| 0 comments ]

Semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memohon program matrikulasi boleh mengemaskini permohonan masing-masing mulai Ahad (8 Februari) sehingga 20 Februari ini.

Semakan itu terbuka kepada permohonan yang dihantar dengan mengisi borang secara manual atau menerusi Internet.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan hari ini memberitahu, semakan itu membolehkan pemohon membuat pembetulan alamat, nombor telefon dan e-mel.

Pemohon yang memenuhi syarat dan berminat ke kolej matrikulasi yang menawarkan jurusan teknikal pada sesi 2009/2010 boleh menambah pilihan jurusan dan kolej yang diingini.

Kolej berkenaan ialah Kolej Matrikulasi Kedah (Cawangan Pendang), Kolej Matrikulasi Pahang (Cawangan Jengka) dan Kolej Matrikulasi Johor (Cawangan Pontian).

Semakan dan pindaan boleh dibuat dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my dan terus ke pautan Prauniversiti dengan memasukkan nombor MyKad dan angka giliran.

(Sumber: Kenyataan akhbar - 07/02/2009)

Selamat Maju Jaya.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment