| 5 comments ]

Lencana Victoria Institution KLHari ini: 14 Februari, 2009 genap 116 tahun usia Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, atau lebih dikenali sebagai VI, yang serentak bakal diisytihar sebagai warisan kebangsaan.

VI (Victoria Institution), sekolah harian pertama di Malaysia yang diberi pengiktirafan berprestij itu, adalah sebuah sekolah tersohor di samping mempunyai identiti dan sejarahnya tersendiri.

Diasaskan oleh Sultan Abdul Samad, William Hood Treacher, Loke Yew, Thamboosamy Pillai dan Yap Kwan Seng pada 14 Ogos 1893, VI berjaya mengekalkan kecemerlangannya dalam melahirkan ramai tokoh termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah serta menteri-menteri kabinet dahulu dan sekarang seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan bekas hakim Datuk Mahadev Shankar.

Yang lain termasuk tokoh-tokoh korporat Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, Tan Sri T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Francis Yeoh serta tokoh sukan termasuk Datuk Dr M.Jegathesan, Allahyarham Mokthar Dahari, Datuk Misbun Sidek, Foo Kok Keong, Datuk P.S.Nathan dan Ishtiaq Mubarak.

Pada 1945, semasa Perang Dunia Kedua, VI menjadi markas pentadbiran tentera Jepun, dan selepas Jepun menyerah kalah, majlis penyerahan kembali kuasa kepada Inggeris turut diadakan di sekolah itu pada 22 Feb 1946.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan , Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga bekas pelajar sekolah itu, akan menyempurnakan majlis pengisytiharan VI sebagai warisan kebangsaan pagi ini di perkarangan sekolah itu.

Bersempena dengan majlis yang bersejarah itu, banyak program telah dirancang termasuk makan malam, pertandingan golf amal, konsert 100 tahun pancaragam VI, larian amal dan pertandingan bola sepak Piala Mokhar Dahari.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) VI, Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz berkata matlamat utama VI selepas mendapat pengiktirafan itu ialah untuk meneruskan lagi kegemilangannya sehingga beratus-ratus tahun lagi.

Related Posts by Categories



5 comments

Suza said... @ 9:55 PM

Anak kwn saya yg tgh belajar kat VI sekarang ckp pelajar senior sekolah ni mengamalkan budaya pukul pelajar pada budak2 yang nak naik pangkat atau nak pegang apa-apa jawatan dlm sekolah tu. Anak kwn saya tu pun pernah kena pukul.

faris said... @ 2:11 AM

saya skolah kat cni

faris said... @ 12:26 AM

jgn risau la xde nye kena pukul..saya da 4 taun kt ctu xdenye

Unknown said... @ 12:15 PM

macam mane nk mohon VI untuk tahun depan...skg saye form 3 dan result pmr kene dpt berape untuk masok ke VI

nyzam abdullah said... @ 2:12 AM

kalau tak boleh kena pukul sila bawa anak puan keluar ye..tkde guna masuk ke sekolah lelaki kalau jiwa mcm perempuan.VI ni sekolah LELAKI.bkan sekolah taman.tq

Post a Comment