| 33 comments ]

Seperti disebut dahulu, PakTeh tidak suka mengeluarkan sebarang maklumat melainkan ianya telah keluar dalam kenyataan akhbar, sumber asal atau melalui portal kerajaan. Ini untuk mengelakkan komplikasi jika maklumat berkenaan merupakan data sulit/ terhad/ terperingkat.

Namun begitu, di sini bolehlah kita sama-sama tengok bagaimana keputusan penuh ranking SBP berdasarkan keputusan PMR 2008, juga hubungannya dengan ranking MRSM.

Terlebih dahulu, terima kasih kepada Seventh Saviours (7th batch of SEMASHUR) yang sudi berkongsi maklumat. Klik pautan di bawah untuk download fail untuk rujukan.
  1. Ranking SBP mengikut Gred Purata Sekolah  -  (fail JPEG)
  2. Ranking SBP mengikut Analisis Keseluruhan Subjek - (fail EXCEL)
Dalam pada itu, tahniah kepada Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR), Batang Kali, Selangor kerana dinobatkan sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik keseluruhan PMR 2009. Liputannya dimuatkan dalam Berita Harian (11.02.2009), padat dengan kisah kejayaan di bidang kurikulum, sahsiah serta kokurikulumnya.

Sekolah yang baru dibuka dibuka pada 16 Jun, 2000 itu menempa sejarahnya apabila 134 daripada 153 orang pelajar sekolah itu (88.58%) mendapat straight A's dalam PMR 2008 lalu, dengan Gred Purata Keseluruhan (GPS) 1.023 peratus. Untuk makluman, lebih kecil nilai GPS adalah lebih baik di mana 1.00 adalah nilai paling ideal.

Sebagai perbandingan antara Top SBP - Top MRSM pula, nilai Gred Purata Sekolah bagi SMS Hulu Selangor ini juga mendahului MRSM Transkrian iaitu MRSM paling cemerlang seluruh Malaysia yang mendapat Gred Purata Maktab (GPM) 1.0314 peratus. 

Kepada Pengetua SEMASHUR, Nor Paizin Ibrahim, JK PIBG, barisan guru yang berdedikasi serta para pelajar seluruhnya: "Sekalung tahniah, teruskanlah kejayaan. Namun begitu jangan lupa, mempertahankan kegemilangan itu lebih sukar dan payah berbanding untuk mencapai kecemerlangan."

Kepada warga sekolah-sekolah lain pula, jadikan kisah ini sebagai iktibar dan motivasi. Semoga semuanya terus berusaha dan terus berjaya. Insya Allah.

Related Posts by Categories



33 comments

Mariam Hj Baki said... @ 3:19 PM

Salam Pak Teh. Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini, dapat kita mengetahui pencapaian setiap SBP & MRSM. Tetapi harap dapat masukkan juga berita mengenai sekolah asrama penuh (swasta) paling cemerlang di Malaysia, Kolej Yayasan Saad, Melaka (KYS). Mereka mendapat 100% Straight As untuk PMR 2007 & 2008. Maklumat lanjut di http://kysm.edu.my/.

Suza said... @ 11:19 PM

Sdri Mariam, memangla KYS ble dapat 100% Straight As. Student dia untuk 1 form cuma 60 org jer. Anak saya dpt situ tpi tak prgi sebab kna byr & yuran dia sgt mahal. Skg ni dia dkat Semashur.

sofea said... @ 9:47 AM

sdri Mariam,sebenarnya yuran KYS ni mengikut pendapatan ibubapa.Saya sendiri mempunyai ank di KYS di mana saya hanya membayar rm42 sebulan unk makan.Jauh lebih mahal daripada bayaran di sekolah berasrama yg lain.Sebenarnya sekolah itu hanya mahukan terbaik dari segi akedemik dan koko.juga kerjasama berkumpulan.Adakah ank suza hanya mengambil peperiksaan pertama atau mmg sudah diterima masuk?

sofea said... @ 9:51 AM

saudari suza, adakah anak saudari suza benar2 sudah diterima masuk ke KYS atau anak saudari suza hanya mengambil peperiksaan di perngkat pertama (peperiksaan KYS).

sofea said... @ 11:09 AM

maaf yer,td ada sedikit pembetulan yer berkenaan kesilapan tulisan yuran makan di KYS rm42.Jauh lebih murah dibandingkan dengan sekolah berasrama penuh yg lain.harap maklum.kesilapan amat dikesali.

Suza said... @ 12:26 PM

Sdri Sofea, cuma bayar duit makan rm42/month jer ke? Bayaran yuran lain mcmmana? Total masa pendaftaran masuk dulu kna bayar berapa? Jumlah setiap tahun kena byr berapa?

sofea said... @ 8:24 PM

sori ye tentang kesilapan menulis komen pasal mahal,sebenarnya, jauh lebih murah daripada sk berasrama penuh yg lain.tersalah taip.sori.

sofea said... @ 9:02 AM

salam sdri suza.sofea adalah surirumah sepenuh masa,suami hanya seorg kerani yg berpendptan kurang rm1500sebulan.mempunyai 3ank yg masih bersekolah.memandgkan ini tentulah tidak layak rasanya unk menemptkan ank sofea di KYS ni.persaingan yg teramat sengit dari seluruh negara ,mempunyai 3peringkat pemilihan sehinga calon dikehendaki tinggal 4hari KYS unk ditemuduga dan sebagainya menjadikan diri ini terasa begitu kerdil.ank sofea hanya bebekalkan semangat,rekod akedemik dari darjah2-6,(syarat kolej),koko,dan pencapaian upsr telah bersaing dengan calon2 yg tidak sememangnya hebat2 dari seluruh negara.apabila ank sofea telah terpilih antara 60 org yg diterima masuk dari seluruh negara,inilah segalanya bermula.Yuran mula masuk rm700.ini merangkumi dari tanda nama,kasut skolah,baju melayu,sampin,tali pinggang,cadar,selimut,seluar jeans unk outing ,dan banyak lagi yg tidak sempat sofea tuliskan di sini.apabila di tingakatan 2 pula,sofea tidak lg membayar yuran tahunan.ada lagi ibu bapa yg tidak membayar apa2 pun yuran mahupun makan.sofea dan yg lain adalah kerana kami diberi biasiswa oleh Tan Sri HAlim Saad atas pendapatan kami dan Tan Sri hanya mengharapkan segalanya berjalan lancar unk ank2 belajar di sekolahnya.apa yg cuba sofea kata pada suza di sini dan apa yg sofea belajar tentang pengalaman ini adalah, kita mencuba sedaya upaya yg terbaik walaupun kita tidak ada 'kabel',dan apabila kita sudah sediakan itu,apabila ank kita terpilih di situ,ada pihak yg mengatur unk kita.Kalau lah KYS hanya memilih golongan kaya sahaja,saya rasa KYS tidak akan mengeluarkan borang pemohonan di mana2.sebaliknya hanya mengedarkannya di sekolah2 swasta dan penempatan org kaya2 sahaja,tidak perlu sampai membuat 3peringkat pemilihan yang sememangnya mencabar calon dan ibu bapa itu sendiri.wassalam.

sofea said... @ 4:37 PM

maaf ye tentang kesilapan tulisan lagi pada komen ,iatu baris ke-6 yang mengatakan 'tidak' adalah 'calon2 yg sememangnya hebat2 dari seluruh negara'.maaf ye.kesilapan menaip lagi .kesilapan amat dikesali.

Suza said... @ 4:42 AM

Salam sdri sofea, beruntunglah jika anak sofea mendapat tajaan penuh di KYS. Anak saya pun terpilih slpas melepasi temuduga dan residential programme tapi terpaksa kami tolak sbb anak saya tidak mndpat tajaan sprti anak sofea. Saya juga surirumah dan pendapatn suami boleh dikategorikan sederhana dan tidak mampu nak menampung yuran yang agak mahal di situ. Klau pendptan suami saya besar mungkin la saya ble hantar anak ke sana walaupun tak mndpat tajaan. Alhamdulillah dlm masa yg sama anak saya mndpat tawaran di SM Sains Hulu Selangor dan pencapaian sekolah ini juga cemerlang dari segi akademik dan koko spt KYS juga dan saya percaya pelajar yang terpilih ke Semashur ini juga adalah pelajar yang benar-benar layak berdasarkan pencapaian sekolah ini. Jika dibandingkan dgn KYS jumlah pelajarnya adalah sedikit, maka itu tak hairanlah klu kesemua pelajarnya boleh mendapat 100% straight A, manakala di SBP jumlah pelajarnya 2 kali ganda dri jumlah pelajar di KYS, so pencapaian yang 80% pun dah kira cukup baik. Sebenarnya semua sekolah mahukan pencapaian yang terbaik dari segi akedemik dan koko, dan semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak2 mereka, sma2lah kita berdoa agar anakk2 kita semua berjaya walau di mana pun mereka berada.

Suza said... @ 4:50 AM
This comment has been removed by the author.
sofea said... @ 12:34 PM

saudari suza,terimakasih atas sokongan saudari suza.sofea juga ingin pelajari dari saudari suza bagaimana syarat melayakkan diri ke sbp seperti ank suza di SM Sains Hulu selangor itu.Sebenarnya tahun ini ank sofea yg ke2 akan menduduki UPSR.Ingin juga sofea jika ada rezeki menemptkan ank sofea di sbp ni.Sofea mmg memuji dan menyukai sbp(sains) kerana sbp lah sebenarnya yg memonopoli ranking terbaik di Malaysia ni.Bagilah sofea tunjuk ajar di arena sbp ni pula dan dapatlah kita berkongsi ilmu bersama suza dan rakan lain di sini ye? sofea doakan agar apapun dan dimanapun anak-anak kita,kita akan katakan kepada mereka ,mereka lah yg terbaik. Salam perkenalan dari sofea yg kerdil ini lagi masih cetek di arena pendidikan ank2.wassalam.

zahra said... @ 8:43 PM

sy ingin mberi pendapat tntg sekola sbp,mrsm dan seumpamanya.sy sendiri pljr tngktan 4 yg brsekola di sek agame men di klang.bukanlah sekola sbp mahupun kluster.tp sy turut bangga krna sekolah sy juge antare sek agme yg terbaek di ngri selngor baru2 ini.sy mndpt 9a pmr thun lpas ttapi tidak mndpt sebarang twrn.mungkin bukn rezeki ttpi ade rmai antare kwn2 sy yg mndpt twrn ke KISAS,SERI PUTERI,SBPI SBK BRNAM,GOMBAK,MRSM dan MCKK.wlaupon bukn sy yg pg mndftar,sekurg2nye ade juge wakil sekola sy di sbp itu.ape yg sy ingin katekn disini,sekola dimane2 pun jika brusaha pasti bjaye.jgnlah kecewa andai tidak mnbdpt sbrg tmpt di sbp,mrsm yg diimpikan.kan lebih bagus mndpt result cemerlang di sekolah biasa brbnding dgn di sbp dan mrsm?bukankah lebih puas hati brusaha di sekola biase brbanding di sekola sbp?
kalo tidak duduk asrama kn lebih bgus sbb prsekitaran yg baek dirumah,kondusif dn yg pling pnting dpt berkat ibubapa yg sntiase brde disisi.sakit pning ade yg jge.sentiase mrptkan silaturrahim antre kluarge.sy prcye rmai ibubapa disini yg mampu mberikn yg terbaek kpd ank2 wlaupon tidak brsekolah di sbp.jd jgnla trlalu memilih bkaitan hal ini krne sume sekola same je yg pnting usahe.allah maha mngetahui ape yg terbaek utk hambenye.

Suza said... @ 9:56 PM

Sofea, sbnrnya mungkin dah rezeki anak ssya dpt sek di situ. Kami taklah memilih mana2 sek. Disbbkn anak saya nak sgt masuk asrama, kami mohon jer smua sek yg ada kluarkan borang spt KYS, SBP, MRSM. Klu ikutkn klayakan mmg dia layak sbb anak saya ni mmg cmrlang dlm kdua2 bdang. Slain syrat wjib mndpt 5A, dlm akdmik dri djh 1-6 biasanya top 10 dlm keseluruhan klas, koko:wakil olahraga sek smpai pringkat negeri, wakil sek dlm pidato, bercerita, jwatan:Ketua Pengawas, Pengerusi, Naib Pengerusi Kelab & Persatuan, selain dianugerahkn Tokoh Murid. So klu tak dpt tmpat juga, tak tahulah pihak tu nak apa lgi. Dlm bulan Ogos kami hantar borang KYS, spt yg Sofea tahu KYS kna interview dulu, lpas tu trpilih prgi Residential Prog 4hari 3mlm plak bru dpt. Mmg klu boleh nak hantar anak ke situ sbb pljarnya tak ramai tpi mmdngkan yuran yg mahal dan kami tak dpt tajaan, maka kna pilih yg lain. Utk mkluman Sofea, borang SBP diedarkn oleh pihak sek rndah sblum UPSR biasanya dlm bulan July/Ogos. Mcm sek anak saya cikgu akan beri borang ni pada murid yg mndpt 5A, 4A dan 3A saja dlm Peperiksaan Prcubaan UPSR Pringkat Daerah/Negeri. Kmudian, Cikgu akan antar mklumat yg diisi itu secara online ke pihak Kementerian. Utk SBP kita tak ble pilih sek mana yg kita nak. Dlm borang tu cuma ble pilih smada nak aliran sains atau aliran agama. Klu plih aliran agama sek yg akn diantar smada SM Agama Persekutuan Labu(SMAP Labu)di N9 atau SM Agama Persekutuan Kajang(SMAP Kajang)di S'gor. SBP aliran agama ni klu utk form 1-3, subjk yang mreka ambil sama spt di SBP aliran Sains bezanya mereka kna ambil satu subjk extra iaitu subjk Bahasa Arab. Maknanya 9 subjek mereka wajib ambil masa PMR. Dismping itu Bahasa pilihan spt Bahasa Jepun atau Bahasa Perancis mereka kna belajar juga tpi tak wajib ambil masa PMR, Klu di sek Sains, kna blajar salah satu subjk bahasa spt Bahasa Arab, Bahasa Perancis atau Bahasa Jepun sbgai bahasa pilihan dan ble juga ambil subjk ni masa PMR maknanya masa PMR boleh ambil 8 atau 9 subjk tpi yg wajib adalah 8 subjk sahaja. Jika pilih aliran sains, sek yang akn diantar samada SM Sains atau Sek yg one gender spt sek lelaki: Sek Sultan Alam Shah(SAS), Sek Dato'Abdul Razak(SDAR),Sek Tuanku Abdul Rahman(STAR), Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK),sek prmpuan: Sek Tun Fatimah(STF),Sek Seri Puteri (SSP),Kolej Tunku Kurshiah(TKC) Slain tu ada Sek Brasrama Penuh Integrasi(SBPI), sek ni klu form 4 ble plih samada nak ambil aliran sains tulen, agama atau sains teknikal(mcm kat Sek Teknik tu) Tpi aliran ni ble pilih slps PMR. Klu form 1-3 sama mcm SBP yg lain. Ble juga ambil 9 atau 8 subjk masa PMR. Mcm Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS), SM Sains Alam Shah(ASIS),boy's school di bgn Sek Alam Shah lama), SM Sains Terengganu(SESTER), SM Sains Muar(SAMURA), SM Sains Seremban(SASER,boys's school di bgn SDAR lama),SM Sains Seri Puteri(SESERI),girl'school,di bgn Sek Seri Puteri lama), sek2 ni hanya ambil lepasan PMR saja mknanya sek ni hanya ada Form 4-5 saja. Sama mcm MRSM Jasin, MRSM Pengkalan Chepa, dan MRSM Taiping. Klu result SPM, sek2 spt SM Sains Seremban, MRSM Jasin ni slu brada di tangga teratas dlm ranking peringkat kebangsaan, krna sek ini hnya ambil pelajar lepasan PMR yg resultnya bagus2, mknanya dah ckup ditapis. Mmg sek dimane2 pun jika kita brusaha akan berjaya, tapi jika kita brpluang bljar di Sek2 trpilih spt di SBP/MRSM/SMKA/SMT lbih mmudahkn kita utk mndpt tmpat bila nak mlnjutkn pljrn slps SPM nanti. Sbb masa nak apply ke Matrikulasi/IPTA atau mohon tajaan utk mlnjutkn pljrn ke luar negara nanti, kna isi maklumat jenis sek klu mengikut turutan dlm borang tu: SBP/MRSM/SMKA/SM Teknik/Sek Harian/Sekolah Swasta. Keutamaan akan diambil kira juga dri sek mana kita belajar. Contohnya jika pelajar ni dri SBP memprolehi prestasi result yg sma dgn pelajar dri sek harian, maka peluang utk plajar dri SBP ni mndpt tempat di IPTA/tajaan adalah lbih cerah brbnding plajar dri sek harian/sek swasta. Sbb tu klu kita lihat, mostly pljar dri sek2 terpilih ramai yg brpluang mndpt tmpat atau mndpt tajaan brbnding plajar dri sek harian biasa/sek swasta. Sbb tu ramai pljar dri sek harian dah dpt good result tpi susah nak dpt tmpat/tajaan brbanding yg dri sek2 terpilih. Itulah keistimewaan jika anak kita dpt bljar di SBP/mana2 sek yg terpilih ni. Anyway, bgi yg tak berjaya mndpt tmpat di sek2 spt ini, jgn putus asa, klu tak dpt masa form 1 cuba lgi msa form 4. Klu tak dpt juga, kita kena redha, mungkin ada hikmahnya, tpi jgn sekali2 kita memotong rezeki mereka yang layak dgn menggunakan kuasa yg ada dimana2. Walaubagaimanapun klu diizinkn Allah, ada rezeki, dimana pun anak kita berada mereka akn beroleh kejayaan, insyaallah.

Unknown said... @ 10:45 PM

Saya juga ingin memberi pendapat berkaitan SBP dan MRSM serta berkongsi pengalaman yang saya lalui. Tidak dinafikan memang ramai di kalangan ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mendapat tempat di SBP [dan juga MRSM]. Tetapi di samping itu kita juga mesti ingat berjaya masuk SBP atau MRSM bukanlah penentu jalan hidup kejayaan seseorang itu samada dari segi akademik atau segi lain. Bagi anak-anak yang baru tamat UPSR perjalanan mereka masih jauh. Jangan terlalu bimbang jika tidak dapat masuk SBP/MRSM kerana kejayaan masa depan bukanlah semata-mata bergantung di atas peluang belajar di SBP/MRSM. The future is not ours to see.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dan pengalaman ahli keluarga saya berkaitan belajar di SBP/MRSM. Saya merupakan bekas pelajar SBP yang datang dari aliran primary inggeris sekitar awal tahun 70an. Pada masa itu cuma ada 5 SBP sahaja iaitu MCKK dan TKC bagi kemasukan dari aliran primary inggeris dan STAR, SDAR dan STF bagi kemasukan dari aliran primary melayu. Isteri saya merupakan bekas pelajar SBP sains di awal penubuhan sekitar pertengahan tahun 70an. Kehidupan kami sekarang biasa sahaja dan tidak ada apa-apa yang hendak dibanggakan dari segi perkembangan kerjaya dan peningkatan taraf hidup. Dapat peluang belajar di SBP tidak mencerminkan kehidupan seseorang di masa akan datang. Malah ramai di kalangan rakan-rakan kami yang tidak pergi SBP mereka lebih berjaya dalam kerjaya dan kehidupan mereka.

Anak pertama saya telah berpeluang untuk belajar di MRSM dari T1 hingga T5. Di dalam peperiksaan SPM yang diduduki pada tahun 2005 dia telah perolehi staraight As dan telah mendapat tajaan untuk kursus foundation dan seterusnya ijazah pertama. Keadaan dia di universiti tidak ada apa yang boleh dibanggakan kerana ada kalanya mendapat GPA kurang dari 2.0 dan ini tidak menepati kehendak penaja dan tajaan ditarikbalik. Ini jelas menunjukan kecemerlangan sewaktu di SBP/MRSM tidak menjamin kecemerlangan di peringkat universiti. Rakan-rakan kuliah yang datang dari sekolah harian biasa pun mendapat keputusan lebih baik dari dia sewaktu peperiksaan di universiti.

Pada tiap-tiap tahun ada lebihkurang 10,000 pelajar dari SBP/MRSM yang menduduki SPM tetapi bukan semua pelajar ini memeperolehi keputusan yang baik dalam SPM. Saya anggarkan cuma terdapat lebihkurang 2,000 pelajar SBP/MRSM sahaja [20% dari 10,000] yang mendapat keputusan SPM yang baik dan kebanyakan mereka ini mendapat tajaan untuk membuat kursus persedian sebelum menyambung pelajaran di peringkat ijazah samada di luar negara atau pun di dalam negara. Bukan semua dari jumlah ini berjaya pula menyambung tajaan selepas tamat kursus persedian dan ramai juga yang gagal kerana tidak menepati kehendak penaja seperti mendapat 35 point untuk International Baccalaureate, mendapat 12 point untuk Cambridge A Level, berjaya entrance exam bagi kursus kejuruteraan di Fachhochschulen Germany dan lain-lain syarat penaja. Saya tidak mempunyai angka berapa ramai sebenarnya pelajar gagal sewaktu di dalam kursus persedian tetapi angka 20% [lebihkurang 400] adalah munasabah. Mereka-mereka ini adalah pelajar-pelajar yang pada satu masa dulu cemerlang sewaktu di SBP/MRSM seperti kes anak pertama saya yang saya cerita di atas. Jelas menunjukan belajar di SBP/MRSM dan mendapat pula keputusan yang baik sewaktu SPM tidak menjamin berjaya di peringkat seterusnya.

Satu perkara lagi yang perlu difahami pelajar-pelajar di T4 dan T5 di SBP/MRSM tidak mempunyai fleksibiliti dalam memilih subjek untuk diambil sewaktu peperiksaan SPM. Pakaj-pakaj subjek yang boleh diambil sudah ditentukan dari awal dan untuk SBP sains pelajar cuma boleh pilih pakaj sains tulen atau sains teknikal [subjek Lukisan Kejuruteraan dan Teknoloji Kejuruteraan]. Pelajar yang ingin untuk ambil subjek tambahan seperti Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas tidak dibenarkan. Di MRSM pula bukan semua MRSM ada subjek pilihan Prinsip Akauan dan subjek sains teknikal tidak ada langsung. Pelajar yang bercadang mengambil kursus Architecture di peringkat universiti tidak sesuai berada di MRSM. Anak kedua saya berpeluang untuk belajar di SBP dari T1 hingga T3. Selepas PMR dia telah memohon bertukar ke sekolah harian biasa kerana SBP sains tempat dia belajar tidak menawarkan subjek Prinsip Akaun sedangkan dia ingin mengambil subjek ini di samping subjek sains tulen. Jika fleksibiliti yang dicari saya rasa SBP/MRSM tidak menepati kehendak-kehendak ini dan sekolah harian biasa lah yang patut menjadi pilihan.

Kesimpulan dari apa yang saya bicarakan di atas:

a)Ibu bapa tak perlu rasa risau jika anak-anak mereka tidak mendapat tempat belajar di SBP/MRSM. Perjalanan hidup bagi anak-anak masih jauh.
b)Belajar di SBP/MRSM tidak bermakna kita boleh berjaya dalam kehidupan di hari-hari mendatang samada dari segi kemajuan kerjaya atau pun peningkatan taraf sosio ekonomi. Kehidupan saya sendiri adalah contoh yang terdekat.
c)Belajar di SBP/MRSM dan mendapat keputusan baik di dalam SPM tidak bermakna boleh berjaya di peringkat kursus persedian universiti dan juga di universiti. Contoh yang boleh diberikan ialah kes anak pertama saya yang ditarikbalik tajaan dan juga 400 lebih [anggaran] pelajar yang gagal menepati kehendak penaja di peringkat kursus persedian.
d)SBP/MRSM tidak menawarkan fleksibiliti di dalam pemilihan subjek untuk SPM. Saya rasa mereka yang inginkan fleksibiliti seperti contoh anak kedua saya hendaklah berfikir semasak-masaknya samada hendak belajar di SBP/MRSM atau di sekolah harian biasa.
e)Cerita En Palanisamy yang dipaparkan sedikit masa dahulu perlu dijadikan contoh dan inspirasi untuk berjaya.Di mana pun kita belajar rajin dan usaha adalah tangga kejayaan.

Unknown said... @ 10:11 AM

Assalamualaikum,
Saya setuju dengan pendapat M. Tidak semua pelajar yang masuk SBP/MRSM lebih berjaya dari pelajar sekolah harian dalam peperiksaan SPM. Contohnya di dalam peperiksaan SPM, keputusan anak saya yang belajar di sekolah harian lebih kurang sama dengan kawan sebelah rumah yang belajar di sekolah MRSM. Kini anak saya dan kawan setamannya itu belajar di universiti yang sama.
Anak saya yang belajar di Tingkatan 5 di MRSM memberitahu saya yang dia tidak dibenarkan untul mengambil prinsip akaun dan sains tulen.

Akak Shae said... @ 10:48 PM

Pd pendpt saya, SBP/MRSM dgn sek harian ada bezanya & itulah sebabnya kewujudannya iaitu utk mengumpul pelajar cemerlang dr seluruh negara bg meneruskan pengajian mereka di bawah satu sistem pengajaran&pembelajaran yg memang tak sama dgn sek harian.

Saban thn bila keluar result PMR/SPM, sek harian akan membandingkan % lulus semua matapelajaran (LSMP)mereka dgn sek lain tetapi bg SBP/MRSM bersaing meningkatkan % straight A yg mana semua SBP/MRSM ni LSMP 100%.

Cara p&p di SBP/MRSM lebih mirip kpd cara p&p di universiti. Guru/fasi cuma sbg pemudahcara yg mana pelajar kena lebih berdikari utk mencari/mendptkan bhn/sumber.

