| 0 comments ]

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Telah Dibuka ! Pemohon yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Pengajian di peringkat Diploma / Program Persediaan dan Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Syarat Kemasukan dan Cara Membuat Permohonan adalah seperti berikut:

Kategori Lepasan STPM/ STAM

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan / MyKad dan Bukan Warganegara seperti berikut:
  1. Lulusan STPM Tahun 2008 sahaja; dan
  2. Lulusan STAM Tahun 2008, 2007 dan 2006.
Nota: Pemohon Bukan Warganegara Malaysia boleh memohon terus ke IPTA pilihan. (Rujuk Bahagian Akademik IPTA untuk maklumat lanjut)

Kategori Lepasan SPM/ SETARAF

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan / MyKad serta memiliki salah satu kelayakan seperti berikut:
  • Kategori A : Pemohon lepasan SPM tahun 2008;
  • Kategori B : Pemohon lepasan SPM tahun 2006 atau SPM tahun 2007;
  • Kategori C : Pemohon lepasan SPM/SPMV tahun 2005 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA;
  • Kategori D : Pemohon Lepasan SPM tahun 2006 dengan sijil ulangan SPM 2007 atau, dan sijil ulangan SPM tahun 2008 atau; Pemohon Lepasan SPM tahun 2007 dengan sijil ulangan SPM tahun 2008.
Pembelian Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Kaedah Pembelian: Kaunter atau Mesin ATM/SMS Banking (Bagi pemegang akaun BSN GIRO sahaja)
  • No. Akaun UPU: 14100-29-83030691-5
  • Bayaran: RM 15.60 (Lepasan STPM / STAM - Peringkat Pengajian Ijazah Pertama)
  • Bayaran: RM 10.60 (Lepasan SPM / Setaraf - Peringkat Diploma/Persediaan [Asasi/Tahmid] )
  • Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (online) sahaja. Untuk mendapat maklumat tepat, lengkap dan terkini, pemohon sila layari laman web berikut:
Bagi pengguna Mozilla Firefox dan Internet Explorer yang menghadapi masalah sewaktu melayari laman berkenaan, cuba rujuk panduan capaian ke laman web berkenaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya

Tel: 03-8883 5801/5802  | Faks: 03-8889 4260 | E-mel: upu@mohe.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  • Kategori B, C dan D (Lepasan SPM/Setaraf) pada 03 Mac 2009.
  • Lepasan STPM / STAM / SPM tahun 2008 ialah 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi STPM / STAM / SPM tahun 2008 diumumkan.
Semoga Berjaya!

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment