No. Akaun UPU: 14100-29-83030691-5
  • Bayaran: PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN JULAI 2009
  • Harga Belian: RM 20.60 (RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)
  • Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.
PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi alamat &  talian berikut:
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENGAJIAN TINGGI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya.
Tel: 03-8883 5801 / 5802  Fax: 03-8889 4260
Emel: upu@mohe.gov.my Laman web: www.upu.mohe.gov
Tarikh Tutup Permohonan: 9 MAC 2009

Untuk makluman, Diploma Pendidikan adalah satu keperluan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) bagi memasuki  profesion perguruan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang terlatih. PPPS ini kemudiannya ditempatkan di sekolah-sekolah, jabatan atau kementerian mengikut keperluan semasa dan kepentingan perkhidmatan.

Semua rakyat Malaysia juga disarankan hadir ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2009 yang sedang berlangsung, untuk pilihan peluang pendidikan / kerjaya di masa depan. Rujuk jadual di situ untuk penyertaan di kawasan terdekat dengan kawasan anda. Kemasukan adalah percuma.

Selamat Maju Jaya.

Related Posts by Categories



6 comments

andenda said... @ 3:19 PM

Salam.Tumpang bertanya.Kenapa saya masuk ke www.mohe.gov.my saya tidak berjumpa dengan sebarang entri untuk permohonan secara online...

PakTeh said... @ 4:33 PM

@anderda: salam. masuk sini - http://upu.mohe.gov.my <-- dalam entri di atas tu ada kata 'atau' sbg laman web pilihan.

Anonymous said... @ 12:19 PM

Salam perkenalan

Saya baru dengar pasal DPLI ni. Saya cuba cari maklumat lanjut pasal program ni kat website MOHE dan MOE tp tak jumpa. yg ada cuma borang permohonan dan syarat apply. tahun lepas ada apply KPLI tp tak dpt so this year nak try DPLI pulak
tp ada beberapa perkara yg saya tak jelas

1. Adakah ia sama mcm KPLI? confirm posting lepas grad atau kena apply balik kat MOE utk jd cikgu mcm graduan ijazah pendidikan keluaran IPTA

2. Siapa yg taja? MOE atau MOHE?

3. Berapa elaun bulanan? jgn salah paham dgn soalan bab elaun ni. saya pernah baca dlm satu forum ada org tanya soalan ni tp dia ditempelak sebab tanya bab elaun. "jadi cikgu mesti ikhlas" itu jawapan yg diberi tanpa memberi jawapan sebenar. mmg betul ikhlas tp cikgu pun nak hidup. kalau tau at least boleh buat bajet.

harap ada sapa2 boleh tolong jawab.

Unknown said... @ 5:43 PM

cari-kamus
dpli=kpli beza cuma posting ke sek menengah...elaun sama kpli.nk apply pn mcm kpli.klu tgk kat http://upu.mohe.gov.my tarikh penting no pin id dah dijual kt bsn skrg..rm 20.60..tp sy blm ada kesempatan lg nk pegi bsn...
klu cari-kamus dh beli inform la sy...

namasayaredzuan said... @ 9:48 AM

hurm besh r blog ni...
masyuk...!!
huRm...huhu..
saya wan..
saya lepasan spm 2009..
nak tanya sikit lar..
kenapa saya masuk laman web http//upu.mohe.gov.my tu x ley??
pastu kan saya nak tanya lar apa beza antara matriks dgn asasi ngan diploma??
ap perbezaan yang terdapat antara antara pusat tersebut..
huRm,,mane yang lagi bagus..??
next question..
kalau saya nak minta biasiswa apa yang patut saya lakukan??
boleh ke saya nak mohon biasiswa pada waktu sekarang nie..??
huRm,,laman web apa yang patut saya surf ek???
eRm k..tu je..
harap ada sape2 boleh jawab soalan saya nie seikhlas yang dia tahu..
salam..thankss....!

ALAGU said... @ 10:11 AM

SAYA LEPASAN STPM;tapi saya hendak membuat p rogram diploma,boleh ke saya membuat permohonan dan saya ingin tahu bila keputusan diploma tersebut akan di umumkan?

Post a Comment