Tak dinafikan begitu ramai pelajar dr sek harian berjaya masuk universiti tempatan malahan ada yg berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ramai juga pelajar yg langsung tak sukses dlm pelajaran tapi berjaya dlm hidup. Tapi sbg ibubapa/penjaga @ pelajar sendiri tentu nak yg terbaik samada utk anak/jagaan/diri sendiri.

Anonymous said... @ 7:33 PM

Saya juga terpanggil di sini menitip sepatah dua kata seperti ibubapa yg lain.Mcm2 yang komen, ada yg mghrp msk SBP/MRSM & ada juga yg x ksh. Tepuk dada tanya selera! Sesiapa yg tak minat SBp/MRSM..jgn lah 'çondemn'kan sekolah2 tersebut. Ada sbb knp mak bpk nak hantar anak2 ke sana walaupun mak bpk dr berpendapatan tinggi.

Frankly speaking..saya mmg menghrp anak saya dpt msk SBP/MRSM walaupun saya tahu peluang saya mungkin tipis krn anak saya bersekolah di dlm bndr. Walau setebal mana pun sijil yg anak saya raih, ianya x dpt membantu. Dalam 66 org yg dapat 5A, hanya 5 org yang dpt MRSM & 4 org dpt SBP walaupun some of them yg dapat tu bkn dlm kategori top 10 pun kat sek dulu. Of course anak saya frust! Skrg menunggu peluang 2nd intake MRSM ..tu je harapan saya.

Sbb utama saya nak mskkan anak saya ke SBP/MRSM adalah supaya anak saya (lelaki) dpt berdikari, matang dan dpt bergaul dgn kwn2 dr tpt lain. Anak saya manja lagi walaupun dah ada 3 adik. Kdg2 berebut dgn adik2 nak tido sebantal dgn mak dia. Bila kena mrh mula lah menangis. Nak baca buku pun kena mak duduk kat sebelah sekali. Pulak tu penakut ya ampun mengalahkan adik2. Solat pun kena suruh. Pulak tu kuat menyakat adik2. Meraung2 adik2 tu di buatnya. Nak berdikari amat ssh skali. Bila kena tinggal van sek mula lah call saya srh ambik kat sek. Kelengkapan sek msh saya kena uruskan. Bab berkawan ni mmg dia x seperamah adik2nya. Maklum lah dr kck sampai umur 4 thn dia tinggal dgn atuk & nenek jadi pergaulan pun terbatas. Nak berkawan pun memilih sgt. Kawan yg nakal skt pun dia x suka, kawan yg suka usik dia pun x suka, kwn yg byk ckp pun x suka. 24 j duduk dlm rumah. Bdk2 lain boleh main bola, main basikal & berlari2 kat padang, tp dia prefer memerap dlm rumah. End-up dia x reti bergaul! kwn call dia kat rumah pun dia x suka. dia bkn mcm bdk lelaki lain yg aktif ke hulu hilir..dia dah mcm anak dara kg pulak dah! Tapi dalam akademik mmg dia aktif la!. Saya ni jugak yg jadi kwn dia kat rumah tpt mengadu segala masalah. Tapi dia msh perlukan kawan. Kdg2 saya ckp dgn anak saya "Takkan sampai kawin pun masih mama..mama..mama!!"..

Tp dia mmg bdk baik. Dia x pnh tinggikan suara dgn saya, x pnh melawan, rajin menolong saya esp bab mengemas ni. Tp yg tak larat tu bila tiba time manja nya la. Saya nak dia tau ssh sng idup dlm dunia ni. Mak bknnya sampai ke tua menjaga anak aje.Saya nak dia rasa duduk asrama. Biar dia matang, berdikari, pandai buat keputusan sendiri, bersaing dgn kawan2 yang brilliant2 & pandai uruskan diri sendiri. Duduk kat rumah pun 24 j dgn games & tv. Bila weekend je ikut mak bapak keluar pg shopping. Kalau x bg ikut nanti tak adil pulak pada dia sbb adik2 lain boleh ikut.Ulangkaji pun jauh skali. Bila bukak buku je..adik2 mengacau! Jd macamana dia nak study?

Kadang2 duduk rumah pun dia bosan, berkawan mmg dia susah...sikit2 bosan! Kalau duduk asrama sekurang2nya dia dpt tau ada pelajar yg dtg dr keluarga ssh, pelajar yg jauh dr keluarga..pelajar anak yatim etc. Dr situ saya nak dia tahu bahawa idup bukanlah semudah yg dia sangka! Dan yg penting saya boleh sekat perbelanjaan dia. duduk asrama ni bukan boleh sesuka ati berbelanja.

Semua ibubapa mahu yg terbaik utk anak2. Bukan sahaja dr segi akademik tetapi untuk diri anak2 itu sendiri. Bukan kita saja2 suka berjauhan dgn anak tapi bak kata pepatah "sayangkan anak tinggal2kan....." Saya mahu anak saya jadi abang sulong yg boleh harap pada adik2 dia..abang sulong yang boleh menjaga adik bila mak bpk dah tak ada..abang sulong yang boleh jadi tpt adik2 bergantung.

Dan sesungguhnya saya faham perasaan ibubapa yg lain sekiranya anak2 mereka tidak dapt masuk asrama. Kpd ibubapa yg x kisah dpt asrama atau tidak...itu hak mereka tapi saya harap jgnlah mengeuarkan perkataan ini..."ëleh..masuk asrama bukannya bererti dah berjaya dlm idup!!"..Sekian..wassalam

caramel said... @ 7:00 AM

fiqa,

anak saya baru mendaftar ke mrsm bentong semalam. Boys yg tak daftar/hadir dalam around 25 orang. Mrsm Pekan yg menumpang dan daftar semalam pun, around 25 boys tak datang..

