| 0 comments ]

Gergasi komunikasi negara, Astro telah melibatkan diri secara positif dalam bidang pendidikan. Program Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah dilancarkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Keningau hari ini.

Melalui program itu, Astro membekalkan alat perakam video peribadi, set televisyen dan kandungan pembelajaran bertaraf dunia kepada lebih 10,000 sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk tempoh selama tiga tahun.

Antara saluran yang diberikan secara percuma ialah Bernama TV, RTM 1 dan 2, Astro Awani, Discovery Channel dan National Geographic.

Fasa pertama program itu meliputi sekolah di Sabah dan Sarawak bermula Februari tahun ini manakala fasa kedua meliputi Semenanjung.

Mengenai program Kampus Astro itu, Hishammuddin berharap pihak Astro akan mengadakan sesi latihan kepada guru.

(Sumber: Kenyataan akhbar - 08/02/2009)

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment