| 2 comments ]

UPSI-Masters-PhD

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa calon-calon yang berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (Masters) atau doktor falsafah (PhD) untuk kemasukan ke program Pengajian Siswazah bagi Sesi 2009/2010. 


  • Tarikh dibuka permohonan : 01 Februari, 2009
  • Tarikh tutup permohonan   : 28 Februari, 2009
Berikut adalah perincian syarat kemasukan peringkat Sarjana / PhD,  program yang ditawarkan serta cara-cara membuat permohonan.

SYARAT KEMASUKAN SARJANA
Struktur Program diadakan dalam tiga bentuk:
  • Mod A : Kerja Kursus dan Kertas Projek
  • Mod B : Kerja Kursus dan Disertasi
  • Mod C : Penyelidikan Sepenuhnya
Syarat Kemasukan Program M.Ed, M.A, M.Sc, M.Mgt., M.Mus., M.Acct., dan M.S.S adalah seperti berikut:
  • Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK 2.75 dan ke atas dari UPSI atau ijazah yang setaraf dari universiti lain yang diiktiraf oleh Senat UPSI.
  • Kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat dan
  • Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program dari Fakulti yang berkenaan jika berkaitan.
Tempat:
  • Kuliah akan diadakan di kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI, Tg. Malim.

SYARAT KEMASUKAN PHD

Program Doktor Falsafah (PhD)

Pelaksanaan Program
Melalui penyelidikan dalam sesuatu bidang ke arah penulisan sebuah disertasi.

Syarat Kemasukan
  • Ijazah Sarjana daripada UPSI atau daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat atau
  • Kelayakan lain yang dinilai wajar serta diiktiraf Senat.
Kemasukan Program:
  • Sepanjang tahun

PROGRAM DITAWARKAN & CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara online di laman berikut:


Sila patuhi arahan yang dinyatakan bagi memastikan permohonan anda lengkap dan dipertimbangkan.

MAKLUMAN LANJUT

Institut Pengajian Siswazah
Aras 1, Blok C, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Tel: 05-450 5480, 5481, 5482, 5483, 5484, 5485, 5490 & 5494
Faks: 05- 459 4649

http://ips.upsi.edu.my
www.upsi.edu.my

Related Posts by Categories



2 comments

RusuhaizaSulaiman said... @ 10:25 AM

SEKARANG SAYA SEMESTER AKHIR UNTUK PROGRAM SARJANA DI IPTA, BERMINAT UNTUK MEMOHON PROGRAM PhD DI UPSI. LAYAKKAH SAYA MEMOHON BAGI FAKULTI BAHASA.

wawa said... @ 12:54 PM

salam... klu nak applly master kat upsi untuk kemasukan disember da buka ke permohonan online..

Post a Comment