Mrsm Bentong start lambat sbb its a new school. The school is huge and beautiful. The room... i suka sangat the room sbb every room ada their own adjoining study room. Selesa sangat! Pengetua dia.... wow i salute him!

Saya dpt tau mrsm lain pun ada kekosongan jugak.... so byk tmpt kosong lagi.... I hope yr son dapat masuk nanti....

Anonymous said... @ 6:57 PM

Thx kpd caramel krn memberi kata semangat. Semoga anak saya dpt msk MRSM pada 2nd intake x lama lagi. Skrg ni almost everyday check kalau2 result dah keluar.

Kpd sapa2 yg memahami perasaan saya...i really appreciate it.

** Lagi satu..mistake on the kata pepatah on my last word yesterday..should be like this.."syg kan anak tangan2 kan..syg kan isteri tinggal2kan".. betul tak?.. Tapi saya tak la "tangan"kan anak..cubit2 je..bila naik hantu je kena tangan..biasa la.. :-)

salsa said... @ 4:20 PM

fiqa, saya juga mempunyai problem yg lebih kurang sama dengan sdr. Anak saya juga mendapat strt A's utk upsr n pmrnya dan bersekolah disklh bertaraf kluster. bezanye anak saya pompuan. Dia mmg aktif dlm smua aspek tp sayangnya tidak cemerlang dlam menguruskan masa untuk dirinya sendiri. semua benda yang berkaitan dengan dirinya kita yang terpaksa uruskan. solat, mkn, mandi n everything nak kena suruh. Kerja rumah tak pernah nk membantu. as a mother saya selalu bising tp dia buat saja aja. dengan adik2 pn tak boleh lebih kurang. kalu menghadap komputer ni berjam2 pn tahan especiallynya bila bercitchat. sudahnya sekarang saya sembunyikan broadband ni. bila dia bising brtanya, saya britau ayah dia bawa ketmpt kerja. semoga dia juga mendapat tmpt pd 2nd intake ni. moga dia tahu membahagikan masa dgn lebih baik dan tahu susah senang bila berjauhan dengan saya n adik2nya. biar dia tahu berjimat dan belajar menyayangi dirinya sendiri.

Amir Sabrin Mohammad Ali said... @ 12:18 AM

its ok if child online 24 hours.tis is bcuz they not wasting time but in same time she/he learn english language.as a parent,they must allow child online atleast 2 hour min and max 5 hour.but parent nowdays too strict that don't want give enought time children to online.

masz_73 said... @ 8:02 PM

salam sumer

seperti puan fiqa, sy dan suami pn sangat mengharap satu2nya anak lelaki (hanya ada sepasang anak) kami dapat ditempatkan diMRSM/SBP dengan harapan dia dapat mendisiplinkan diri serta dapat membahagikan masa dengan lebih teratur. Bila suami panggil saya baca cerita anak puan fiqa, kami juga mengalami masalah yang sama dengan anak lelaki tunggal kami ini, kehidupan seharian terutamanya waktu senggang & cuti dihabiskan bermain game & chatting, sehingga beliau lebih berkebolehan dalam bidang IT dari kami. Adik hanya ada seorng (girl) tp masing2 tidak sebulu & selalu bergaduh atas sebab2 yang kecil. masing2 tidak mahu beralah. Makan, mandi bahkan gosok gigi pn perlu diingatkan. Oleh sebab yg sama juga kami mengharapkan agar beliau diterima masuk asrama supaya dapat mendisiplinkan diri & bergaul dengan pelajar2 yg lain serta mengenal dunia luar.

Memang bak kata saudara 'M" "jangan terlalu bimbang jika tidak dapat masuk SBP/MRSM kerana kejayaan masa depan bukanlah semata-mata bergantung di atas peluang belajar di SBP/MRSM. The future is not ours to see." tapi kita kena ingat juga ada pepatah mengatakan "melentur buluh biar dari rebungnya" dan seperkara yang lebih penting bagi kami suami isteri, kami bukan dari golongan yang berada apatah lagi mempunyai kelulusan akademik yg tinggi, jika anak saya ditempatkan diasrama penuh, boleh lah beliau membuat revision bersama kawan2 dan guru2 yang lebih cemerlang pastinya.

Dan saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara Rayyan "Pd pendpt saya, SBP/MRSM dgn sek harian ada bezanya & itulah sebabnya kewujudannya iaitu utk mengumpul pelajar cemerlang dr seluruh negara bg meneruskan pengajian mereka di bawah satu sistem pengajaran&pembelajaran yg memang tak sama dgn sek harian" kerana ini jugalah mengukuhkan keyakinan kami untuk terus mengharapkan anak kami dapat ditempatkan diSBP/MRSM.

y@tiezaini said... @ 9:45 PM

salam semua .. nak tau bila kemasukan ke2 MRSM fr T1 n T4 .. dua2 anak dpt straight A tp dua2 x dpt gi mana2 .. skg tgh tggu kemsukan ke2 .. salam utk Maz73 n Pn Fiqa .. fyi my son pun sama gak, even gosok gigi pun nak kena suruh wlpn dah T1 .. harap2 dpt ler rayuan k2 ni ..saya n suami dah cuba sedaya upaya panjat PPD(4x) , PPN .. Pej MRSM KL , Pejabat YB utk dptkn surat sokongan .. sekolah2.. harap2 dpt ler peluang utk mereka nih .. amin

y@tiezaini said... @ 9:54 PM

salam sume .. nak tanya bila pangilan ke 2 utk MRSM T1 n T4 ?? dua2 anak saya dpt straight A's utk PMR n UPSR .. tp dua2 x dpt gi SBP/MRSM ..skg tgh tggu panggilan ke2 .. Salam Maz-73 n Pn Fiqa .. my son pun sama cam tuh gak .. even gosok gigi nak ke sekolah pun kena suruh .... harap2 mrk ada rezeki tuk pgiln ke2 .. saya n suami dah berusaha utk dptkn tpt utk mrk .. tp x tahu ler .. panjat PPD,PPN,KPM, Pejabat YB utk dptkn surat sokongan n sekolah2 .. sian jugk kat dorang .. sll tanya camaner ngan rayuan MRSM/SBP dpt ker tidak .. harap2 anak2 kita dpt ler mgisi kekosongan tpt yg ada .. amin

NuYa_LyA said... @ 5:26 PM

salam~~
yg form 1 dh kuaq dah..
form 4 bile ag??

lmbat lg kew??

izzat aziz said... @ 6:39 AM

salam,,

mrsm ape yg terbaik dekat area Johor - KL

Anonymous said... @ 10:00 AM

mrsm jasin yg terbaik lah..

Unknown said... @ 6:40 PM

salam izzat aziz... di johor mrsm terbaik mersing

JUN 66 said... @ 10:44 PM

salam izzat.saya bekerja di jabatan kerajaan di suatu bandar di johor. anak saya mdapat panggilan MRSM PARIT SULONG Batu PAhat,malangnya saya rasa tidak puas hati kerana mrsm parit sulong ni terkenal dengan mrsm paling merosot prestasinya.kebanyakan pelajar juga bermasalah dr segi moral;lagipun saya dapat info MRSM PARIT SULONG adalah MRSM paling rendah prestasi akademiknya.JAdi, pelajar cemerlang juga sedikit dan muka yg sama saja mendapat anugerah.Macammana dgn ank saya kalau dia masuk di situ?saya tak mahu menggadaikan masa depan anak saya di MRSM itu.Bole saya mintak tukar ke MRSM mana2 tak?tolong jawab ye.

Amir Sabrin Mohammad Ali said... @ 10:21 AM

saya yakin anak encik / puan boleh mintak untuk dtukar ke MRSM yg lain,yg jauh lbh terbilang dari MRSM yg dia dapat.kerana anak encik / puan layak untuk menerima pendidikan yg terbaik d antara yang terbaik.jika MRSM nak tukar ke MRSM yg lain boleh,tapi jika MRSM nak minta tukar ke SBP tidak boleh.bgtu juga jika dapat tawaran ke MRSM,tidak boleh minta tawaran untuk ke SBP.cara untuk minta tukar sama seperti cara nak memohon MRSM.jk mampu pergi terus ke mara dan buat rayuan untuk minta dtukarkan ke MRSM yang lain.ia lbh mudah jika berjumpa dan bersemuka.

faizal bidin said... @ 6:54 AM

sy ni bekas pelajar MRSM..
ad la jugak kawan drpd MRSM PARIT SULONG atau kami panggil MRSM BATU PAHAT,
semuanya bergantung pada batch tertentu.. kalau batch tu baik, result academik pun mesti ok..
nk cakap pasal koko kat MRSM BATU PAHAT, antara yg terbaik. pada kejohanan olahraga MRSM semalaysia pada tahun 2004, MRSM BATU PAHAT dapat no 2 keseluruhan, no 1 keseluruhan, MRSM PDRM.. yg beza no1 dengan no2 wktu tu hanyalah pungutan pingat perak dan gangsa. ad juagk pelajar MRSM BATU PAHAT wakil negeri ke mana saya pn tak tahu. tp, dalam olahraga.
apa yg sya nak baritahu di sini, MRSM BATU PAHAT pn ok jugak..
kwn saya yang bekas MRSM BATU PAHAT dapat ke RUSSIA, buat perubatan hanya dgn keputusan PERCUBAAN shj.. itulah produk MRSM BATU PAHAT..
kesimpulannya, semua MRSM sama shj.. yg membezakannya ialah macam mana ank JUN 66, anak sape2 membawa diri serta berfikir untuk main2 waktu sekolah ataupn belajar bersungguh2. itu shj..

caramel said... @ 12:55 PM

terperanjat bila saya baca di atas bahawa mrsm parit sulong is mrsm batu pahat.

Sebab saya selalu bertembung dgn budak2 mrsm batu pahat bila tgk apa2 pertandingan sbp, khasnya di sbp anak saya. Mmg nampak sangat mrsm batu pahat mempunyai inisiatif yg tinggi untuk jadi yg terbaik, hantar pelajar sana sini to learn from schools yang tinggi dalam apa2 kepakaran.

so its quite a shock if org kata akademik di sana corot.

Bab batch ni sperti kata faizal is very true. Setiap batch lain pencapaiannya.

Post a Comment